Skip to main content

Tips Sepanjang Dalam Kapal Terbang Ke Tanah Suci

 

Bismillah,


Mak Ayah kalau ke Mekah,Ini Tips Sepanjang Dalam Kapal Terbang Ke Tanah Suci


Tak panjang. Tapi cukup nak selesaikan banyak masalah kecil yang selalu buat badan lesu dan kepala pening lepas turun flight.


1. Mak ayah kalau boleh, minta seat tengah (area sayap) masa daftar masuk.Memang betul seat ikut nombor, kalau check-in awal, kita boleh dapat  tempat duduk depan atau tengah, bukan kat ekor. Bahagian sayap paling stabil masa kapal terbang bergoyang. Kurang gegaran, kurang pening.


2. Pakai stokin tebal atau stokin ‘ketat’ (compression socks). Flight lama ni, darah lambat bergerak. Kalau boleh, angkat sikit kaki atau gerakkan jari kaki setiap 20 minit. Boleh elak kebas dan bengkak kaki.


3. Bawa minyak angin atau sapu Tiger Balm sikit bawah hidung. Kalau bau makanan pelik ke, atau orang sebelah tak mandi, bau ni boleh bantu tahan rasa loya. Jangan sapu banyak sangat, takut pening pula sebab kuat sangat.


4. Jangan malu minta air kosong banyak kali. Udara dalam kapal terbang ni sangat kering. Kalau bibir mula pecah atau tekak kering, itu tanda badan kurang air. Minum sikit-sikit tapi kerap.


5. Kalau rasa pening, tekan pergelangan tangan yang ada urat timbul tu. Itu titik akupresur. Tekan 10 saat, lepas. Ulang 3 kali. Kadang-kadang lebih mujarab dari ubat tahan muntah.


6. Jangan terus tidur lepas makan.Tunggu 30-45 minit. Perut perlukan masa nak hadam, kalau terus tidur nanti angin naik dan rasa mual.


7. Letak tali pinggang atas selimut. Nampak kecil tapi penting. Bila pramugari check, dia tak kejut mak ayah. Jadi boleh tidur lena sikit tanpa gangguan.


8. Simpan barang penting (ubat, inhaler, tisu basah) dalam beg kecil bawah kerusi. Jangan letak dalam tempat atas. Nanti susah nak capai masa tengah duduk.


9. Lap meja lipat dan tombol kerusi dengan wet wipes. Orang sebelum kita makan, batuk, kadang tak lap pun. Takut jadi punca demam atau selesema.


10. Akhir sekali… jangan segan nak minta tolong. Pramugari dilatih untuk bantu. Cakap je perlahan: “Nak minta air suam.” atau “Boleh saya minta selimut.” Mereka akan bantu dengan senyuman.


11. Kurang kan minum air teh dan kopi sebelum naik flight dan semasa dlm flight, sebab ini akan membuatkan kita lebih buang air kecil. 


12. Dalam kapal terbang nanti boleh tanggalkan kasut, sebab di atas sana kaki kita mengembang sikit, untuk kurang kan ketidakselesaan.


13. Setengah orang ada isu tekanan dlm telinga bila naik flight. Mungkin boleh beli Oxynase di farmasi, picit dalam dua lubang hidung 30 minit sebelum terbang, dan 30 minit sebelum mendarat. InsyaAllah telinga lebih selesa. Boleh juga hisap gula-gula hack sebelum terbang dan sebelum landing.


Bukan sebab mak ayah tak biasa naik kapal. Tapi sebab badan kita tak muda macam dulu.


Perjalanan ni panjang, panas dan padat. Tapi bila kita jaga tubuh dengan ilmu, ibadah pun lebih tenang.


Kongsi posting ni dengan semua bakal jemaah. Satu klik, tapi boleh bantu ramai orang buat ibadah dengan lebih selesa.


Hasil Salin tampal.

Sumber facebook Tuan Zam Sani


Moga perkongsian ini memberi manfaat yang berkekalan.


Gambar  sekadar hiasan.



Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha