Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2025

Cara Bacaan Hamzah Wasal

  Bismillah, Simpan ilmu tajwid Al Quran dalam blog peribadi ini. Nanti anak cucu boleh buat rujukan untuk dapatkan bacaan quran yang betul.Inshaallah. Buat carian pada label " tajwid quran " **ini hanya jadikan rujukan, adalah lebih baik berguru(belajar dengan guru yang diiktiraf) Sumber gambar : facebook

Wanita Istimewa Bernama Siti Khadijah

Bismillah, Siti Khadijah Memang Wanita Istimewa. Dua pertiga  (2/3) wilayah Mekah adalah milik Siti Khadijah binti Khuwailid, isteri pertama Rasulullah ﷺ.  Ia wanita bangsawan yang menyandang kemuliaan dan kelimpahan harta kekayaan. Namun ketika wafat, tak selembar kafan pun dia miliki. Bahkan baju yang dikenakannya di sa'at menjelang ajal adalah pakaian kumuh dengan 83 tampalan. "Fatimah putriku, aku yakin ajalku segera tiba," bisik Khadijah kepada Fatimah sesaat menjelang ajal. "Yang kutakutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, agar beliau memberikan serbannya yang biasa digunakan menerima wahyu untuk dijadikan kain kafanku. Aku malu dan takut memintanya sendiri." Mendengar itu Rasulullah berkata, "Wahai Khadijah, Allah menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga." Siti Khadijah, Ummul Mu’minin (ibu kaum mukmin), pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah.  Didakapnya sang isteri itu d...

Israk Mikraj 1446H

  Bismillah, 27 Rejab 1446H Ada pun peristiwa israk mikraj telah tercatat dalam Al Quran pada Surah Al Israa' ayat 1 (Al Quran : 17:1 )  Dan  Surah An Najm (Al Quran 53:13-18) Peristiwa besar yang dialami oleh Nabi Muhamad SAW dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah SWT. Peristiwa ini belaku ketika Nabi Muhamad SAW berada dalam situasi kesedihan selepas kewafatan bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutallib yang dianggap seperti ayahnya sendiri dan kewafatan isteri tersayang Siti Khadijah yang belaku pada tahun yang sama. Dan juga kesedihan baginda apabila dakwahnya di Ta'if  tidak diterima malahan diusir dengan cara yang kurang sopan dan keterlaluan. Maka untuk kesedihan yang berganda ganda itu,Allah perintahkan malaikat Jibril bawa Nabi Muhamad SAW keluar "jalan jalan". Israk - perjalanan dari Masjidilharam ,Mekah ke Masjid Aqsa,Palestine. Mikraj - perjalanan baginda bersama malaikat Jibril dari langit dunia hingga ke langit ke 7. Alhamdulillah sejarah israk ...

Mak Uteh Cover Kesedihan Kakaknya

  Bismillah, Selepas pemergian maktok,anak anak ,cucu cucu dan cicit cicit yang duduk jauh dari Batu Pahat telah berkumpul dirumah maktok beberapa hari.Termasuklah ibu maq.Mereka semua merupakan anak anak dan cucu cucu maktok yang duduk di luar Batu Pahat ,ada yang dari  Perak, Selangor, Kuala Lumpur,Johor Bahru dan Singapura. Maq ajak ibu duduk je dirumah maq nanti kami akan hantar ibu ke rumah maktok ulang alik untuk jumpa adik adik beliau tapi alasan yang diberi nak temankan mak usu untuk beberapa hari. Dan mereka adik beradik telah sama sama gotong royong buat kenduri selama 3 malam berturut turut disurau Kampung Parit Amat. Kesedihan selepas kehilangan perlu 'dicover'. Masing masing seakan nampak sangat kuat, namun jauh disudut hati Allah je yang tahu. Apa pun kehidupan perlu diteruskan.Bonda yang telah pergi tetap akan menjadi rindu yang takda berpenghujungnya. Ibu maq adalah anak pertama maktok. Lepas ni adik adiknya pasti akan melepaskan rindu mereka dekat "akak...

