Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2025

Kedai Makan Di Benteng Sunyi?

  Bismillah, Khamis lepas ,maq dan encik suami sempat singgah ke medan selera Benteng.Zaman anak anak maq masih bersekolah,kedai kedai makan dikawasan ini menjadi antara kedai makan pilihan bagi keluarga kami. Antaranya, Kedai makan rakyat, Kedai nasi byani Mohd shah, Kedai kacang pool, Kedai martabak Singapore, Tapi selepas naik taraf bangunan kedai kedai lama tu, makanya lokasi kedai dibina bersebelahan Sungai Batu Pahat. Maq tak sangka 2025,suasana di kawasan tepi Benteng sangat berbeza berbanding suasana waktu kedai dilokasi hadapan Hospital Putra. Pukul 5.00 petang, kedai sangat sangat sunyi.Waktu kami sampai tu cuma ada 2-3 buah kedai je buka.Pelanggan adalah 2 orang je ,masuk maq dan encik suami adalah 4 orang. Bayangkan lah sebanyak banyak kedai tu cuma 4 orang pelanggan je?!? Kalau dulu ,nak cari parking pun susah bila datang makan lepas Asar. Mengikut kata peniaga yang maq jumpa kat situ, sekarang yang datang cuma pelanggan tetap dan beberapa orang luar.Sebelah siang ada ...

Supaya Diri Disenangi Dan Disayangi Semua Orang

  Kata kata nasihat** Bismillah, Amalan untuk disenangi dan disayangi oleh semua orang. Amalan ni maq dapat dari mana pun maq dah lupa tapi bila terjumpa dalam notes henfon teringin pulak nak dikongsikan kat blog. Sejujurnya maq katakan kat sini yang maq belum pun amalkannya lagi.Bila masanya simpan dalam notes fon pun tak ingat.Ini adalah faktor usia.Bawah ni amalannya, Allahhumma, Yaa Rahman,Yaa Rahim,Yaa Wadud Amalkan 3x,5x,7x,11x Bila keluar dari rumah baca, "salamun 'ala sulaimanafil a'lamiin" 🗨️ selawat jangan lupa

Usaha Keras Sebelum Mati

  Kata kata Nasihat** Bismillah, Sedikit pesan nasihat yang sesaorang bagi kepada sesaorang. Rasa maq tak salah jika dikongsikan dalam blog ini buat tambah tambah ilmu. Kalau tak dapat nak buat semua , Jangan ditinggalkan semua. Insyaallah** itu saja pesan Maq. *************************************** Di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal, "Kenapa aku tak beramal banyak?" Selagi masih bernyawa,kita kenalah berlumba-lumba.Berlumba dalam beramal.Hakikatnya kita yang kena dulu beramal.Kita kena berasa cemburu melihat orang beramal ,kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi tu set alam ,bangunlah. Bangun untuk apa? Untuk tambah amalan kita lah. Antaranya,Sembahyang disepertiga malam (sembahyang sunat): 1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat 2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat 3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam) 4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat 5. Solat sunat Witir - 3 rakaat Dalam solat sunat Hajat, doa minta satu saja: "Ya Allah makbulkan perminta...

Cadangan Doa Bila berada Di Tanah Suci

kata kata nasihat** Bismillah, Pengkongsian Dari Catatan Hamba Allah. Semoga Beri manfaat.  Ketika berada di Tanah Suci, kita akan berdoa sepanjang masa di setiap kesempatan yang ada. Bolehlah susunan doa ini menjadi panduan agar doa anda lebih lengkap. Semoga bermanfaat:  Bahagian 1 – Pengampunan Dosa 1. Minta ampun ke atas dosa² diri sendiri 2. Minta ampun ke atas dosa ibu bapa  3. Minta ampun ke atas dosa pasangan  4. Minta ampun ke atas dosa anak-anak. 5. Minta ampun ke atas dosa keluarga (sanak saudara & adik beradik)  6. Minta ampun ke atas dosa guru2 /ustaz /ustazah  7. Minta ampun ke atas dosa muslimin dan muslimat (sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia)  Bahagian 2 – Keperluan Masa Kehidupan 1. Dimurahkan rezeki  2. Diberi sakinah (ketenangan) dalam keluarga  3. Anak-anak diperlihara oleh Allah  4. Minta rezeki diberkati  5. Dijauhkan dari musibah, bala bencana, penyakit  6. Dijauhkan dari ujian yang tak ...

