Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Moyang dan Cicit cicitnya

Assalammualaikum Siapa kah gerangan insan didalam gambar tu? Jika anda pembaca setia blog maq pasti anda mengenali beliau . Yess ..beliau lah nenek kesayangan maqnie . ibu kepada ibu maqnie .Puan Hajah Fatimah binti Mohd Saleh , 83 tahun. Siapakah baby dipangkuan beliau? itulah cicit ke 21 Puan Hajah Fatimah . Nailynn ! Alhamdulillah ...semoga Allah lanjutkan usia nenek  ... amiin . Dan siapakah pula cicit pertama beliau?? Taddaaa .... Tu diaaa ... Cik Nur Farahin Izzati ,  21 tahun . beliau anak perempuan maq yg sulung dan ..dan ..dan  sekarang sudah mulai sibuk dengan bisnes instant shawl online dia . :)) Moga Allah selamatkan ahli keluarga ini . aamiin ...

Senyum dan tak perlu kata apa apa

Assalammualaikum Lama sudah blog maq sunyi .  Dengan kerjaya sebagai ibu dan pengasuh agak sukar untuk maq aktif menaip diblog . dari celik mata hingga malam hari semuanya adalah tanggungjawab . apa yg penting ? Senyum dan ikhlas dengan tugasan heehee senyum ! GST lagi sebulan berkuat kuasa .Malam ni harga petrol naik lagi .Harga barang masa petrol naik dulu masih kekal  tak turun turun . Keperluan hidup makin  mendadak . Semua aktiviti kena berbayar .Rakyat puas dah mengeluh. Maq ? Maq hanya perlu berusaha untuk bantu suami dengan hati yg ikhlas bersama senyuman . kerana dengan senyuman orang tak dapat meneka apa permasalahan yg kita tanggung . Lagi pun senyum juga antara salah satu sumber sedekah ..  :))

Mesin Ceragem

Assalammualaikum, Pernah dengar cerita pasal CeraGem? Terapi menggunakan mesin  buatan dari Korea .ianya dah masuk pasaran Malaysia sejak 11 tahun lalu. Semalam 21-2-2015 maq berkesempatan mencuba mesin urut ini yg berada di kawasan Pura Kencana , Batu Pahat . Ketika sampai , maq tenguk ramai orang pakai pakaianan serba putih . dari tudung hingga ke seluarnya - bagi orang perempuan . lelaki pun serba putih juga dari atas ke bawah tapi tak pakai tudunglah kan. Mereka semuanya warga emas yg dah melalui detik detik kecemasan disebabkan beberapa kesan sakit 3serangkai . ingat lagi ? Kencing manis , darah tinggi dan jantung ? kalau anda nak tahu mereka ada yg dah kena strock ! Ada yg punya  14 jenis penyakit .  rata rata mereka ialah pesakit yg sedang menjalankan terapi . Ketika mendengar pengalaman mereka diceritakan pesakit sendiri , maq sejujurnya sebak kerana ada yg rasa dirinya hampir je kepada maut sebelum ini . dan tak menyangka akan hidup sihat sehingga sekaran...

Mydin Melaka ( part 3 )

Assalamualaikum Cerita bercuti ke Melaka tak habis lagi rupanya la haha  mari maq nak bercerita selepas di Pantai Klebang maq pergi mana pulak !? Masa tu jam dah menunjukkan pukul 12:30 tengahari.Maka ada baik maq beransur gerak ke Batu Pahat sebabnya kalau petang sikit nanti takut jalan jem .maklumlah cuti umun kan . Dalam perjalanan keluar dari Melaka .tetiba mata terpandang pada signboard Mydin MICT ! ye laaa mydin ! Singgah nak? Kata maq kepada suami. Dibalas dengan senyuman suami maq  .. " jumm" Maq pinjam image google ni .Sebab lupa nak ambil gambar Mydin waktu tu . teruja sangat lah tu kan hehe . Mydin dimata maqnie ? Pusat beli belah yg menarik . pertama pada pakaian pekerjanya .perempuan long sleve biar pun untuk pekerja  nonmuslim . pengumuman masuk waktu solat bila mana sampai je waktu . berpuluh kali maq pergi shopping mall di Batu Pahat ni , tapi memang takda pengumuman tentang masuk waktu solat pun .tahniah Mydin ! Paling ramai pengunjung ...