Cara Nak Claim RM 100 Renew Passport Haji

  Bismillah, Setiap jemaah yang dapat tawaran haji,passport merupakan benda paling utama perlu ada sebelum terbang ke Mekah. Jika perlu renew atau buat passport, jemaah haji akan dapat potongan harga.Potongan ini khas untuk jemaah haji sahaja.Kalau biasa pemegang passport akan dikenakan caj RM200 tapi untuk jemaah haji ada potongan RM 100.Jadinya jemaah hanya bayar RM 100 sahaja dipejabat imigresen nanti. Maq ada terjumpa cara cara nak 'claim' RM 100 tu.Semua proses adalah bersemuka,kalau online tak boleh buat urusan ini.Bawah ini adalah cara cara nak claim. 1. Print surat tawaran dan terima tawaran haji & salinan i.c 2. Bawa bersama passport lama ke imigresen terdekat. 3. Semasa ambil nombor giliran, maklumkan nak buat passport haji. 4. Buat passport ikut prosedur biasa. 5. Semasa bayaran, imigresen akan waive dan kita cuma bayar rm100. 6. Tunggu 1 jam untuk passport siap. **Hasil salin tampal dari facebook. Semoga beri manfaat.Teruskan berselawat selagi masih ada waktu un...

Selamat Tinggal Mak Tok

  Shawal 2024 bersama Mak tok Bismillah, انا لله وانا اليه راجعون اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا Tanggal 21 Januari 2025, bersamaan 21 Rejab 1446H. Semuanya telah bertukar menjadi kenangan. Mak tok kami (Hajjah Fatimah Mohd Salleh ) telah kembali menemui penciptanya. Sebagai cucu pertama maktok,tak mampu nak disusun satu persatu kenangan manis kami.Kerana maq adalah pengalaman pertama maktok dapat cucu. Kini cuma mampu simpan semuanya sebagai 'booster' buat penguat jiwa. Setiap orang dalam keluarga ada kenangan tersendiri bersama maktok. Terima kasih Allah yang telah permudahkan semua urusan terakhir maktok disisi kami. Rindu pasti tiap masa datang bertamu.😢 Gambar kenangan hariraya aidil fitri dan aidil adha 2024 bersama maktok.Ianya juga merupakan hari raya terakhir buat maktok. Semoga Roh Maktok ( Hajjah Fatimah Mohd Salleh ) ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Allahhumma Aamiin. Maktok adalah srikandi keluarga k...

Semua Kerana Allah

  Sentiasa ingat kata kata ni. Pesan dekat diri sendiri dan mereka yang berkaitan dengan kita. Semua yang dilakukan hanya kerana Allah. Jom banyakkan berselawat buat junjungan Nabi kita Muhamad SAW yang berjaya bawa agam islam kepada kita sampai ke hari ini.

Roti Puri Musim Hujan

  Bismillah, Bila dah lama tak menguli tepung ,rasa tersangat seronok dan tersangat bangga  bila mood rajin tetiba datang dan akhirnya terhasil lah beberapa keping roti puri dari  ½ kilo tepung gandum. Sis ,korang dah boleh try.Modal pun ciput.Resepi ni tak perlukan bahan penaik.Simple je. ½ kilo tepung gandum 1 sudu makan susu pekat manis 1 sudu teh garam 2 sudu makan  margerin 200 ml air suam. Cara caranya :  *Tepung dengan margerin gaul sampai jadi serbok roti. *susu pekat,garam campur dalam air suam ,kacau sampai sebati. *Campurkan kedua bahan kat atas,bahan cecair tu tambah sikit sikit dulu,jangan tuang semua sekali. *uli ikut gaya korang je.Maq uli sambil pejam mata hahaha gurau jela. *dah sebati adunan tu ,buat bebola,saiz ikut saiz apa yang korang nak ,kemudian sapu margerin supaya tak melekat. *lenyek dengan kayu pengelek satu persatu.Kalau lembik tambah lagi tepung,just tabur tabur manja je tau,jangan pulak segengam ko letak.Keras kebatun roti tu nanti...

