Skip to main content

Posts

Showing posts from 2025

Kisah Asid Urik

  Bismillah, Guys ,korang ingat lagi tak pasal keputusan darah maq dalam posting yang lepas? Nah, nak jadikan cerita! Bila encik suami kurang sihat ,semua kerjarumah maq kena urus sendirian. Termasuklah susun stok barang makanan kering yang kami beli sebulan sekali tu. Angkat dan susun barang paling mencabar bagi maq ialah bila terpaksa kena angkat beras 10kilogram dan 2 kotak air mineral 1.5x12. Lain lain barang tu boleh lah dijinjing guna plastik beg je. Lepas susun semua barang barang ,maq terus masuk dapur untuk masak makanan makan tengahari. Sebelum ke udaranya suara  azan Zuhur dah settle dah semua. Tapi ! Tapi !! ye tapi...!!! Malamnya tu pinggang maq rasa ketat! sakit sangat! tak selesa nak duduk,nak baring,nak kesana kesini.Keesokkan harinya terus ke klinik Zainab bersama encik suami. Klinik Zainab merupakan klinik paling legend dan paling popular buat penduduk Batu Pahat. Dari pengasasnya Dr Zainab & suaminya yang puluhan tahun berusaha disini sampailah kepada an...

Amalan Ketika Ziarah Kubur

  Bismillah,  4/1/1447H Ustad Abdul Somad ada berkongsi amalan bagaimana nak sedekah bacaan bacaan surah ,zikir dan doa ketika menziarahi kubur.Jom kita baca. 1-Baca Yasiin 1x 2-Al Fatihah 1x 3-Al Ikhlas (Qulhuwallahu ahad) 3x 4-Al Falaq 1x 5-An Nas 1x 6-Al Baqarah ayat 1-5 7-Ayat Kursi 1X  8-Al Baqarah 3 ayat terakhir      (ayat 284, 285, dan 286). 9- Kemudian baca Afdholhu Dzikri Fa'Lam annahu, Laa ilaha illallaah - baca sebanyak²nya.Paling minima 100x. 10-Setelah itu hadiahkan pahala bacaannya. (sebutkan nama almarhum/almarhumah) 11- Jangan lupa hadiahkan juga pahala bacaan itu kepada semua penghuni kawasan perkuburan yang anda ziarahi itu. **Boleh dipesan juga dekat anak anak supaya bila mereka ziarah kubur kita nanti bukan dengan 'tangan kosong'. 1447- teruskan berzikir & berselawat

Zikir Bangun Tengah Malam

  Bismillah 3/1/1447 Menurut ustaz ,kalau terjaga ditengah malam tapi tak mampu nak buat solat sunat tahajud,baca zikir dibawah ni sebelum anda sambung  untuk tidur semula. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير Laailahaillallah wahdahu laa sharikalakh lahul mulku walahul hamdu wahuwa ala kulli shaiin qodir. Alhamdulillah,  wasubhanallah, walaailahailallah, wallahhuakbar , walaa hawlaa walaa quwatailla billah. Allahummaghfirli... **yang bemaksud ; Yaa Allah maafkanku & ampunkanku... 1447- Teruskan berzikir & berselawat

Ayat Orang Redha

  Bismillah, 2/1/1447 ‏حسبنا الله ونعم الوكيل Ayat ni bukan ayat biasa biasa. Ini merupakan ayat orang yang redha, tapi tak berputus asa. Ini jugak ayat orang yang sedang goyang tapi memilih untuk berpaut kuat dengan Allah. 1447- Teruskan berzikir & berselawat.

1 Muharam 1447H

  Bismillah , 1/1/1447 Tekankan kewajipan solat kepada ahli keluarga sehingga mereka tahu bahawa solat itu bukan satu ibadah yang kosong. Ia adalah amanah yang penuh dengan kebaikan. -Kenangan- Acik acik baru balik dari berjemaah 1447 -Teruskan berzikir & berselawat