Soal Jawab Tentang Ziarah Kubur

  kata kata nasihat** Bismillah, (Da'i Hadhari&Ustaz Jafri Abu Bakar) PROGRAM TANYALAH USTAZ TV3 TAJUK :  ZIARAH KUBUR Ilmu tasawuf ialah ilmu penyucian hati.Untuk mengingatkan kita pada kematian ialah dengan kita menziarahi kubur. Amalan ini menjadikan kita zuhud pada dunia (merasa cukup dengan apa yang kita ada) Siapa orang yang paling zuhud?Mereka ialah orang yang tak pernah lupakan tentang kubur. Kubur ialah antara taman taman syurga atau lubang lubang dari lubang neraka. Bila kita menziarahi kubur akan mengingatkan kita pada hari akhirat. Kubur ialah rumah pertama di akhirat.Kalau cantik rumah kita,cantiklah urusan kita di akhirat dan kalau buruk rumah kita itu,buruk jugalah urusan kita di akhirat dan akhirnya akan dimasukkan ke neraka. Menziarahi kubur akan menjadikan kita bersemangat melakukan amal soleh.Mati tak kenal usia dan menjadikan kita sentiasa muhasabah diri. Ada ulamak kata kamu tengoklah kubur itu kerana ada ahli kubur yang minta dihidupkan semula ke...

Tips Warga Emas Berpuasa

kata kata nasihat** Bismillah, Tips berpuasa bagi warga emas dan juga warga warga golongan lain lain.Mudah mudahan bermanfaat. ● Semasa sahur ,tidak minum air teh dan kopi kerana kedua minuman tersebut membuat metabolisme berjalan cepat sehingga cepat rasa dahaga walaupun tak terhidrat. ● Disyorkan untuk mengambil makanan yang lambat dicerna dan memiliki serat yang tinggi. Contohnya gandum, kacang-kacangan, biji-bijian, nasi merah. ● Semasa berbuka puasa disyorkan untuk mengambil kurma kerana mengandungi gula serat, karbohidrat, kalium dan magnesium. Nutrisi tubuh yang hilang semasa puasa secara perlahan dapat dipenuhi dengan memakan kurma. ● Memakan buah pisang semasa berbuka sangat baik bagi tubuh kita, sebab pisang merupakan sumber kalium, magnesium dan karbohidrat. ● Kurangkan makanan bergoreng semasa berbuka, kerana  sel-sel lemak akan meningkat di dalam badan. Warga emas lebih mudah mendapat  penyakit yang disebabkan lemak, seperti sakit jantung, salur darah tersumbat da...

Harta Nombor 1 VS Harta Nombor 2

  Kata kata nasihat** Bismillah, Setiap orang yang normal pasti ada cita cita untuk mempunyai hartanya sendiri. Termasuklah Maq. Ada orang nak dapatkan harta dari hasil usaha titik peluhnya.Keluar rumah lepas subuh dan balik kerumah hampir nak subuh.Penat bukan halangan.Fokus kerjaya dan paling terfokus dimindanya adalah untuk memiliki harta atas namanya sendiri. Ada orang pulak nak dapatkan harta dari hasil usaha dan titik peluh orang lain.Orang macam ni dia tak perlu keluar lepas subuh.Dia ada skill nya yang tersendiri.Yang tahu je tahu. Tapi ramai lupa bahawa harta nombor satu setiap orang yang berkeluarga adalah anak. Manakala harta nombor dua adalah rumah, kereta, tanah, perniagaan, barang kemas dan lain lain lagi. Ada seorang ustaz kata  bila kita silap dalam menjaga harta nombor satu ,maka tak  mustahil akan hilang semua harta nombor dua kita tu.  Maq no comment sebab maq takda harta nombor dua.Yang maq ada cuma harta nombor satu. Kalau ditanya pada maq , apa ...

Bila Hamzah Berada Disamping Lam Alif

  Bismillah, Kalini maq nak kongsi bacaan pada huruf hamzah yang terletak disisi huruf lam alif seperti pada kalimah yang telah dibulatkan didalam gambar. 1-Pada kalimah Al awwalin,huruf hamzah kedudukannya diatas huruf alif,  - dibaca pada kadar biasa,iaitu jangan dipanjangkan bacaannya.Terus masukkan je bunyi huruf waw. 2-Pada kalimah wal aakhirin,huruf hamzah berada ditengah tengah huruf lam dan alif , -dibaca pada kadar 2 harakat. Hukumnya mad asli. Dimana huruf hamzah telah bertemu  dengan huruf mad ( alif ) **huruf mad ada 3, alif ,waw ,yaa. **So lepas ni kalau korang ada terjumpa kalimah yang ada hamzah dan lam alif,korang kena pastikan kedudukannya terlebih dahulu. Semoga beri manfaat. 🗨️jom selawat

Prinsip Maq Bila Didepan Makanan

  kata kata nasihat** Bismillah, Kisah malam Sabtu yang lepas. Balik dari masjid tetiba encik suami ajak Maq dan Aida makan dekat luar.Kedai makan pilihan kami malam tu ,kedai nasi lemak panas ,terletak di Peserai,Batu Pahat. Kedai ni memang popular dikalangan penduduk setempat.Lokasi berhadapan dengan stesen minyak petron Peserai. Kami sekeluarga dah mula suka makan disini semenjak anak anak maq masih bersekolah lagi. Dan hingga sekarang, cucu cucu maq pulak dah ke sekolah ,so korang boleh bayangkan legendnya kedai ni. Bahan masak mahal ke ,murah ke, pengusaha tetap maintain buka kedai.Mampu bertahan.Kerusi pun boleh kata jarang kosong.Sentiasa penuh. Makanan kat sini semua sedap.Setiap menu dia pasti ada ditambah seketul ayam goreng.Ayam goreng dia sedap.Sambal nasi lemak pun sedap.Mee goreng mamak pun sedap. Korang mintak apa pun pasti ada ayam gorengnya.Even nasi goreng biasa sekalipun ,confirm ada seketul ayam goreng. Termasuklah nasi lemak ayam. Malam malam makan nasi lemak b...

Kaedah Lain Nyalakan Api

  Bismillah, Kaedah lain nyalakan api tanpa minyak tanah ataupun bahan api yang biasa digunakan. Kalini kita cuba hidupkan api mengunakan rod fire starter .Proses akan ambil masa sedikit. Bahan yang diperlukan, Rod fire starter Vesaline Tisu/kapas Semoga kaedah ni boleh diguna pakai bila terdesak.So bila ada vesaline korang yang dah expired jangan dibuang.Simpan ditempat yang mudah diingat sebab nanti boleh digunakan semula sebagai bahan api di saat ianya diperlukan. Jom selawat📌

Tin Minyak Jadi Oven Pembakar Roti

  Bismillah, Alhamdulillah, terjumpa satu video yang boleh kita guna pakai bila berada dalam keadaan  terdesak. Video ini adalah dari penduduk Palestine.Tahap survival di Palestine sangat tinggi. Kalau di Malaysia tiada elektrik sekejap pun kita dah mengeluh.Tapi di Palestine ,penduduk disana masih mampu berfikir untuk hidup biarpun dalam keadaan serba serbi kurang. Video - Seorang chef membina oven diy daripada tin minyak untuk membakar roti. Itulah inovasi penyelesaian kepada masalah. Jangan biarkan keselesaan hidup membuatkan jiwa kita jadi lemah bila diuji. Jom selawat.📌 kata kata nasihat**

Solat Sunat Terawih 1446H

  Kata Nasihat* Bismillah. Ramadhan 1446H belum muncul tapi dilaman sosial macam macam isu telah jadi persoalan mengenai jumlah rakaat solat sunat terawih. Cakap pun solat sunat.Buat dapat pahala tak buat tak berdosa.Berapa jumlah rakaat pun bukannya tuntutan.Yang penting dua rakaat diakhiri dengan satu salam. Siapa buat banyak,dia dapat banyak. Siapa buat sedikit , dia dapat sedikit. Siapa tak buat ,dia tidak berdosa pun. Cuma rugilah kan sebab solat sunat terawih ni setahun hanyalah dapat dilakukan selama sebulan je.Lain lain bulan takda dah. Buat sendirian dapat pahala,buat secara berjemaah pun dapat pahala. Untung nya jika berjemaah pahalanya lebihlah sikit berbanding yang buat sorang sorang.Tapi pahala solat sunat masih tetap juga dapat. Waktu solat pun bukan terhad lepas isyak je,tengah malam pun boleh buat solat sunat terawih.Yang penting jangan sampai azan subuh baru nak buat,lagi baik buat terus solat sunat qabliah subuh je. Guys,islam itu memudahkan.Jangan kalut kalut unt...

Peristiwa Hitam 2022

  Bismillah, Peristiwa belaku selepas beberapa hari Adam Aisy dilahirkan. Minggu pertama Adam Aisy lahir,semuanya berjalan lancar biarpun masa tu Adam kerap keluar masuk rumah untuk ke Klinik Kesihatan Batu Pahat.Level Sakit kuning Adam sangat tinggi.Sampaikan dia terpaksa ditahan di ward selama dua hari satu malam tanpa ibuayah disisi. Namun apa yang maq nak kongsikan disini, adalah tentang beberapa perkara pelik belaku masa kami jaga  ibu dan Adam Aisy dalam pantang. 1- Minggu ke 2 , kitaorang dah mula perasan, bila masuk je pukul 12am, Adam akan nangis dan kembung perut. Bukan nangis merengek tapi menjerit jerit kesakitan.Masa tu maq pun buntu cari punca.Sebabnya  pengalaman jaga 2 orang cucu dalam  pantang sebelum ni takda pun masalah serupa ini terjadi. 2- Bukan itu sahaja ,ada lagi kejadian pelik berlaku.Mulanya kami sekeluarga anggap itu perbuatan kucing jiran yang berkeliaran tapi lama kelamaan kami mula sangsi.Apataknya setiap pagi,dianjung rumah maq ada see...