Wargaemas Sembang Emas

  Bismillah, Haritu terjumpa kawan satu taman maq. Dia ni peramah orangnya.Bila jumpa tak berpeluk peluk tak sah.Orangnya kecil molek je dan kalau maq yang peluk confirm dia hilang dalam pelukkan maq haha.Sembang punya sembang,tetiba dia cakap, "Aku dah malas kumpul kumpul emas lagi Ni.Cukuplah mana yang dah ada tu.Bila fikirkan anak anak kan dah ada rezeki masing masing, jadinya aku kumpul emas banyak banyak tu nanti nak buat apa? kan Ni?" **Rupanya dia macam maq jugak.Dah mula kurang nak fikir urusan dunia ni,apatah lagi berkaitan harta benda. "Ye kak,umur umur macam kita ni apa ada je sudahla .Anak anak tu biarlah mereka berusaha sendiri.Kita dulu pun emak bapak takda  tinggalkan harta.Dah kawen pandai pandailah kita ni urus diri sendiri dan keluarga sendiri." "Ha ah betul kau cakap Ni.Aku pelik orang dah tua tua tapi masih berkejar kejar nak kumpul emas padahal esok lusa emas tu sempat ke tak nak beri manfaat kat diri sendiri.Silap silap buat gaduh kat anak...

Kelas Dhuha Bulan Rejab 1446H

  Bismillah, Sejak tibanya tahun 2025.Semalam adalah hari pertama maq masuk kelas dhuha di bilik muslimah, Taman Bukit Perdana.Dah lama maq tak ke kelas  asbab masalah kesihatan. Alhamdulillah Ustazah Faridah binti Lehan  adalah tenaga pengajar kami semalam. Beliau ulas tajuk Amalan Bulan Rejab.Beliau merupakan ustazah dari Jabatan Agama Islam  Johor. Biasanya ustazah akan ajar kami bab solat tapi disebabkan masih dalam mode bulan Rejab so subject semalam pun bertukar tajuk. kami ni memang tokleh nampak kamera 🤭 Antara yang dapat kami belajar semalam dan yang maq sempat salin, 🖤 Ada 3 perkara yang dituntut Nabi dalam bulan rejab ini. 1-Banyakkan buat kebaikan.Contoh solat,baca quran ,puasa dan lain lain lagi. 2- Banyakkan bertaubat( beristighfar ) paling baik beristighfar adalah waktu sahur ( sebelum masuknya waktu subuh ) 3-Jangan buat perkara pekara yang dilarang. Contoh mengumpat, buat fitnah, atau apa  juga hal hal yang Allah benci ,jangan buat! 🖤 Siapa s...

Amalan 5-8

  Bismillah, Maq  nak kongsi satu amalan yang  Maq panggil sebagai amalan 5-8.Kalau orang yang kerja office hour tu orang kata waktunya 8-5 kan ? Tapi ni 5-8.Sesuai bagi mereka yang ada masa free lepas subuh.Dan tak tahu nak buat apa diwaktu awal pagi.Bulan Ramadhan nanti boleh buat. Dulu Maq rasa sangat mustahil nak buat,lebih lagi anak anak masih kecil.Nak uruskan diaorang punya makan minum sebelum ke sekolah pun dah kelam kabut.Tu belum lagi nak buat kerja kerja rumahtangga,lepastu mana nak tunggu anak anak asuhan nak datang pulak. Sebab amalan ni bermula dari pukul 5.00 pagi hingga pukul 8.00 pagi.Kurang lebih 3 jam duduk dan berdiri hanya diatas sejadah. Tapi  bila dah pencen macam sekarang ni ,alhamdulillah. Allah beri rezeki masa untuk buat.Kecuali kalau ada urusan lain diawal pagi,maq buat je mana yang sempat. Korang cubalah try test ! Memula memang penat,Insyaallah lama lama nanti korang akan rasa selesa nak lakukannya.Bila tak buat rasa macam tak lengkap pa...

