Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

Cara Maq Merawat Migrin

Assalammualaikum Kalau sebelum ni maq kongsi  tips bagaimana nak kurangkan sakit pinggang tapi harini maq nak kongsikan bagaimana nak merawat kepala yang migrin .Bukan dengan berjumpa doktor tetapi dengan cara yang maq selalu amalkan. Apa maq buat ? Ambil tapak tangan orang yang sakit tu. Kemudian tebalikkannya  supaya  tapaknya berada diposisi bawah.Diantara celah jari ibu dan jari telunjuk tu kan ada isi yang gebu sikit tu kan ( ditengah-tengan ) Ni haa, macam gambar bawah ni . Urut bahagian tengah jari tu perlahan-lahan. Ketika itu pasti sakit nya macam nak pecah rumah kalau pesakit tu memang seorang yang  pakar menjerit . Kalau urut baiknya tak mahulah kuat sangat ye , sakit woooi!Urutlah dengan kasih sayang je. Urut pelahan dalam 10-15 minit.Lagi baik letakkan sedikit loysen atau minyak biar tak perit kulit tangan tu. Dan kalau tak kurang buat lah 2 hingga 3 kali dalam sehari sampailah sudut tu tak sakit dan kepala pun tak pening lagi.Nah cuba ye ! Kata ...

Tangani masalah anak nakal

Assalammualaikum Bagaimana nak didik anak-anak yang nakal ? nakal disini bermaksud manja yang melampau . sukar ditegur ,sukar di kawal ,sukar di pantau . Maq selalu dapat kanak-kanak  yang sebegini untuk dijaga . Pernah maq jaga seorang budak yang berusia 3 tahun lebih yang katanya sangat nakal hingga sering di cubit oleh pengasuhnya dulu . Puncanya dia  selalu buli anak pengasuh lamanya sehinggakan pengasuh tu tak tahan dengan perangai kanak-kanak tu .Bila mama dia menyerahkannya kepada maq , maq just janji, ok ,maq cuba uruskannya,insyaallah .. Budak nakal ini sebenarnya dia manja melampau . Dia nak  minta perhatian dari kita . Pada  awal '' perkenalan '' kami,maq biarkan dia dengan perasaannya. First bila maq perhatikan .... Dia ni suka membuka almari simpanan maq, dia suka selongkar buku-buku sekolah anak maq ,dia tak mahu tidur siang, dia suka menyakat kawan-kawan ,dia suka bergaduh, pukul kawan-kawan dan tak dengar arahan maq. Yang pelik bila maq mengadu...

petua hilangkan tersedu bayi

maq ada tips pelik lagi ni ! nak tau tak  ? apa yang anda buat kalau bayi anda tersedu  ! tahu tersedu ?? ala..nak bunyikan tak boleh pulak la . tapi selalu orang tua-tua kita kata tu tanda budak nak besar . emmm ye ke ...abis kalau maq yang tersedu ?? agaknya nak besar mana lagi kan hehehe ok la mesti semua tahu apa yang dipanggil tersedu tu . so..apa yang selalu maq buat pada bayi yang tersedu ? senang je ... * ambil sehelai kertas yang bersih   . emmm contohnya kertas  surat khabar ke..kertas buku latihan  ke ... apa-apa kertas la ,tapi jangan bil letrik  pulak ,kang marah orang TNB bila dia tengok bil koyak ! ok...koyakkan sikit je ..adalah macam besar kuku jari telunjuk anda tu la gayanya . kemudian baca selawat sekali ,lepastu jilat (macam orang nak tampal stem kat surat ) maq tak boleh tunjuk tapi anda mesti tahu gambarkan . kemudian ...tampalkan kat dahi bayi anda yang tersedu tu ( sama macam tanda didahi orang india tu la gayanya  )...