Jalan Jalan Tepi Sungai Batu Pahat

  Bismillah, Alhamdulillah,pagi tadi Allah bagi rezeki masa ,dapat bawa Adam Aisy jalan jalan tepi sungai Batu Pahat. Minggu ni Adam Aisy kena duduk dengan tokmak sebab pengasuhnya ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Bawah ini sedikit momen yang sempat maq ambil tadi.Actually Adam Aisy ni memang suka pergi jalan jalan.Lagi satu ,dia lebih suka makan diluar berbanding makan dirumah. Adam Aisy & Ucu  Rupanya Adam gayat berdiri di tepi tebing sungai tu.Terpacak je dia kat situ tanpa bergerak  sikit pun. Semua kanak kanak suka main benda ni kalau di taman permainan. Ini tempat turun cu,bukan tangga untuk dipanjat Berpeluh peluh tok ayah kejar cucu dia yang ligat berlari kesana sini. Sarapan pagi dikedai paratha kari kambing,tapi Adam Aisy lebih suka makan roti canai. Harini 18/2/2025 ,juga merupakan hari ulangtahun perkahwinan ibu dan ayah Adam yang ke 4.  Alhamdulillah,tahniah buat mereka. Moga ikatan kekal bahagia sampai syurga. Allahhumma Aamiin. 18/2/202...

Kata Nasihat

  Bismillah, Kita ini hamba yang tak pernah sempurna.Untuk menjadi hamba yang dekat dengan Allah ,usaha kena ada.Tak cukup dengan niat dan doa sahaja Jauhi larangan Nya ,lakukan perintah Nya. Jadilah seperti , Orang salah yang selalu solat, Orang bodoh yang suka mengaji, Orang faqir yang suka berbagi, Orang lalai yang suka berzikir, Orang berdosa yang selalu beristighfar. Moga semua usaha kearah kebaikan Allah permudahkan.Aamiin. Jom selawat.📌

Tips Masak Nasi Guna Beras Basmathi

  Bismillah, Kalini maq nak kongsi tips macam mana nak dapatkan nasi lembut , berderai dan masak sekata guna beras basmathi. Maq jumpa tips ni dari laman muka buku. Semoga jadi jariah buat owner tips ni. Bawah ni adalah caranya, -basuh beras bersih dan rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit (petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut) - sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang korang nak masak. -untuk memasak nasi,  didihkan dulu air baru masukkan beras. -kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras dari patah. - untuk mewarnakan nasi ,korang kena tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru dikacau. - untuk nasi  yang  masak untuk tempahan last sekali saya akan letak dua sudu butter (ini adalah cara saya) **okey tu je,semoga beri manfaat kepada semua. Gambar dan ti...

Cucu PKP Dah Sekolah

  Bismillah, Ini cucu PKP Maq, namanya Adam Muqri.Lahir pada tahun 2021.Tahun dimana orang Malaysia belajar hidup dalam keadaan " Perintah Kawalan Pergerakan " atau dikenali sebagai PKP. Banyak pengajaran yang rakyat dapat sewaktu PKP. Sampai bila bila pun kami takkan lupakan kenangan yang seram sejuk itu. PKP - Semuanya adalah menakutkan! hahahahaha rasa lawak pun ada bila diingat semula. Semasa Adam Muqri masih bayi lagi , perangai dia sangat berbeza dari bayi bayi lain yang maq pernah jumpa.Adam 100% takut dengan orang kecuali papa,mama dan kakaknya Ainul. Apa taknya, semua orang diperintah duduk dirumah dan nak keluar kena betul betul untuk hal penting sahaja.Yang tak penting tak payah keluar. Proses pembesaran Adam pun banyak didalam rumah sahaja.Takda istilah jalan jalan kat taman,shopping kat mall.Apatah lagi jalan jalan makan angin.Memang takda kebenaran untuk semua tu. Bila Along bawa Adam balik ke rumah maq,dia akan nangis dan nangis bila jumpa orang. Nampak maq dia...

Makhraj - Tempat Keluar Huruf

  Bismillah, Alhamdulillah ,sedikit perkongsian tentang ilmu tajwid. Mengamalkan pembacaan quran dengan bertajwid itu wajib.Adalah lebih afdal belajar berguru.Gambar gambar ini hanya sebagai panduan sahaja. Semoga beri manfaat kepada semua pencinta Al Quran dan menjadi jariah berpanjangan kepada hamba Allah yang cipta gambar gambar diatas. Sumber ,facebook. 📌Selawat jangan lupa