Amalan Untuk Anak Jadi Cerdik dan Berakhlaq Baik

  Bismillah, Maq cuma sempat salin antara amalan dan doa untuk anak jadi cerdik.Sumber ni maq dapat dari ceramah di youtube tapi tahun bila entahlah,maq dah lupa. Moga bermanfaat. 📌Doa untuk anak jadi cerdik & bijak.Letak tangan kanan kita kat dada anak,Bacalah, Yaa Allah Yaa Fattah  Baca 11x  atau 31x Lepastu letak tangan kanan juga dekat umbun² anak, Untuk Anak lelaki ,Baca: Bismillahirahmaanirahim, Allahumma Faqihu Fiddin waalimhu ta'wil. Baca 3x ** untuk anak perempuan tukar sebutan kepada "Faqiha" 📌Doa untuk anak yang lambat bercakap. Baca : Bismillahirahmaanirahim, wa kallamallahu Musa taklimaa Bacakan 3x diumbun² anak sewaktu dia sedang tidur. وَكَلَّمَ اللَّـهُ مُوسَى تَكْلِيمًا  “Wa kallamallahu Musa taklima.”  Yang artinya: “Dan Allah telah berbicara kepada Musa secara langsung.”  Dalam Alquran surat Thaha 9-10, 📌Rawatan anak Autism, Baca ayat ayat dibawah ini pada air dan bagi anak minum atau letak tangan kanan diumbun umbun anak kemudian ...

Tips Rumah Sentiasa Bersih

  Bismillah, Jangan Abaikan 4 Petua Ini Kalau Nak Rumah Sentiasa Bersih. Gambar sekadar hiasan. Ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi. Ikuti empat langkah ini. 1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot. Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.petua rumah bersih, petua lap lantai, petua cuci toilet, petua bersihkan rumah, petua rumah, tip bersihkan rumah Bahan-Bahan: 1 penutup pelembut fabrik 10 cawan air Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum. 2.Kilatkan Lantai Rumah. Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.petua rumah bersih, petua lap lantai, petua cuci toilet, petua bersihkan rumah, petua rumah, tip bersihkan rumah Bahan-Bahan: ...

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

  Bismillah, Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna ‘Pressure Cooker’ Pun! ⁣ 𝗣𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗥𝗘𝗕𝗨𝗦 𝗡𝗔𝗦𝗜 𝗜𝗠𝗣𝗜𝗧 𝗝𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗚𝗔𝗦 & 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗥𝗜𝗞 ⁣ 1. Rebus air sampai mendidih, kemudian masukkan nasi impit. 2. Masak selama 10 minit, kemudian tutup api. 3. Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup. Biarkan terendam selama 30 minit. 4. Selepas 30 minit, buka semula api selama 5 ke 10 minit mengikut keadaan nasi impit itu. ⁣ 𝘾𝙧𝙚𝙙𝙞𝙩: 𝙔𝙪𝙝𝙖𝙛𝙞𝙦𝙖𝙝 𝙈𝙤𝙝𝙙 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 📌

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

  Bismillah, Smoothie Semulajadi Untuk Turunkan Asid Urik Bahan-bahan: 2 batang saderi (celery) 1 biji timun (saiz sederhana – organik lebih baik) 1 biji epal hijau ½ biji lemon (ambil jus sahaja) 1 sudu kecil halia segar (dihiris nipis) 1 gelas air sejuk ATAU air kelapa muda (pilihan) Pilihan tambahan: Beberapa helai daun pudina (untuk rasa segar) Cara Penyediaan: 1. Basuh semua bahan hingga bersih. 2. Potong kecil supaya mudah dikisar. 3. Masukkan semua bahan ke dalam blender bersama air pilihan. 4. Kisar sehingga halus dan sebati. 5. Teruskan minum ketika masih segar – sebaiknya waktu pagi semasa perut kosong.  Tips Penggunaan: Amalkan 3 hingga 4 kali seminggu untuk kesan yang optimum. Elakkan menambah gula atau pemanis. Jika anda mempunyai perut sensitif, mulakan dengan kuantiti kecil dahulu dan tingkatkan secara beransur. Khasiat Setiap Bahan: ♥️Saderi & Timun: Diuretik semulajadi, bantu buang lebihan asid urik melalui air kencing. Kaya air dan rendah kalori. ♥️Epal H...

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

  Bismillah, Kalini saja je nak kongsi kisah 17 Jun 2025 yang lepas.Pada hari tersebut ,maq ada temujanji dekat klinik kesihatan Batu Pahat. Ini adalah rutin 6 bulan sekali. Sebelum itu pada 3 Jun lepas, maq dah diarah ambil sample darah untuk mengetahui tahap kesihatan maq terkini. Lepas raya aidil fitri & aidil adha ,ofkos gaya pemakanan yang sangat buruk! Hahaha tiap tahun memang macam gini. So bila keluar je result darah, maq pun kenalah tahan telinga ni sebab confirm kena bebel dengan doktor.Puncanya? Jujur guys, inilah puncanya. Result yang teruk! Tahap kolestrol naik sampai 7.46! Dan ada juga beberapa lagi keputusan  yang naik termasuk bacaan tekanan darah. Apa pun alhamdulillah berat badan dah turun sekilogram ,tapi tak berbaloi jugak kot kalau yang lain lain semua dah semakin naik. Uuuargh😭 Tapi Doktor dah tahu dah punca semuatu. "acik ni tak makan ubat ea?" ***ye doktor,banyak sangat la ubat yang acik nak kena telan. "dah tu tiap bulan acik ambil ubat nak ...

Perihal Penyakit Ain

  Bismillah, Dengan izin Allah, petang ini maq terjumpa satu perkongsian tentang penyakit ain. Rupa rupanya penyakit ain ini bukan je berpunca dari pandangan orang lain tentang kita tapi ia juga berpunca dari perasaan kita tentang diri kita sendiri. Pelikkan bila dengan diri sendiri pun boleh jadi penyebab kepada penyakit ain.Tapi itulah kenyataan yang kita kena akui.Terlalu taksub dengan diri sendiri boleh menyebabkan terkena penyakit ain. Masyaallah tabarokallah.. Penyakit 'ain ni bukan sekadar cerita lama atau perkara kecil yang boleh dipandang ringan. Rasulullah SAW sudah bagi amaran, dan hari ini kita nampak kesannya berlaku di sekeliling kita. keluarga yang retak, anak-anak yang sakit tanpa sebab, rezeki yang tersekat. Semua ini boleh terjadi kerana kita terlalu lalai, terlalu terbuka, atau terlalu bangga dengan nikmat yang Allah pinjamkan. Tolonglah, kita ubah sebelum terlambat. Jaga adab ketika berkongsi, kurangkan pamer-pamer, dan amalkan perlindungan rohani. Hadiri majli...

Seindah Apapun Dunia

  Semoga encik suami cepat sembuh Bismillah. Guys, ■  SEINDAH APAPUN DUNIA : Ia akan tetap kita tinggalkan, entah itu sebentar lagi atau esok nanti, maka letakkanlah dunia di tangan mu jangan kau letakkan ia di hati mu. ■  SEINDAH APAPUN DUNIA : Janganlah sampai kita terlena, biarlah ia tetap menjadi latar belakang semata. Dan biarlah syurganya menjadi harapan dan tujuan kita, ■  SEINDAH APAPUN DUNIA : Tetaplah sedar bahawa kita bagaikan seorang musafir yang berteduh di bawah pohon, kita hanya beristirahat sejenak, kemudian akan pergi meninggalkannya, dan kembali kekampung halaman kita yang sebenarnya iaitu akhirat. ■  SEINDAH APAPUN DUNIA : Jadilah kita tetap orang asing baginya, sebab dari ALLAH kita berasal dan kepadaNya pula akan kembali. Asing, maka berhati-hati. Asing, maka tiada kawan sebaik ia. Asing, maka kita perbanyak bekal dan sedikitkan beban. ■  SEINDAH APAPUN DUNIA : Jadilah kita seperti penyeberang jalan, yang menoleh ke kanan dan kiri ...

Daging Korban Nak Masak Apa?

  Bismillah, Ada dapat daging korban tapi tak tau nak masak apa? Jom kita cuba 2 resepi kat bawah ni. Resepi daging black pepper Bahan-bahan: Daging Bawang putih 4ulas (tumbuk) Bawang holland 2 biji Serbuk kunyit 1 sudu kecik Sos black pepper Lada hitam 2sudu (tumbuk) Capsicum hijau 1biji Tomato 2biji Carrot (optional - taknak letak pun takpe) Daun bawang (optional-taknak letak pun takpe) Garam, gula, aji Minyak masak Cara Masak: Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit , kacau lepastu masukkan bawang putih. Kemudian masukkan sos blackpepper & lada hitam yang ditumbuk tadi. Masukkn garam, gula,aji. Masukkn carrot,lada capsicum.agak agak bila  sayur dah lembut ,masukkan pulak tomato, bawang Holland & daun bawang. Ok dah siap! Kredit resepi Fatimah Ibrahim Resepi daging merah thai Bahan memasak, 1 kilo daging -rebus +pewarna merah 2 sudu makan cili blander 2 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram 1 su...