I'tiraf dan zikir taubat

Assalammualaikum Maq kalau nak tidurkan anak -anak asuhan , antara alunan yang akan didodoikan ialah alunan  i'tiraf dan zikir taubat . Pastinya tak sampai 10 minit sudah ada anak -anak yang mula  menguap ...  anda pun boleh juga amalkannya . Wahai Tuhan ku tak layak kesyurgaMU namun tak pula aku sanggup kenerakaMU ampunkan dosa ku terimalah taubat ku sesungguhnya Engkau lah pengampun dosa-dosa besar. dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai dengan rahmatMU ampunkan daku oh Tuhanku wahai Tuhan selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan kecelakaan kami takut , kami harap kepadaMU suburkan lah , cinta kami kepada MU kami lah hamba yang mengharap belas dariMU

Masalah sakit pinggang ?

Assalammualaikum .. Semalam maq update post pasal tersedak pada bayi , kali ni maq nak share satu lagi tips pelik yang maq selalu amalkan. Pernah mengalami sakit pinggang ?  Definisi sakit pinggang: ia terjadi bila otot dan ligamen dibahagian belakang badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik.Ini menyebabkan terdapat regangan secara berlebihan akan belaku.Ia juga menyebabkan tulang tulang tidak stabil kerana otot  yang berfungsi sebagai penjaganya semakin lemah. Sumber : Google 📌 Tips yang maq selalu amalkan bila salah sorang ahli keluarga maq alami sakit pinggang  ialah urut betis dia! Urut dari bawah ke atas.Urut perlahan je.Lagi elok menggunakan minyak kelapa biar licin dan lancar. Jika pesakit itu lelaki pastinya bulu kaki dia tidak rasa perit  bila proses mengurut tu guna minyak kelapa ( kalau tak guna minyak bulu kaki akan melekat ditapak tangan nanti ,ishh perit tu.. )  Apapun semua minyak urut boleh digunakan untuk proses ini kecuali minyak petr...

bayi tersedak ,tips pelik ??

Assalammualaikum Harini maq nak kongsikan satu lagi tips.Nampak pelik tapi bila maq buat  memang menjadi. Anda ada bayi ? apa anda buat bila bayi anda tersedak ? ada orang cakap tiup muka dia . Allahhu , terpisat-pisat budak tu nanti sebab kita hembus nafas kita kat muka dia.Kesian.. Kalau ikut cara rawatan  pakar , bayi akan ditelungkupkan kemudian ditepuk belakangnya. Jadi apa kah yang maq selalu buat bila ada bayi yang tersedak ? Pertama , maq akan tarik ibu jari kaki dia perlahan-lahan seakan-akan seperti mengurut tapi cara  ini macam kasar sikit la sebab ianya 'ditarik' ...dan alhamdulillah bayi tu akan berhenti tersedak. Maq bukan pakar saraf jadi maq tak tau apa punca tarik ibu jari kaki dia boleh berhentikan tersedak bayi.Tapi usaha ini selalu berhasil. Tak tahu la  tarik gaya mana , tapi jangan tercabut ibu jari kaki  budak kecik  tu sudah la . Kalau anda nak tau lagi tersedak boleh bawa maut kepada bayi yang masih kecil.Ia sangat lah merba...

Hati Hati Kawan Makan Kawan

Assalammualaikum .. Maq nak tanya ,korang pernah difitnah ? maq pernah! Itu pertama kalinya maq kena sejak maq jadi isteri orang ni.Dah lebih 20 tahun maq mendirikan  rumah tangga ,ini pertama kali. Perkongsian ini bukan nak buka aib diri sendiri tapi maq nak anda hati-hati dengan kawan yang makan kawan ni .didepan  kita dia sangat baik tetapi dibelakang kita , waallahhualam... Kisahnya bermula bila maq terlalu aktif dengan satu perkumpulan yasin ditaman maq.Ala bukan nya kumpulan apa pun ,ianya berunsur jariah juga.Lainlah maq join kumpulan penari tiang ke,barulah layak untuk difitnah  ...nauzubillah ... Setelah lebih kurang 8 tahun maq aktif ,akhirnya pada tahun lepas (2013 ) maq dilantik menjadi naib pengerusi kumpulan dan ini amanah !!! tapi maq kena gak terima sebab persetujuan sangat ramai . maq cakap : ok ...saya cuba ye .... Dan dalam masa tu semua aktiviti berjalan lancar .Setiap minggu kami ada menjalankan aktiviti tersebut . Hinggalah pada satu hari ......

