Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2025

Kisah Dan Pengalaman Pegawai Haji Menunaikan Haji (1924)

  Bismillah, Hari ini bersamaan 1 zulkaedah 1446H.Harini juga merupakan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bagi tahun 2025.Semoga semua tetamu Allah yang diundang, diberi kesihatan baik sepanjang mereka berada dinegara Malaysia , diMekah dan Madinah dan pulang dengan membawa haji yang mabrur.Aamiin... Harini maq nak kongsi sejarah kisah haji yang menarik untuk dikenangkan.Ini merupakan usaha salin tampal maq dari facebook.Seronok maq baca dan sengaja simpan disini sebagai koleksi sejarah haji untuk dikenang kenang.Moga moga ia menjadi jariah berpanjangan buat hamba Allah yang menaip awal dulu. Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:- • Kos menunaikan haji sekitar 500  hingga 600 Ringgit Malaya. • Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah) • Sebelum berangka...

Untungnya Solat Di Masjid

  Bismillah, Tanpa sedar terlalu banyak pahala bila berjemaah dimasjid.Bukan je dapat pahala sebab  solat berjemaah  tapi.. Haaa jom kita kira. 1. Pahala sahut seruan azan. 2. Pahala melangkah ke masjid. 3. Pahala masuk masjid. 4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid. 5. Pahala doa masuk masjid. 6. Pahala solat tahiyyatul masjid. 7. Pahala i'tikaf. 8. Pahala solat berjamaah. 9. Pahala takbiratul ihram bersama imam. 10. Pahala Aamiin bersama imam. 11. Pahala rapatkan saf. 12. Pahala luruskan saf. 13. Pahala dengar tilawah quran. 14. Pahala hubungan dan ukhwah sesama jamaah. 15. Pahala duduk dalam majlis zikir. 16. Pahala duduk dalam majlis ilmu. 17. Pahala jadi makmum. 19. Pahala bersalaman dengan kawan kawan ahli jamaah. 20. Pahala menuntut ilmu. 21. Pahala nasihat menasihati. 22. Pahala bersihkan masjid. 23. Pahala mendengar dan mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam. 24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa. 25. Pahala menghidupkan sunnah ras...

Mahkota Yang Jadi Dambaan

  Bismillah, Mungkin ada yang dah amalkan semua mahkota dambaan ini.Tapi sekali lagi maq kongsikan diblog ini sebagai ulangkaji peribadi. 1. Mahkota Zikir : Laa ilaaha illAllahu wahdahu laa syarikalah lahul mulku wallahul hamdu wahuwa 'alaa kulli sya'in qadiir. 2. Mahkota Tasbih : Subhanallah wabihamdihi 'adada khalqihii waridha nafsihii wa zinata 'arsyihii wa midaada kalimaatihi 3. Mahkota Doa : Rabbanaa aatinaa fiddunyaa hasanah wafil 'aakhirati hasanatau waqinaa 'adzaa bannaar 4. Mahkota Istighfar : Allahumma Anta rabbii Laa ilaaha illaa anta, khalaktani wa anaa abduka wa anaa 'alaa 'ahdika wawa'dika mas tatha'tu, a' uudzubika minsyarri maa shana'tu, wa abuu'u laka bini'matika 'alayya wa abuu'u bidzanmbii faghfirlii fa innahu laa yaghfirufzdzunuuba illaa anta. 5. Mahkota Perlindungan : Bismillaahil ladzii laa yadhurru ma'asmihi syai'un fil Ardhi walaa fis-samaa-i wahuwas samii'ul 'aliim.  6. Mahkota Pele...

Khutbah Terakhir Rasulullah

  25 shawal 1446 Semoga Allah terima amalanku dan amalanmu...

Ayat Pilihan 21 Shawal 1446

 

Sejarah Silam Malaya

  Bismillah, Kalini korang cuma perlu tengok tengok gambar je.Nak gambar nampak jelas,korang cuma perlu tekan kat gambar tersebut. Kenapa maq kongsi kan gambar gambar ini?  Selain untuk kenangkan bagaimana susahnya orang orang dulu nak selamatkan tanahair dan nyawanya ,maq juga nak kejutkan bangsa maq yang masih tidur lena beralaskan janji janji palsu. Sejarah tak mungkin berulang? sumber : fb📌  🗨️selawat jangan culas

Coklat Kunafa Dari Mekah

  Bismillah, Sejak viral dikalangan jemaah umrah pasal coklat kunafa ,maq teringin jugak nak merasa.Tapi malu nak kirim dengan kawan kawan yang pergi umrah.Sebab mereka tu pergi  untuk beribadah bukan nak nyoping. Padahal kat tiktok shop ada je yang menjual coklat kunafa ni namun disebabkan ramai kena tipu dengan seller ,maq langsung tak berniat nak beli kat tiktok shop. Pada maq ,tunggu lama pun takpa asalkan maq dapat yang betul betul dari tanah arab tu. Haaaa biasalah orang tua ni memang cerewet sikit.Tunggu lama tu macamlah esok lusa dia nak pergi ke Mekah kan,hahaha niat dah ada sis ,bajet je belum cukup.Sabar maq sabar... Rezeki aturan Allah.Maq yakin aturan Allah sangat indah. Nak dijadikan cerita,ketika hari pertama Aida kerja selepas cuti hari raya beberapa hari, seorang mutawif ada bawakan Aida ole ole dari tanah suci Mekah dan Madinah. Salah satunya adalah coklat viral itulah.Yes Coklat kunafa ! Alhamdulillah... Orang mengidam ni makannya bukan banyak pun.Dapat rasa...

Gangguan Yang Tak Nyata

  Bismillah, Esok genap 2 minggu kejadian pipe gas meletup dan terbakar  di Putra Heights. Kejadian yang tak pernah terlintas diminda untuk belaku tapi dengan izin Allah sekelip mata je kebakaran telah memusnahkan semuanya. Penduduk tinggal sehelai sepinggang, rumah dan harta benda semua musnah. Allahhu,berat ujian mereka. Siapa je bolehnjangka benda macamni akan terjadi kan? Seperti maq pernah katakan sebelum ni,banyak kejadian yang mengejut belaku disaat dunia dan isinya sudah semakin tenat. Kerakusan orang lain,oranglain yang jadi mangsa. Kecuaian orang lain,orang lain pula yang ditimpa kemalangan. Kerana hobi orang lain,orang lain pulak yang kena tahan penafasan dan hilang selera makan!  Eh dah tukar tajuk pulak. Straight to the point! Ini serius untuk dikhabarkan.  Kepada semua pecinta haiwan, asbab hobi korang yang suka bela haiwan peliharaan tanpa tersedar jiran tetangga korang yang jadi mangsa keadaan.  Bahan buangan haiwan peliharaan korang tu silalah d...

Claim Barang Dapur Guna Mykad

  Bismillah... Harini buat pertamakalinya kami beli barang dapur guna mykad. Terkejut juga encik suami bila check dalam mykad ada RM100,biasanya mykad tu hanya  ada jumlah baki bayar tol plus je. Rupa rupanya tahun 2025 ni,nama encik suami dipilih untuk mendapat sumbangan rahmah.Pernah juga kami check sebelum ni tapi nama memang tiada dalam sistem. Gambar atas merupakan barangan harian yang maq sekeluarga guna setiap hari.So dengan voucher ni,dapatlah top up bahan kegunaan harian kami. Guys,barangan macam dalam gambar tu je dah bernilai hampir RM 100,sebab ada berbaki lagi RM3.50 dalam mykad. Baru baru ni Maq ada terbaca khabar angin menyatakan pada pertengahan tahun 2025 ini nanti harga barang akan naik lagi.Semua tu berpunca dari pertelingkahan antara negara China dan USA.Benar atau tidak, Waallaua'lam. Untuk sumbangan kali ini,alhamdulillah, Bismillah ,halal... Terima kasih Allah untuk rezeki ini. Jika gaji korang berada dibawah level RM2500,korang layak terima. Ini adalah ...

Kek Minyak Anti Gagal

  Bismillah, Jom masak kek minyak .Resepi anti gagal. Bahan bahan 5 biji telur 1/2 cawan gula halus 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder 3/4 cawan susu pekat 1 sudu besar ovallate 1 cawan minyak masak perasa yg disukai ( tak letak pon takpe) 1 sudu teh esen vanila Pewarna yg disukai Cara 1. Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.   2. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.Putar dlm 5 minit.   3. Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.   4. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.   5. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak. 6. Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata 7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas. Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.Sediakan loyang 8 inci / 9 inci 8. Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapu keliling loyang dgn majerin.   9. Tuangkan adunan ber...

Memori 28 Ramadhan 1446

  Bismillah, Harini baru terlintas nak kongsi pengalaman maq berhadapan dengan situasi orang kena stroke. Kejadian belaku pada 28 ramadhan yang lepas. Masatu maq ,encik suami dan Aida baru siap beli barang dapur untuk dimasak sebagai juadah berbuka bersama keluarga dikampung maq pada ramadhan terakhir. kami** Kami pilih pasaraya Lotus Parit Raja sebagai tempat berbelanja sebab pasaraya inilah yang paling awal buka diantara pasaraya lain di daerah Batu Pahat.Pukul 8 pagi semua dah aktif beroperasi.Bak kata orang utara, Awai tak kalut! Masa nak bayar ,maq try guna paywave tapi kad tak diterima,so terpaksalah guna cash encik suami.Waktu nak balik ,maq ajaklah encik suami keluarkan duit guna kad kredit maq yang tak boleh paywave tu tadi nanti dapatlah dipulangkan semula cash encik suami yang maq dah guna tu. So kami pun berjalan menuju ke arah mesin atm.Korang yang pernah jejak kaki ke lotus Parit Raja ,confirm boleh gambarkan lokasi mesin atm tu saat ni. Waktu maq tiba dihadapan meja ...

Aktiviti Marhaban Sudah Bermula

  Bismillah, Harini dah 10 Shawal ,ini pun dah on the way 11 shawal.Laju betul masa berjalan kan. kata nasihat** Malam ini aktiviti marhaban sudah pun bermula di taman perumahan maq.Lokasi ? Taman Bukit Perdana ,ofkos lah. Maq join ke? Takpun. Maq macam biasalah ,hanya duduk dirumah jaga diri, jaga hati hahaha. Actually Encik suami lah yang kena join the group sebab orang lelaki ni bebas sikit langkahnya, berbanding kaum wanita. Lagipun,inilah peluang untuk encik suami nak berkenal kenalan dengan kawan kawan setaman dengannya.Maq tak keluar rumah pun orang kat taman tu dah kenal kot haaaa..perasan. Seronok sebenarnya pergi marhaban. Dapat bermaaf maafan ,berkenal kenalan dan dapat berselawat serta mendoakan sesama jiran tetangga yang turut hadir. Tuan rumah tak perlulah keluarkan banyak hidangan kerana satu malam ,paling kurang pun 10-15 buah rumah nak kena masuk. Kalau semua orang hidangkan masakan berat, penuh perut nak diisi semua.Nanti membazir.Kat area lorong maq tinggal ,satu...

Maaf Dan Usaha Untuk Tenang Didunia Dan Akhirat

Sekadar hiasan Bismillah, Shawal bulan orang meminta maaf dan memaafkan.  Padahal pada hakikatnya minta maaf tu hari hari pun boleh je.Buat salah je, minta maaf , minta maaf je ,lepastu buat salah semula hahaha. Tapi dah jadi adat alam, memasing tetap juga nak tunggu shawal untuk bermaafan.Untung umur masih panjang, sempatlah nak minta maaf.Kalau ditakdirkan umur pendek???parah matt... Banyak kesilapan yang sengaja atau tidak telah belaku dalam kehidupan seharian kita.Ada yang tersakiti hatinya dan ada yang termenyakiti hati oranglain.Belaku dengan sengaja atau pun tidak sengaja,ia tetap satu kesalahan.Kena minta maaf kalau dah sedar. Sebab, bila dah kata terbuat satu kesilapan, ada yang buat jiwa luka berdarah,ada yang buat hati retak seribu dan ada juga yang dah buat mental jadi koyak rabak dan parah. Namun kita juga kena akur bahawa mana ada manusia yang tak lakukan silap.Kita pun tergolong dalam situasi tersebut.Para Nabi dan Rasul je manusia yang tak buat silap. Untuk ketenang...

Doa Petang Jumaat 5 Shawal

  sekadar iklan, tudung ada jual  dalam beg kuning video ini Bismillah, Hujan lebat turun waktu azan asar tadi.Harini Jumaat pertama dalam bulan shawal 1446H. Lepas asar hingga sebelum azan maghrib jangan lupa panjatkanlah doa.Kerana ini adalah antara waktu mustajab doa. Petang ni jomlah sama sama berdoa dengan Maq.Mungkin doa maq tak sama macam doa korang tapi maq nak jugak kongsi doa maq pada petang Jumaat kali ni. Bismillahirohmaa nirohim... Yaa Allah, cabut semua keburukan yang ada pada diri aku ,yang Engkau tidak suka.Dan tinggalkan kebaikan sahaja yang ada pada diri aku yang Engkau suka .Semoga semua keburukan yang ada pada aku akan terhapus sebelum aku mati. Yaa Allah, Kurniakan aku akhlaq yang baik, Kurniakan aku rezeki yang baik, Kurniakan aku redha Mu, Kurniakan aku syurga firdaus Mu.. Robbanaa Aatina fiddun yaa hasanah,wafil aahiroti hasanah wakina Azabbannar.  ( tutup dengan selawat ) Aamiin Yaa robbal Alamiin..

Shawal Dah 4 Hari Berlalu

  Bismillah, Sekejap je harini dah 5 shawal.Kata ustaz hari raya terpaling diraikan hanyalah sehari,iaitu pada hari raya pertama.Sebab tu Rasulullah suruh semua orang pergi masjid untuk raikannya pada shawal pertama. Lelaki ,wanita dan juga kanak kanak disuruh ke masjid pada hari pertama shawal.Hinggakan wanita yang sedang haid pun disuruh datang ke masjid,biarpun mereka tidak dapat lakukan solat sunat aidil fitri tapi kehadiran mereka semata mata untuk meraikan kejayaan umat islam berpuasa selama sebulan didalam bulan ramadhan.Bermaaf maafan dan menjamu selera bersama sama dimasjid. Lepas tu dah tak beraya pun dah takpa.Sebab tu kita dibolehkan buat puasa sunat pada hari ke 2 shawal. Orang kita panggil puasa enam.Pahala puasa sunat enam shawal bersamaan pahala setahun berpuasa. Hebatnya kasih sayang Allah kepada hambaNya. Tapi sudah jadi tradisi yang dah pun sebati dijiwa orang orang kita dekat Malaysia ni, bila beraya meriahnya memang tak boleh nak dikawal. Termasuklah Maq hahaha...

Raikan 1 Shawal 1446H

Bismillah, Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin dari Maqnie sekeluarga. Harini barulah berkesempatan nak update post kat blog selepas beberapa hari sibuk dengan urusan ditinggalkan ramadhan dan urusan nak sambut kedatangan shawal. Post kalini maq nak kongsi momen shawal pertama di kediaman bonda kami di Kampung Parit Balak. Inilah keluarga kecil kami,Alhamdulillah. Moga Allah terima amalan kita disepanjang ramadhan , shawal dan pada bulan bulan yang seterusnya. Allahhumma Aamiin... 🗨️jom selawat.