Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Ayam goreng rangup

Assalamualaikum Seminggu dua ni harga ayam muda agak rendah berbanding  harga pasaran yang sebelum ini . Agaknya kuantiti melebihi permintaan , tu yang harga jadi rendah , menurut kata suami sekilogram cuma RM 4.00. Takpalah  asal dapat meringankan beban rakyat yang telah sedia terbeban. Syukur Alhamdulillah . Jawabnya hari harilah berlauk kan ayam. Memandangkan harga ikan pun boleh tahan mahalnya sekarang. Masakan kegemaran anak anak maq kalau disebut 'ayam' ialah ayam goreng ! Betul ..betul ..betul ! Ok .. Kalini maq nak kongsi bagaimana cara nak dapatkan ayam goreng yg sedap dan rangup . Tips ni maq dapat dari adik ipar perempuan maq . Beliau merupakan seorang isteri yang memang rajin didapur , jom tengok caranya ! Mungkin ada yg dah tahu  tapi pada yg tak tahu ? Yok  cuba Lepas basuh bersih bersih  ayam yang hendak digoreng , gaulkan ayam dengan GARAM +KUNYIT + TEPUNG +MINYAK MASAK . gaul sebati . Kemudian sedia untuk digoreng ! Setelah d...

Cara melipat sarung tilam

Assalamualaikum Bilik tidur adalah salah satu tempat peribadi seseorang yang tidur dibilik . Manakala jika dia tidur disofa ,makanya ruang tamu bertukar menjadi ruang tidur . Biasanya keadaan ini disebabkan seseorang itu sudah biasa tidur diruang yang terbuka dan  luas . Kebiasaannya anak anak lelaki , mereka tak gemar tidur dibilik . Yang pelik bila dah jadi pengantin tu ,selesa pulak tidur dibilik !  Kesan alam sekitar barangkali . Waallah hualam ! Ada orang , ada bilik ,tapi tak reti nak buat bilik tu kelihatan kemas dan rapi . Selain susun atur ,alas tilam dan kain baju yang dihanger pun kena juga dititik beratkan supaya bilik yang kecil nampak kemas . Pekara yang sering nampak gagal ialah sudut kain baju yg dilipat . Kalau lipatan tak menarik dan kemas ,maka rosaklah pemandangan indah dalam bilik tersebut . Dalam banyak banyak lipatan,melipat sarung tilam adalah yang paling susah dan selalu hasilnya  tidak kemas . Ramai orang gagal dalam melipat sarung ti...

Kadang jadi bingung

Assalamualaikum Alhamdulillah harini Allah masih beri peluang maq meneruskan kehidupan yang cuma diberi pinjam oleh Pemiliknya . Terima kasih Allah . Harini maq free disepanjang hari sebab anak asuhan semua tidak datang kerana masing masing ada hal yang peribadi. Qaisara jaga baby mama dia yang baru lahir masuk hari ke 3 pada harini. Qasdina masih di Negeri Sembilan kerana menjaga mama dia yang dalam pantang . Harini dah masuk 31 hari kalau maq tak silap. Mirza pula pergi medical check up . Okey ..maq memang free ? Suri rumah free ke kalau duduk dirumah 24/7 ?  Hanya rakan sejawatan je tau free manakah seorang suri rumah yang cari rezeki dirumah . Sekarang ni pun jam dah nak pukul 11.00 am ,dan itulah masa maw masuk office  almaklum Dapur Officer  ( D.O ) . Dan ternyata apa yang tersusun dilist minda ialah ....    " NAK MASAK APA HARI NI ? " haish .. lebih 20 tahun memasak , hari hari masak ,akhirnya otak akan jadi cramp b...

Musim peperiksaan dah tiba

Assalammualaikum Minggu ini minggu peperiksaan bagi pelajar pelajar di tanah air kita - Malaysia . Mungkin juga diseluruh dunia ? Entah ..tak tau le pulak :) Penuntut SPM , STPM  , kolej kolej  Kerajaaan dan swasta pun  semua sedang memerah otak untuk sama sama berperang didewan peperiksaan sejak semalam . Anak maq *Ety , Harini awal pagi dah called ,mohon restu maq ,suruh doakan untuknya semoga berjaya. Ety dah  mulakan final  exam untuk sem 1 nya  sejak semalam (isnin) dan  awal pagi semalam juga dia dah called maq suruh doakan dia boleh jawab dengan selesa dan tepat . " mak ..doakan Ety eah " Itulah ayat dia di whatsapp dan juga di telephone . Kalau takda exam dia ada call maq tak ? Ada tu ada ,tapi tak sekerap masa dia nak exam. Dan sebenarnya restu seorang ibu berada disetiap hembusan nafasnya. Bukan untuk orang lain, bukan hanya ketika anak nak exam , bukan ketika anak nak berkahwin , tapi setiap masa selagi dia masih be...

AFC - tahniah Johor , Malaysia

Assalamualaikum Agak tak adil jika satu sejarah bola sepak tanah air  maq tak kongsikan disini . Pasukan JDT menjuarai piala AFC , biarpun ianya menjadi sebutan dan kebanggaan hampir keseluruhan rakyat Johor , tapi maq rasa  kemenangan malam tadi juga merupakan kemenangan bagi seluruh rakyat Malaysia . Tahniah JDT Tahniah TMJ Tahniah Johorean Tahniah Malaysian Bola sepak kita berjaya taklok bola sepak asia ! Alhamdulillah... Pada maq , bukan  pemain JDT  je mampu ketahap ini tetapi ada  ramai lagi pemain dan pasukan bola sepak negara kita  yang mampu lakukannya ,cumanya mereka kurang diberi pendedahan . Betul atau tau ?? Anda je yang mampu menjawabnya . Tahniah ketua pasukan JDT !

Tips untuk bukan pengemar buah

Assalamualaikum .. Anak anda dan  dengan anda sekali tak suka makan buah ? Sedangkan  secara umumnya kita sangat perlukan serat dan vitamin dari buah buahan itu untuk kekal sihat dan kekal awet muda . Maq ada cara bagaimana untuk menarik perhatian orang yang tak gemar makan buah buahan ni akhirnya  berjaya makan buah dengan selesanya . Caranya : cuci bersih  dan potong buah yang anda nak cuba makan tu . Kemudian cairkan coklat kegemaran anda dan keluarga !  Dan bila nak makan buah yang sudah dipotong tu , cicahlah dengan coklat yang sudah dicairkan ! Yes !! Sedapnya sehingga menjilat jari . Selamat mencuba !

Kawan baru blogging

Assalamualaikum Setelah sekian lama maq berblogging guna tab dan handphone akhirnya harini maq dah dapat gunakan notebook sebagai gadjet untuk berblog.  Pertama sekali bila bukak blog guna notebook ni,maq tengok blog maq di screen.Allah  hu besarnya widths !! Penuh skrin notebook ni . Rasanya kalau orang rabun dekat tu dah layak tanggalkan cermin matanya ! Dan sepantas mampu ,maq pun edit semula blog dari yang sebesar papan hitam tu kepada yang sesedap mata memandang . Cehh ~ Ebook keluaran Asus kini dah jadi kawan baru maq dalam blogging ,insha allah maq akan terjah blog blog anda yang selama ini amat sukar untuk maq singgah. Rezeki dari Allah ,alhamdulillah.Semoga memberi manfaat.