mesyuarat tingkap lagi

Assalammualaikum .. maq nak share ,tapi nampak macam gossip pulak . dah la bulan -bulan puasa ni .. tapi jari ni amboi.. kemain lagi dia menarinya , rancak bebenonya... lokasi : belakang rumah maqnie tarikh : beberapa hari lalu tetamu :cik peah oii cik peah oii : cik anni oii .. dah buat kueh ke belom ? maq : err... tak buat la cik peah oii.. anak-anak saya ramai ni ,kang ada pulak yang temasuk dalam oven pulak nanti ,haish.... cik peah oii : aah kan ,payah gak kalau budak-budak ni belari-lari , main kedapur time kita masak-masak,nanti tak memasal kena saman dengan mak bapak diaorang sebab anak dia melecur .. maq : ye cik peah oii ... sejak dah ramai anak asuhan ni ,kami memang dah tak buat kueh raya ,kebanyakkan nya dibeli termasuk jugak disponser ... cik peah oii : amboi !!  gelemer gak cik anni oii kita ni yek? siap ada sponser gitu maq : ehh... yang sponser tu mak saya ,adik beradik saya dan majikan-majikan saya cik peah oii ... bukannya dari sugar daddy ( ee...

Macamana Nak Tahu Bayi Kembung?

Assalammualaikum ... Kali ni maq ada lagi petua jaga bayi. Hahha nak tau tak benda ni dah lama maq amalkan sehinggakan anak-anak maq pun dah tau cara nak pratikkannya . Kalau kita ada bayi  yang baru lahir hingga lah beberapa bulan selepas tu.Pastinya umbun-umbun dia lembut lagi kan. Tahu kah anda apa kah tujuannya Allah buat macam tu sedangkan seluruh kepalanya boleh keras ? tapi kenapa umbun-umbun tidak ? ni ada lah antara faedahnya, Pertama, bila bayi berusia seperti diatas pastinya kalau dia kembung sepatah haram dia tak tahu nak mengadukan , yang dia tahu ,nangis...nangis dan nangis je kan ???  **macam ahmad albab pun ye kadang-kadang . ahhaaa .... so.. apa yang selalu maq buat?  ila bayi asik menangis gelisah maq akan raba umbun-umbun dia yang lembut lagi tu.Kalau lekuk disitu ,itu tandanya dia kembung perut.  .ungkin ada yang tau kot tips  ni tapi tak mustahil ada yang tak tahu lagi kan. Ini petua orang tua-tua ,maq cuma sambung-sambungkan.Dan ...

code product

Assalammualaikum tadi ronda-ronda blog orang .. tetiba terjumpa satu post yg menarik minat maq . post apakah ?  ianya mengenai satu cara untuk memboikot produk  israel .. Bagaimana caranya ? Senang je ..tengok pada nombor code pada barang itu .. code product from Malaysia code product  from israel semua gambar maq ambil dari blog asal ... link blog asal  ...terima kasih tuan blog , selamat memboikot ..ini bukan paksaan tapi atas rasa tanggungjawap sendiri la ye ...

Pengalaman Cabut Gigi

Assalammualaikum .. Anda pernah pergi  dapatkan rawatan gigi ?  mengikut pengalaman  , maq akan mengalami kerosakkan gigi ( kesemuanya gigi geraham ) selepas melahirkan anak . ini bermakna ketika mengandungkan mereka maq kekurangan kalsium . apa taknya baby pun perlukan kalsium untuk proses pembesaran kan . lagi-lagi anak-anak maq dilahirkan dengan berat yang memang semangat . anak pertama 4 kg anak kedua 3.8kg anak ketika 3.6kg haaa ini menunjukkan 3 batang gigi geraham maq sudah hilang .. Klinik ada bekalkan vitamin termasuk kalsium  tapi sebabkan bau nya yang sangat kuat ,maq abaikan je pengambilannya ..nahh ..inilah kesannya ..gigi  maq jadi mangsa ! oh tidak ... Graham yang ketiga dicabut seminggu sebelum bulan puasa haritu . dia tak sakit ,tetapi dia pecah separuh dan amat tidak selesa ketika proses mengunyah berlangsung . Dan keputusan maq ,ia perlu di cabut !! Yang lawak , firstime cik peah oii ,maq pergi klinik  pergigian kerajaan . Kata...