Resepi Samperit Klasik

  Bismillah, p/s : Hasil salin tampal SAMPERIT KLASIK (A) 250g Buttercup/Planta 1 cawan gula aising 1 sudu kecil esen vanilla 1 biji kuning telur Sedikit pewarna kuning (B) 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung kastad 2 cawan tepung gandum Ceri merah dan hijau untuk hiasan Campur semua bahan A pukul sebati sahaja hingga gula tidak berketul. Ayak dulu bahan B kemudian masuk kan sikit demi sedikit sambil gaul rata guna senduk saja. Uli hingga semua sebati adunan tak lembik tak keras mudah tuk di tekan. Saya gunakan acuan pecah 10. Selesai menekan rehat kan dulu 10/15 minit sebelum bakar elak dari bunga menjadi kembang selepas di bakar. Bakar dengan suhu 170c : 30-40minit ikut oven masing masing. Nak dapat kan biskut yang cantik dan kemas?  KENA BUAT DENGAN SABAR 🥰 Kredit Raja Azura.

Kita Hanya Seorang Hamba

  Bismillah, Harini dah masuk hari ke 15 Zulhijjah 1446H. Bermakna berbaki 2 minggu je kita akan masuk ke tahun baru 1447H.Moga moga kita dapat jumpa dengan tahun 1447H tu nanti.Allahhumma Aamiin. Hidup dekat dunia ni singkat. Biarpun dah berumur 80 tahun ,ianya tetap terasa sekejap berbanding waktu kita berada dikehidupan seterusnya nanti.Waallahu'lam. Sejak akhir akhir ni,banyak kematian yang belaku tanpa dijangka.Orang muda ,orang baik, orang jujur ,orang penyayang sudah dipanggil untuk 'balik'.Itulah yang disebut suratan takdir .Semua sudah tersurat sejak azali.Sebagai manusia ,kita cuma perlu meredhakan pada semua ketentuanNya.Tak perlu lagi nak pertikaikan kenapa dan mengapa, sebabnya bila cerita berpusing 360° sekalipun jawapannya tetap akan kembali pada rukun iman ke 6 iaitu qada' dan qadar Allah. Jiwa rasa perit ,sakit,sedih dan terasa kosong atas kehilangan itu semua perasaan yang datang sebentar,lama lama nanti bakal hilang.Yang tinggal cuma kenangan... Maq s...

Aidil Adha 2025

  Bismillah, 10 Zulhijjah 1446H,  الله أكبر ، الله أكبر , الله أكبر   ، لا إله إلا الله  الله أكبر    ، الله أكبر ، ولله الحمد Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat sambut hari raya aidil adha.Tahun ni maq bertiga takda plan nak kemana mana cuti aidil adha ni sebab encik suami tidak berapa sihat beberapa hari ni. Mesin dah lama ,mesti ada ragam nya kan.Inshaallah semua akan baik baik je nanti.Tapi jika siang sikit nanti ,beliau tukar fikiran tak tau la. Anak anak kami yang dah berkahwin pun sambut raya dirumah mereka je.Sebab memasing ada projek raya tersendiri,angah pun tak dapat cuti raya haji kali ini.Raya shawal pun tak cuti.Alasan pihak atasan , katil wad akan dipenuhi dengan  pesakit bila hari raya, staff tak cukup.Its okey la.Dah tanggungjawab ,kenalah terima tugasan dengan redha. Ibu dan adik adik maq pun tak balik kampung raya haji ni.Mereka berkumpul dirumah adik maq di Pasir Gudang je. Maq masak apa untuk hari raya haji tahun ini?  Le...