Jangan Tinggal Solat

  Bismillah, 17 Rejab 1446H, Jumaat yang barokah. Solat itu tiang agama,jangan tinggal solat. Dengan perbaiki solat ,Allah balas dengan perbaiki segala hal dalam hidup kita sebab tu jangan tinggal solat. Kunci untuk kembali kepada Allah walaupun kita tidak sempurna juga  jangan tinggal solat. Makanya paksa diri walau sesibuk apa sekalipun jangan tinggal solat. Dan banyakkan berselawat sepanjang hari ini.

KKBP Cashless Payment

  Bismillah, Alhamdulillah semalam 14/1/2025 merupakan kali pertama maq pergi Klinik Kesihatan Batu Pahat ( KKBP ) untuk tahun 2025. Last pergi masa ambil hasil keputusan pemeriksaan darah   pada tahun lepas iaitu pada  31/12/2024.  Ala baru 2 minggu je tak pergi KKBP tukan  tapi  cerita bagai nak rak ,macam lah lama sangat tak kesitu. Kalini pergi atas arahan doktor yang berkaitan masalah buah pinggang dan urine maq yang tak clear haritu tu.Ambil darah sekali lagi tapi yang kalini tak payah puasa malam. Macam biasa maq akan keluar rumah pukul 7.15 pagi. Sampai KKBP orang dah berbaris ramai.Macam nak buat perbarisan sambut merdeka pulak. Mereka dibahagi kepada 3 barisan. Barisan pertama - datang nak ambil ubat Barisan ke dua - datang ada temujanji dengan doktor  Barisan ke tiga - datang nak ambil darah Maq dapat giliran ke 15 pada barisan ke tiga.Ini keluar rumah pukul 7.15 kalau keluar pukul 8?9?masak matt... Beria acik kau ni keluarkan duit sing...

Doa Di Maqam Rasulullah Dan Di Raudhah

  Kubah hijau Bismillah, Harini saja nak berkongsi doa yang selalu diucapkan oleh jemaah yang berpeluang ziarah maqam Rasulullah dan berpeluang masuk ke raudhah,Masjid Nabawi.Bawah ini doanya. Assalamualaika ya Rasullah  Assalamualaika ya Nabiyallah Assalamualaika ya Sofattullah Assalamualaika ya Habilullah Ashadu alla illa ha illallah  wahdahula syarikalah waanaka abduhu warasuluh Semoga bermanfaat.Teruskan berselawat*

Hadiah Yang Termampu Buat Ibu

  Bismillah, Alhamdulillah dengan izin Allah pada hari Sabtu 11 Januari 2025 bersamaan 11 Rejab 1446H ,maq telah berjaya capai  Cita Cita usia senja Maq dan juga tertunai sudah hajat Arwah Atok maq( Arwah Atok Munadi bin Abdul Kadir )  Group whats App  ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه اجمعين Alhamdulillah, Tahniah buat Puan Noraini binti Rokani pada 11 Rejab 1446H telah berjaya khatam 30 juzuk, bertalaqqi online dengan Riwayat Hafs An Asim Toriq Syatibi.  Mudah mudahan nikmat yang sebegini akan terus dikurniakan Allah  kepada sahabat sahabat  yang lain dengan izinNya. Alhamdulillah,Terima kasih Ustazah. Selama 3 tahun belajar tajwid Al Quran dan baca Al Quran bersama tunjuk ajar ustazah Izan secara online. Actually tak mudah bagi ustazah nak ajar wargaemas macam maq tapi level kesabaran ustazah sangat tinggi.Sebab tu maq pilih beliau sebagai cikgu ngaji. Alhamd...

Paksa Diri Solat Tahajjud

Kata Kata Nasihat Bismillah, Solat Tahajjud - paksalah diri kita untuk lakukan solat tahajjud biar dalam keadaan sesulit apa sekali pun. Waktu ini adalah peluang untuk kita mengadu pada Allah tentang kerasnya dunia dan alamnya. Tentang sukarnya hidup sebagai muslim akhir zaman. Tentang kejamnya undang undang buatan manusia hingga hukum riba' jadi halal. Tentang nyawa manusia jadi taruhan dan modal perniagaan.Si kaya semakin kaya ,si miskin terus ditindas. Dan ceritakanlah juga tentang beratnya penilaian manusia tentang kehidupan orang pencen yang tidak berkerja.😢 Jom selawat.       

Tips Rezeki Lancar

  Kata Nasihat  Bismillah, Ada seorang ustaz pernah beri tips murah rezeki dan rezeki lancar. Waktu tu maq sempat salin dan simpan buat koleksi tips peribadi. Tapi kalini maq nak kongsi kat blog ni pulak.Korang, apa yang korang kena paham,konsep rezeki bukan je pada wang ringgit ataupun harta benda ye.Cabang rezeki ni sangat luas. Paling utama fokus pada niat kita.Ingat satu hal ,buatlah sesuatu kerana Allah taala.Selebihnya ikut sahaja pada aturanNya.Kerana aturanNya adalah yang terbaik buat semua hamba. Bawah adalah amalan yang dicadangkan. 📌Hari hari solat sunat dhuha 8 rakaat         📌Hari hari selepas solat sunat sebelum        subuh  (  qabliah subuh) baca 100x :    سبحان الله وبحمده    سبحان الله العظيم    استغفر الله العظيم 📌Hari hari lepas solat zohor , baca 100x :      لَا إِلَـهَ إِلَّا اللهُ الْمَـلِكُ الْحَـقُّ الْمُبِـيْنُ،       مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ ال...

Tips dan Petua Dari Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din

  Kata kata Nasihat Bismillah,Alhamdulillah. Jumpa tips rawat penyakit bersama rawatan ayat ayat suci Al Quran dari Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din.Maq sengaja simpan dalam blog ini untuk mudah dicari bila perlu. Guys, Al Quran itu penawar bagi semua penyakit.Zahir dan Batin.Maq berani buat pengakuan ini sebab Maq memang amalkan nya.Bahkan demam selsema pun Maq baca ayat Al Quran sebagai ubat. Okey, Maq akan simpan ilmu ini disini baik baik.Inshaallah ,moga beri manfaat buat korang yang memerlukannya.Dan menjadi jariah berpanjangan buat Almarhum Tuan Guru.Semua dengan izin Allah. 1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi     Amalkan Baca Surah - fussilat, ayat 44 2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.  - Ketuk kepala ikan, ambil sebahagian kecil seperti gel  - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat 3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.  - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan d...

Rasa Malas Nak Solat?

  Kata Nasihat Bismillah, Kali ini Allah izinkan untuk Maq kongsikan tips bagaimana nak mengatasi rasa malas nak solat. 1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan. 2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang. 3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh datang bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati. 4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t. 5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t. 6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah. 7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan. 8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk be...

Ainul Mardhiah Tamat Sekolah Pra

Cucu pertama Maq, Ainul Mardhiah Bismillah, Alhamdulillah , Januari 2025 , maka tamatlah pembelajaran Ainul Mardhiah di pra sekolah. Bulan March 2025 akan datang nanti ,Ainul dah masuk darjah 1. Masyaallah terasa tua sangat dah tokmaq. Gambar dibawah antara kenangan Ainul Mardhiah sepanjang di Sekolah Pra 5&6 tahun. Hari pertama jadi murid Pra 5 2023 Sambut birthday dikelas  2023 Ootd Pra 5 Pra 5 tahun 2023 Pra 6 tahun 2024 Hari pertama Pra 6 tahun 2024 Wakil Pra Sekolah dalam Kumpulan pemainan bola jaring daerah Batu Pahat ,2024 Gambar kenangan Ainul dimajlis Sambutan Maulidurasul di sekolah (2023 ) Penyampaian sijil Pra 5 tahun.Masa ni Ainul Mardhiah dapat anugerah pelajar Berakhlaq Baik.Alhamdulillah,tahniah Kakak. Dah selesai dah urusan kakak dekat sekolah pra.Tak banyak meragam pun. Serupa macam mama awak masa sekolah tadika dulu.Senang je tokmaq uruskan dia sampailah masuk ke sekolah rendah dan menengah. Semoga kakak Ainul Mardhiah terus berjaya dalam menuntut ilmu dunia ...