remaja dan hidupnya

Assalammualaikum Wahai remaja ,ini ada sedikit pesanan dari maq buat anda semua . tak kiralah yang dah baligh atau yang belum ...😂 " nikmatilah zaman kalian dengan sebaik-baiknya sebab usia kita takdenya berulang .kalau 17 tahun sekarang ,tahun depan confirm 18 tahun ,takde maknanya nak 16 atau 17 tahun semula so apa yang ada sekarang tu jaga lah. Maksud maq kenangannya ,kewujudannya ,keceriaannya ,ketenangannya ..ye semua tu ada dalam dunia anda sekarang . " Hello , orang muda tak layak menangis hanya kerana cinta tau . Dia sepatutnya menangis kerana tak dapat belajar pandai ,tak dapat nak hafal formula yang cikgu berikan. Tak dapat jadi anak yang sepenuhnya menolong ibu bapa dirumah ,tak dapat memenuhi hajat ke dua orang tuanya. Haaa yang ni baru layak anda menangis kannya ..sebab ? Sebabnya waktu ni anda hanya ada kedua orang tua ,hanya hari- hari menatap cikgu dan pelajaran ,hanya hari-hari pergi belajar sampai tak sempat nak bantu orang tua dirumah  haaa  ....

Kenangan Mula Mula Belajar Puasa

Assalammualaikum, Dah niat puasa ke tu ? Sebelom tidur elok lah baca niat kot pagi esok kesiangan taklah puasa tanpa niat nanti . aik?? Boleh ke Puasa tanpa niat?  jawapannya : Boleh tapi  kalau anda ada planning nak bebuka pukul 10 pagi ahha. Ketahuilah kalian tidak sah puasa sesaorang itu tanpa niat. Macammana niat puasa ?  Ahh nipulah kalau tak tahu , ini dah masuk 16 ramadhan dah takkan dah lupa haha. Masa maq kecil dulu kata abah maq ( Encik Rokani ) kalau tak nak lapar ketika berpuasa , banyakan niatnya dimalam hari . Maq pun ikut jelah dan ..yelah ! Tak rasa lapar ! Maq ada kenangan yang masih segar dalam ingatan ini : Ketika tu usia maq dalam 8 - 9 tahun.Masa tu macam baru nak belajar belajar berpuasa.Nak jadikan cerita, selepas makan sahur abah ajarlah maq berniat dalam bahasa arab . Pada percubaan pertama niat tu maq salah sebut ,masuk yang kedua maq salah lagi , masuk yang ketiga kali ... maq nangis. Sebabnya ?? Sebab maq mana reti cakap arab , aba...

7-7 Datang lagi !!!

Assalammualaikum 7-7-2014 menjelma lagi .Kali ini dia datang dengan angka 45 ! Alhamdulillah, Terima kasih Allah sebab dah bagi maq  peluang untuk berdiri dibumiNya yang indàh ini . Kehidupan harus diteruskan lagi dengan izinNya. Sebelum tu ..terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan salam hari lahir buat maq  termasuk dari ahli keluarga , kawan siber , kawan masa sekolah dulu , kawan blogger .. Terima kasih atas doa kalian buat maq .dan maq pun mendoakan yang serupa buat mereka semua . aamin..  45 - MOGA BERI KEKUATAN DALAM MENEMPUH TIAP DUGAAN DLM HIDUP INI ...