Muslim Malaysia Beruntung

  Bismillah, Harini hari Jumaat bersamaan 9 Zulhijjah 1446H.Beruntung sangat kita ni jadi umat islam di Malaysia. Semalam -  muslim di Malaysia dapat berpuasa sunat tarwiyah dan dalam masa yang sama jemaah haji di Saudi melakukan wukuf di Arafah ,berdoa untuk keampunan dan kesejahteraan. Inshaallah adalah tu terselit sesikit doa doa yang dipanjatkan untuk orang muslim di Malaysia kan.  Biarpun kita tak lakukan haji tahun ni. Kita pun masih boleh berdoa waktu mereka disana juga berdoa.Moga Allah makbulkan semua doa kita dan doa tetamu² Allah itu ...Aamiin. Ibadah puasa sunat tarwiyah tak habis macam tu je,lepas maghrib kita sambung lagi dengan bacaan surah Al Khafi , selawat dan baca doa lagi. Sebab malam tadi malam Jumaat. Masyaallah semua itu merupakan aktiviti yang menjadi rutin setiap orang islam di Malaysia bila tibanya malam Jumaat kan? Tapi malam Jumaat kalini sangat istimewa sebab kita baca surah khafi dan berselawat serta berzikir pada malam Jumaat ,termasuk pulak...

Haji Itu Adalah Arafah

  gambar dari google Bismillah ,  Hadis Tarmizi menyatakan , Sebaik baik doa adalah doa dihari Arafah dan sebaik baik zikir ialah لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير Hari Khamis 5/6/2025 adalah hari Arafah bagi jemaah haji 1446H Bermula pada waktu zuhur hingga maghrib  ( waktu Arab Saudi ) Kita di Malaysia teruskanlah berpuasa sunat, berdoa dan berzikir pada harini hingga malam raya nanti ( 8 dan 9 Zulhijjah ) "Haji itu adalah Arafah"

Makan Ayam Goreng Muiz Bersama Ainul Mardhiah

  Bismillah, Sempena cuti sekolah minggu ni,Ainul balik rumah kami.Rindu kat tokmak dia lah tu.Semenjak masuk darjah 1,aktiviti Ainul padat ,termasuklah pergi balik sekolah kebangsaan ,Kemudian pergi sekolah agama ,lepastu pergi kelas Quran dan malam ,buat kerja sekolah pulak.  Alhamdulillah, Ainul dah lancar membaca rumi dan jawi.Mengira dan sifir pun alhamdulillah dan semakin lancar.Biarpun akaun tiktok dia masih aktif.Hahaha nothing to say la.Budak zaman now.Asalkan media sosial dia dipantau.Doa yang baik baik je. Semalam cuti 2/6/2025.Kami bawa Ainul jalan ke Bandar Muar.Encik suami nak belanja cucunya makan ayam goreng Muiz diMuar.Padahal kat Parit Raja Batu Pahat ni ada jugak kedai ayam goreng Muiz tu. Tapi kata encik suami ,kita support yang dah lama buka,cawangan Parit Raja tu cawangan baru,next time boleh pergi.Lagipun Muiz kan buka 24 jam! Ok,baik lah... Muiz Parit Raja coming soon. 🥰 ❣️ 😍 😎 Terima kasih tolong koyakkan sos... Sepatah 2 kata tentang ayam goreng Mu...

Jika Satu Masa Nanti

  Bismillah, Guys, Jika satu  masa nanti, ada yang bercerita tentang keburukan Maq, dengarkan saja, nak percaya pun boleh.Kerana selama ini Maq tidak pernah  mengaku diri ini adalah orang baik. 🗨️berselawat jangan kenal erti letih

Doa Doa Pilihan Haji 2025

  SECEBIS DOA  Semoga beri manfaat Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan sebenar kecuali Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi junjungan pesuruh Allah 1. Ya Allah, Ya Tuhanku, aku sudah sampai ke rumah-Mu. Aku bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku. Terima kasih Allah, syukur alhamdulillah. 2. Ya Allah, bimbinglah aku, isteriku @ suamiku, keluargaku serta semua para jemaah yang menjadi tetamu-Mu yang paling istimewa untuk melakukan ibadah pada tahun haji ini dengan mendapat keredhaan-Mu serta mendapat Haji Mabrur dan diterima semua amalan ibadah Haji kami. 3. Ya Allah, aku datang ke tanah suci ini kerana Iman kepada-Mu, membenarkan Kitab- Mu, memenuhi janji-Mu, untuk menuntut keredhaan-Mu dan menunaikan kewajipan serta menurut s...