Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016

Maya matahari diserang peminat?

Assalamualaikum .. Jika anda perhati pada post maq yang sebelum ni ,pada gambar yang akhir tu , ada kah anda nampak gadis comel pegang monopod berdiri didepan ?itulah adik sepupu maqnie, dia ialah Maya matahari (Maya Roslee) Kenal ? Remaja nowday mungkin tak kenal kot , tetapi yang membesar era akhir 1990an , mungkin kenal. Pada majlis santai bersama generasi Mohd Salleh , Maya pun turut serta . Seperti biasa , beliau akan menjadi buruan kamera  ahli keluarga yang lain . Yok tengok aksi peminat merangkap ahli keluarga setelah sokongan padu tetap diberi dari mula Maya menjejak kaki diarena seni tanah air sehinggalah kehari ini . Selamat maju jaya maya ! Gambar dibawah ni maq dapat dari group whats app FC- Fatimah's cucu.  Ada yang dah jadi follower instagram maya , ada yang dah mula layan lagu lagu maya diutube , dan ada yang tak nak cuci tangan selepas bersalaman dengan maya dan ada yang tak nak cuci baju sebab dah terlanggar bahu maya .😂😂 Ragam  cucu mak tok ! ...

Santai bersama Generasi Mohd Salleh 2016

Assalamualaikum .. Bila sebut pasal silaturahim dalam keluarga , dengan senyum maq akan kata , kasih sayang dalam keluarga tiada batasan dan garisan sempadan. Darjat ,pangkat adalah milik peribadi yang tak boleh dibawa mati , tapi apa yang kekal sampai mati ialah kasih sayang ahli keluarga dan silaturahim yang harus dipelihara kerana semua ini bakal menjadi penyambut kita dipintu syurga . Sabda Rasulullah s.w. " tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturahim" - Hadis dari Al Imam Muslim. Sehubungan dengan itu , pada 8hb julai 2016 ,keluarga maq sebelah ibu , telah mengadakan majlis..  * SANTAI BERSAMA GENERASI MOHD SALLEH 2016* Acara yang julungkali diadakan oleh generasi Mohd Salleh  ( moyang maqnie sebelah ibu ). Ianya disertai 4 generasi ,iaitu anak , cucu , cicit dan piyut allahyarham Mohd Salleh. Kami berasa sangat bertuah kerana idea ini bakal mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli keluarga .in sha Allah ,itulah harapan semua orang. ...

7 Julai 2016

Assalamualaikum, Salam aidil fitri buat semua readers blog maq. Alhamdulillah , Tahun ni maq beraya sambil sambut birthday , 7Julai 2016  ,pada hari raya ke dua ,setahun lagi usia bertambah. makin tua ke makin muda ? hurm .. perangai je orang tua , jiwa masih muda belia huhhu . Kenapa maq cakap macam tu? Sebabnya bila kita fikir asyik nak jiwa orang tua , nanti kita asyik juga anggap yang semua kata kata kita adalah betul , sedangkan orang muda pun kadang kala bijak juga berfikir . tapi bila fikir pasal mati , orang muda pun jika sudah takdir , maka akan  pulang lebih awal keasalnya  dari orang tua , SubhanAllah .. Setiap tahun , maq sambut birthday bersama 2 lagi sepupu perempuan maq , mereka juga lahir pada 7 julai .Tahun ini sambutan agak meriah kerana kami memang berkumpul di sepanjang cuti hari raya. Kejutan birthday bersilih ganti, Syukur kemeriahan raya di rasai dengan kemeriahan kejutan birthday. terima kasih buat semua ahli keluarga yang terlibat , adik ...