Maq masak ketam

Assalammualaikum Bila cuti panjang , anak anak ada je  permintaan yg harus dipenuhi oleh orang tuanya . selain ajak berjalan jalan , mereka pun bijak memberi maq menu yg enak untuk dimakan .Kali ini mereka teringin nak makan ketam masak lemak cili padi ! Dimusim perayaan ni maq bingung dimana maq nak cari ketam. Satu pasar Batu Pahat maq cari , hanya jumpa 3ekor ketam yg diberi harga rm28 ! Wow ! Benda edisi terhad memang begini lah harganya. Dengan harga tak masuk akal tu suami melarang maq beli  . Ok maq abaikan penjual yg cekik darah tu . Kemudian maq cari ketam di Aeon Big pulak. Alhamdulillah jumpa ketam dgn harga rm 18.00/ kg .tapi ia bukan lagi ketam fresh rasanya.Ketam dingin beku ! Tetapi bila teringatkan anak yg nak makan , maka maq pilihlah  beberapa ekor yg agak separuh segar. Alhamdulillah ..dibawah inilah hasilnya .. Terima kasih Allah untuk tiap rezeki yg diberi . meriah sungguh suasana meja makan ketika anak anak maq makan ketam ni . maq ...

Teruja di pantai Klebang , Melaka ( part 2 )

Assalammualaikum Pantai Klebang , Melaka. antara pantai yg telah di naik taraf oleh pembangunan di negeri Melaka . Semalam , ketika suami bertanya kemana selera hendak dituju . maq jawab " jom makan di pantai Klebang " perjalanan yg tak sampai 30minit dari Bandar Hilir . Pemandangan pertama yg menarik ialah deretan bas bas lama yg tersadai ditepian pantai . asalnya pasti anda ingat bas tu tak berfungsi .tapi apa yg maq dapati sungguh keterujaan dijiwa . hehehe memang awesome! Kita boleh makan , minum , tidur juga didalam bas tersebut .paling best dalam bas tu ada jual baju , jual ais krim , jual minuman gas , dan juga dalam bas adalah tempat makan yg sungguh selesa ! Tak lupa juga ada hotel bas ! ahha Anak anak maq tersangatlah ' kejakuanannya' dapat makan dalam bas macam tu. Lagi lagi anak maq yg kecil .dia tak pernah naik bas yg tingkapnya slide tu hehehe kesiankan. Lagi seronok dan terkejut ! Ada toilet bersih didalam bas ! kata anak maq firstime buang...

Ke Melaka Part 1

Assalammualaikum Cuti tahun baru cina kali ini kemana maq dan keluarga pergi ? Dengan peruntukkan cuti yg tak panjang .Akhirnya Melaka Bandaraya bersejarah telah menjadi distinasi maq sekeluarga . Bermula dengan aksi aksi selfie di kawasan Bandar Hilir seawal jam 9:00pagi dan alhamdulillah cuaca sangat menggalakan perjalanan.Tidak hujan dan.tidak panas terik dan sangat sangat elok untuk bersantai . Selepas letih berselfie dan meronda di keseluruh kawasan sejarah tu akhirnya kami bergerak untuk mengisi perut diPantai Klebang.Apa berlaku di pantai Klebang? Nanti maq cerita ye . ini hanya sebahagiaan aktiviti maq habiskan cuti semalam.

Batal Niat Ke Terengganu

Assalammualaikum Esok cuti Tahun Baru Cina.  Murid sekolah dinegeri Johor sudah mula bercuti pada hari ini bersamaan 18-2-2015 dan akan bersekolah semula pada hari rabu seminggu akan datang . Mulanya maq dan family merancang untuk menghabiskan cuti raya cina ini ke Kemaman , Terengganu kerana Fatimah club ( kelab keluarga hajjah Fatimah ) akan mengadakan pertemuan disana  FC familyday 2015. Namun setelah semua yg dirancang berjalan lancar,maq pula dapat tahu majikan baru maq,encik  suami dan anak anak tidak dapat cuti panjang.Sedangkan familyday berlangsung mula 18hb hingga 20hb Februari 2015. Dan harini 18/2/2015 maq masih mengasuh sedangkan ahli keluarga yg lain sudah pun mula gerak ke utara . Apa yg lebih terasa bila masing masing sudah pun mula berwhatsapp memberi info lokasi masing masing berada dlm  perjalanan sekarang,sedang maq masih dibawah buaian bayi menghayun Didy yg hendak tidur. Ok redha. Sudah tersurat yg maq memang tidak berpeluang  ...

