Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2024

Tips Hati Tenang

  Bismillah, Jom amalkan tips yang dititipkan khas untuk umat akhir zaman supaya tidak diuji dengan tekanan hidup. Sifat keakuan ( aku je yang betul/aku je yang hebat/aku je yang berkuasa ) akan beri tekanan dalam kehidupan.Sedangkan kesemua atas dunia ini milik Allah. Tips ini diamanahkan oleh Nabi Muhamad untuk disampaikan kepada semua lapisan umat nya. Allahumma a'inni ala zikrika,  wa shukrika,  wa husni 'ibaadatik. Ya Allah, bantulah aku dalam berzikir kepada-Mu (mengingati-Mu), mensyukuri nikmat-Mu, dan melakukan ibadah yang baik kepada-Mu. Aamiin Allahhumma Aamiin. **Dapat ilmu wajib amal.

Selesaikan Semuanya Didunia

  Bismillah. Selamat Menyambut Maulidurasul dan Selamat menyambut Hari Malaysia. Macam rugi pulak ek sambut 2 cuti umum pada satu hari.Alaaa benda bukan selalu pun berlaku dalam sejarah Malaysia.Lagipun orang Malaysia banyak sangat dia punya cuti umum.Itu tak termasuk lagi cuti peristiwa dan segala jenis cuti yang mengejut.  Ucapkan syukur Alhamdulillah,itu lebih baik.Ditempat lain ,ada yang langsung tak sambut sambutan Maulid dan takda pun cuti umum untuk maulid ni.Untunglah jadi orang Malaysia.Kelija cuti ,kelija cuti ,cukup masa dapat gaji. Sis, Maq pernah dengar satu ceramah agama,kata penceramah tu, **kalau kita ada masalah dengan orang masa hidup kat dunia ini, adalah lebih baik kita maafkan dia kat dunia jugak.Tak payah nak berdendam dan nak settle semua masalah kat akhirat. Ayat ayat sakit hati yang biasa orang guna dan biasa kita dengar ; "haaa..nanti kat akhirat ,merangkaklah kau cari aku..." "aku tak maafkan semua perbuatan yang dia dah buat kat aku,akhirat na...

Tarikh Lahir Tahun Hijriah

  Bismillah ,santai santai ngopi dipetang hari berdua duaan dengan encik suami.Takda topik menarik pun untuk dibincangkan sebab memasing keletihan dah 3 hari berturut turut kami berdua sakan mengemas rumah dan ganti siling di ruang dapur. Rupanya banyak "sampah" sudah tersimpan dibilik yang kami buat sebagai stor simpan barang.Padahal punca simpan sampah tu satu je;  "hmm..boleh pakai lagi ni nanti.." haha akhirnya sampai kesudah benda benda tu tersimpan je kat situ dan makin menakutkan tuan rumah. Bayangkan barang masa along bujang pun masih ada sedangkan sekarang anak along pun dah masuk pra sekolah. Bawah ni "sampah" untuk dikitar semula.Ada 3 beg hitam baju baju yang masih elok tapi tak dan nak pakai,semua tu dah selamat maq hantar ke tong kitar semula di kawasan Lotus ,Parit Raja. Masa mengemas tu,dalam minda ni asik lah berfikir, jenuh nanti kalau disimpan lama lama, kat Mashyar apa aku nak jawab bila Allah tanya benda benda tu beli nak buat apa ? Ha...

Menyusuri Laluan 3 Pantai

  Bismillah, Pagi ni selepas hantar si bongsu pergi kerja di bandar Batu Pahat , maq dan encik suami sempat singgah ziarah kubur arwah abah di tanah perkuburan kampung Koris. Rindu sangat kat abah. Musim hujan macam sekarang ni,maq kena top up lagi 2 kampit batu putih atas pusara abah. Sebab 2minggu lepas semasa kami pergi,ada lubang kecil dipusara abah tu.Tanah kubur berlubang sedalam 4-5inci.Dah 2 kali hal serupa belaku.Punca ?  Waallahua'lam.Hanya Allah yang maha mengetahui. Lepas ziarah kubur kami gerak ke kampung maq iaitu kampung Parit Balak.Bukan nak singgah rumah kampung tetapi nak meninjau pantai Parit Balak. Sebab dengar khabar ,katanya laluan pantai sudah dinaik taraf dan boleh dilalui kenderaan seperti kereta ,motor hingga ke Pantai Sungai Lurus. Ye ke ekk? Jomlah kita tengok... **Gambar dibawah ini merupakan tepian pantai Parit Balak, memang kereta kami boleh berjalan disepanjang pantai itu dengan selesa.Ramai juga kaki pancing pacak joran disitu.Membangau ke tu?...

Kes Covid19 Apa cerita?

  Bismillah, Tercetus sejarah peribadi bila baru baru ni maq diuji dengan demam.Tapi demam kali ni lain macam auranya. Badan rasa bisa bisa,kejap suhu tinggi,kejap mengigil kesejukan,kejap berpeluh peluh,lastly selsema sampai sukar nak bernafas dan tak lama kemudian terus hilang deria bau dan deria rasa. Dalam telinga pulak riuh berdesing tanpa henti. Demam kalini Maq tak pergi klinik pun ianya disebabkan anak bongsu maq pun dijangkiti,jadi kami kongsi je ubat yang dia dapat dari KK Batu Pahat. Haa Settle ! Benda boleh dapat free buat apa nak bayar berpuluh RM kan sis? haha dasar kedek... Sejujurnya anak pergi KKBP pun sebab nak dapatkan MC,haaa dapatlah 2 hari.Jadilah buat raso raso.Tapi terkejut juga bila beliau diarahkan oleh doktor KKBP supaya beli alat ujian Covid19 difarmasi luar.Dan si bongsu pun ada juga belikan set ujian tu untuk maq.So kami pun buatlah pemeriksaan C19 sendiri. Akhirnya keputusan kami serupa.Kami sah positif covid 19.Laaa..aktif lagi virus akhir zaman ni r...