Ibu Bebel Bersebab

Assalammualaikum .. Kenapa mak mak  suka sangat membebel ek? * dia tak berpuas hati dengan apa yang anda lakukan . * dia rasa anda perlu dinasihati * dia melihat kekurangan budi bahasa anda terhadapnya . * dia fikir anda sudah melupakannya. * dia rasa anda memang layak kena bebel . Apa yang dia dapat dengan bebelannya itu ? * satu kelegaan buat perasaannya yang terpendam * padanya kewajipannya untuk menasihati anda sudah terlaksana . * dia nak insan yang  dia sayang itu betul- betul berada dilandasan yang betul . Apa hasilnya dari aktiviti menbebelnya? Akan mengalir air mata seorang insan yang pernah menggendung anda didalam rahimnya suatu ketika dulu . Betapa sukarnya dia membawa anda bersama-samanya selama 9 bulan lebih . Lagi sulit bila anak dalam kandungannya itu bayi yang bersaiz besar .  Pengorbanan apakah bila anda dah dewasa? Tepuk dada tanya hati sejauh mana kasih sayang pada ibu kita selama ini .Mampukah kita menyayanginya seperti mana dia l...

Mee Segera Bulan Puasa

Assalammualaikum .. Dugaan ... Anak- anak asuhan hari ni nak makan mee segera la pulak ! Nasi dah selalu makan ,harini tak nak nasi ( kata kiki ) mee best ! Erkkk ..  Puasa puasa ni stock mee segera memang maintain kat rumah maq. Bukan apa kalau malam malam nanti lapar kan senang , tinggal masak je kot .. ** itu kata anak anak dara  dalam rumah ni Anda tau kan bau haruman mee segera bagaimana powernya?  Aduhhai ... Dugaann betul.Dah lah rumah jiran dekat-dekat . Sabo je la mak nyaaa ~ maqnie macam nak muntah pun ada ni bila perut tengah lapar ,lubang hidung disiram dengan bau mee segera  *** padahal tau dah muntah itu  boleh membatalkan puasa ,kikikih *agak-agak cik Peah puasa tak.harini ekk...

Jaga Mata

Assalammualaikum .. Banyak betul entri baru masuk harini. Macamilah kalau bulan puasa , sambil menanti anak-anak asuhan balik dari sekolah tadika mereka,sempatlah maq membebel diblog ni . Ambil sikit pengalaman dan jadikan entri. Senang kan? Tak perlu nak mengumpat orang sebelah atau memerhati gelagat jiran -jiran yang semakin meriah mengemas rumah sempena menjelang hari raya nanti. Mata ni kan kalau dah memandang , ada saja komennya.Nakal jugak kan. Tapi nak tau tak apa kata Mata ? - kami ni ambil beratlah maq , bukan nak mengumpat pun. **Haaa selalu jalan ceritanya macam tulah.  "bukan mengata cik peah oii ..cuma bercerita je nie...shh....cakap sini ..abis sini ekk "

Jangan Jadi Hamba Cinta

Assalammualaikum pembaca .. Wahai remaja ... Kalau orang tua anda diam dan tidak marah atas perilaku anda.Atas perangai anda , budi bahasa anda, atau mungkin siapa juga kawan - kawan anda.Itu bukan lah bermakna mereka setuju dan suka dengan apa yang anda buat . Tetapi tu tanda mereka nak beri anda peluang untuk menggunakan kebijaksanaan anda dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini . Ilmu agama yang diterapkan bakal menjadi tunggak utama . Tahukah anda  betapa luluhnya hati seorang ayah yang berhempas pulas mencari rezeki untuk keluarganya Apabila dia mengetahui bahawa anaknya telah memperbodohkannya dan menipunya?? Wahai remaja ... Selagi anda belum berkahwin segala perbuatan anda adalah dalam kawalan orang tua anda .bukan kekasih anda yang belum halal lagi tu ! Kebanyakan remaja sekarang ( terutama remaja perempuan ) lebih percayakan kekasih dari keluarganya sendiri dan mereka akan cari mak bapak bila dah " kena main " dengan kekasih . Renungkan lah dalam ...