Selangkah Lagi Berusaha

Assalammualaikum Alhamdulillah anak anak  maq yang  lepasan STPM  2013 & STPM 2014 kini sedang giat mengusahakan perniagaan online dikalangan kawan kawan alam maya mereka. Sementara menunggu panggilan yang seterusnya. Mereka tak jemu mengisi masa lapang sambil bertugas secara kontrak disalah sebuah kilang yg tersohor diBatu Pahat ini . Maq pun tak terfikir yg mereka boleh minat untuk berniaga gaya ini.Maq pun turut sama beri sokongan,walaupun hanya kata kata semangat.Sebabnya mereka tak pernah minta satu sen pun modal dari maq selama ini .  (  maq dah boleh senyum ) Antara barangan yg mendapat sambutan dari orang ramai ialah ~ jam tangan gred A ~ instant Tiara shawl Dengan harga mampu milik mungkin saja pelanggan teruja untuk beli,setiap minggu ada sahaja pesanan jam dan tudung.Alhamdulillah.. Sesungguhnya rezki itu ada cuma kena usaha , cepat usaha,cepatlah datangnya,kalau lambat usaha,perlahanlah datangnya. Apa yg perlu rajin dan usaha serta...

Biar Ku Pendam Saja

Assalammualaikum Bila maq buat entri pasal tanggungjawab seorang suri rumah.Dimana kerjanya takkan pernah habis walaupun dia sedang sakit. Ada blogger  turut sama menyokong.Dan rasanya dia jugak suri rumah macam maq.Tapi maq tak dapat nak balas komen tersebut.Maaf eah. Ye,Kadang kadang nak nangis rasa bila orang cakap pasal "kerjaya kami " ni. Padahal yang dalam rumah 24-7 inilah ada masa nya tu nak buang air besar pun tak tenang tapi sedap sedap je cakap,  " oii buat apa menerap dalam rumah tuuu.. Tido ke apa ?Gemokkan badan ke? "  huhh.. Sakitnya tuh disini! Tapi tulah orangtu dia tak nampak keadaan kita kan , tak boleh jugak nak salah kan mata dia . Apakata ,jom kita salahkan naluri dia yang bijak sangat nak menilai kita ( suri rumah 24 jam terperuk dalam rumah ). Kadang tu nak nangis je rasa , siap je masak , kemas kat dapur , cuci pinggan, baru nak tarik nafas lega , Pergi ruang tamu.Naaaaah ' kapal karam ' pulakkk ! Siap kemas ruang tamu ,...

Berblog itu dunia kami

Assalammualaikum Blogger ..walaupun hanya blogger kecil kecilan, mereka masih lagi menaip walaupun masa agak sempit untuk di lalui . Macam maq sekarang ni ,dengan kehadiran 4orang anak asuhan yg sedang giat membesar,kadang kala akan curi 1  sudut masa untuk membebel.Untuk meluahkan apa yg bermain diminda ini. Padahal blogger macam maq ini bukan dapat apa pun kalau meluah. Tapi sejak kebelakangan ni . apa yg maq nampak ada sekumpulan adik adik blogger yg maq kenali kerap sangat berselisih faham antara mereka . Memang sejujurnya mereka antara blogger yg hebat ditanah air kita.Dengan bilangan pengikut yg puluh ribu , mereka memang maq anggap antara yg popular dikalangan warganegara yg popular  dan sudah pun dapat hasil berribu  rm dengan hasil usaha dari blognya sendiri . Dapat menyara keluarga dengan idea kreatif tersendiri . Syukur sangat sangat . Namun malangnya mereka kerap sangat kelihatan seperti berpuak puak , status sering kali berbaur perli memerli.Kerap...

Shopping bersama Qiqi

Assalammualaikum Semalam maq pertama kali  keluar pergi shopping barang dapur dengan Qiqi . anak asuhan maq yang dah hampir 6 tahun diasuh oleh maq . alhamdulillah Bila Qiqi dapat tahu maq nak bawa dia keluar , seronok bukan main lagi .Tapi paling lucu masuk sahaja ke pasaraya yang  kedua , dia sudah bising , katanya : " kenapa kena beli banyak barang? Kenapa  kena pergi banyak kedai? Kenapa tak balik cepat maq?" Qiqi tak tahu yang maq beli itu adalah stock bahan kering untuk jangka masa 4minggu yg bakal diguna kan untuk 5orang tanggunggan maq dan untuk 4orang anak asuhan . memang penuh bonet kereta kami . Lagi satu Qiqi tak tahu punca maq kena pergi 2/3 pasaraya ialah maq dan suami akan pergi pasaraya yg menawarkan harga paling rendah . tu sebab mana yang ada offer maq akan masuk  dan cari lah hanya yang diperlukan sahaja disitu . Qiqi belum cukup dewasa untuk paham semua ini  nak ... Yang tengah tulah qiqi , tapi waktu ni qiqi berusia 2 tahu...

Hati Seorang Orang Tua

Assalammualaikum Ahad datang lagi menjengah kita.Dan kini kita dah masuk pada minggu kedua bulan Februari 2015 !  Cepatnya masa berjalan . Sebagai seorang ibu yg masanya banyak dihabiskan dengan urusan rumah tangga,maq kini makin terasa segalanya telah jauh meninggalkan maq. Maksud segalanya pada maq ialah kenangan . Antara kenangan paling sukar maq lupakan ialah bagaimana untuk melahirkan seorang zuriat.Berhempas pulas kudrat yang ada.Mungkin saja ada yang cakap ... " semua orang yang mengandung  pernah melahirkan bukan maqnie sorang , k " Ok lah maq akur tiap orang yg mengandung pasti akan mengalami proses melahirkan tapi apa yg anda rasa bila kenangan melahirkan yang hampir meragut nyawa sendiri tu dibalas dengan sesuatu yang merobek jiwa akhirnya . Hampir saja menangis setiap hari bila anak yg sudah besar , sudah bijak , sudah punya pekerjaan sendiri dan wang pendapatannya sendiri sudah mula tidak mengendahkan perasaan malu ibubapanya kepada Tuhan dan jiran t...

Kisahnya suri rumah

Assalammualaikum, Wanita yang menjadi seorang suri rumah sepenuh masa takkan sama dengan wanita yang berkerja.Ada bezanya disitu walaupun mereka adalah  seorang isteri. Paling kasihan jadi suri rumah sepenuh masa yg hanya duduk dirumah untuk jaga makan minum dan keperluan harian keluarga tanpa ada istilah  cuti. Bagi mereka disepanjang hayatnya hanya di kejar oleh tugasan rumah tangga yg tak pernah habis.Bilakah hari cuti untuk perempuan berstatus suri rumahtangga  ini?No... Takde cuti pun . Semasa dia tak sihat barangkali? Takdenya pun malah kadang kadang tengah sakit pun kena jugak buat kerja.Atas alasan anak anak , suami balik kerja,balik sekolah nanti diaorang nak makan apa?? Dan bila orang sibuk nak menghabiskan cuti panjang sempena cuti tahun baru cina yang bakal menjelma akhir bulan ini,Maq pun tak pasti percutian package apakah yg bakal maq ambil.Apa yg maq tahu... Inilah jawapan yang pasti. Redha dan terusan redha.Allah tahu apa yang terbaik untuk se...

Hari pertama Anak asuhan mengaji Quran

Assalammualaikum ... 2-2-2015 . alhamdulillah harini merupakan hari pertama Qiqi dan Auf  pergi kelas membaca Al-Quran . mereka  berusia hampir 6tahun dan merupakan anak anak asuhan maq . Melihat telatah mereka berdua  lucu sekali . apa taknya si Auf rileks je bila disebut lepas makan pergi rumah ustazah tetapi si Qiqi sudah buat muka . makan pun tak lalu .hehhe biasalah anak manja sorang ni . jom tengok riak wajah mereka dihari pertama tadi  ... Auff : QiQi .. why so serious ? QiQi : hmm nothing la ...