Assalamualaikum Bila dah sebulan lebih duduk rumah tanpa menjadi baby sitter , kini maq dah tergolong menjadi suri rumah tanpa matawang yang dihormati. Hehe sabo maq , rezeki tu milik Allah , setiap hamba Allah pasti akan perolehinya . Antara cepat dengan lambat je. Okey muktamad ! Maq rehat sahaja untuk satu jangka masa yang dirasa sesuai untuk aktif semula . Tapi bila ? Allah je yang maha mengetahui .. Bila 24 jam masa maq di isi dengan hanya buat kerja kerja rumah , pastinya mulut pun mengunyah 24 jam jugak . Almaklum aktif lebih banyak didapur. Sebulan apa jadi ? Allah huakbar ..pipi bukan lagi pau , dah macam kek marble pulak dah ni . Pakai tudung je mesti pelik tang pipi . Kenapa pipi tak muat tudung ? Tak boleh disorok sorok lagi ? Bila pipi dah tak boleh disorok , maq dah dapat hint , berat badan dah bertambah la tu . Masyaallah ..apa maq buat ? 1 - kurangkan makanan manis 2 - kurangkan makan nasi 3 - kurangkan tidur siang Berkesan ke ? Hahaha ha...
"Coretan kenangan seorang emak"