Skip to main content

Bersusah susah dahulu


Assalamualaikum..

Along sekarang dah pilih perniagaan online sebagai cabang usaha beliau nak tambah pendapatan bagi dirinya.

Selain berniaga moon cake, along  juga jual tudung , shawl dan baju di akaun shopee beliau.

Harini along buat jualan Live untuk clearkan stock knitwear beliau. Minggu depan dah nak masuk order lain. So stock kena jual mur mur katanya hehe.

Bila mama on LIVE,  bagaimana dengan Ainul Mardhiah ? Kalau papa ada, papalah yang akan jaga ainul, itu pun kadang kadang ainul interframe juga diri dia dekat skrin shopee.

Dan harini, bila mama ainul buat LIVE  dirumah maq tadi,  ainul pun buat perangai secara 'live' jugak di shopee mama. Bawah ni antara babak yang sempat maq sreenshoot tadi.







Ini lah hakikatnya,  bukan senang nak senang. Menjadi seorang isteri yang setia berusaha meringankan tanggungan suami sambil mendidik dan melayan karenah anak, sambil melayan kehendak pembeli, sambil menjual produk.

Apa pun bagi pihak maq,  hanya berharap agar along lebih suksess  dan berjaya dalam semua usaha yang dia lakukan  ,baik dunia mahu pun akhirat. Biarlah bersusah susah dahulu, akan  bersenang senang bila tiba masanya nanti. Insyaallah..

Anda yang ada akaun shopee tu,  followlah hijab sisters untuk support  along. Jangan lupa tonton live untuk produk pruduk lain dari hijab sisters diminggu hadapan. Isnin ada live lagi, insyaallah.. ❤ Ahad cuti sebab hari Ahad hari bersama suami dan anak kata Along . Alhamdulillah.. 

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha