Skip to main content

2 Sahabat Yang Suka Buli Tok Maq

 

Bismillah,

Dibawah ini adalah gambar 2 orang sahabat yang selalu membuli maq.Naail Ayash dan Adam Aisy namanya.


Waktu gambar ini diambil,mereka ni baru je 10 minit bangun dari tidur.


Nampaknya Naail Ayash sedang merancang sesuatu manakala Adam Aisy masih blur teringat mimpi malam semalam.





Apakah rancangan mereka berhasil?


Maaf ,maq dah cuba masukan video mereka dalam blog ni, tapi gagal.Nanti free maq akan cuba sekali lagi.


Realitinya  2 orang sahabat ini mempunyai jalur kehidupan yang hampir sama dipandangan kacamata maq.


❣️Mereka adalah anak yang berjauhan dari ibu dan ayah (PJJ dengan ibubapa mereka)


❣️Tinggal dan membesar dengan nenek dan datok.


❣️Ibu mereka bertugas sebagai petugas di kementerian kesihatan.


❣️Tak suka makan sayur.


❣️Di asuh oleh Maqnie.


❣️Anak pertama dalam keluarga.


❣️Mereka adalah anak lelaki yang tulin.


❣️Anak anak asuhan kesayangan encik suami.


Guys,kalau korang dapat membesarkan anak anak didepan mata sendiri,janganlah abaikan mereka.Fokuskanlah kasih sayang untuk mereka dengan sebaiknya.Mereka bukan perlukan harta benda korang pun saat ini tapi mereka sangat memerlukan belaian kasih sayang dari korang sebagai ibubapa mereka.


Lihat saje pada riak wajah 2 sahabat ini,mereka hidup jauh dari orang orang yang mereka cinta.Hanya menumpang kasih sayang dan belaian dari datok dan nenek.Rindu itu real wujud biarpun tak boleh untuk diucapkan.


Doa tok Maq moga kedua sahabat ini menjadi anak soleh yang bijak dan mudah dididik dan mudah diasuh oleh ibubapa serta datok dan nenek mereka.Tok maq rela je diaorang ni membuli hari hari sebabnya ,

we enjoy the moments ..💞

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha