RESEPI KEK PISANG GEBU
Bahan A:
3 biji telor gred A
190 gm minyak jagung
200 gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen pisang
Bahan B:
250 gm Pisang berangan yg dah dilenyek.
Bahan C:
150 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
Notes
*boleh guna minyak masak ganti minyak jagung
*boleh guna sebarang jenama tepung gandum
*pisang berangan boleh ganti dgn pisang emas
*kalau tiada telor gred A, guna gred B 4 biji
Cara-caranya
***************
1. First prepare loyang. Guna loyang petak saiz 7 inci. Sapukan marjerin keseluruhan permukaan loyang
2. Alas loyang dgn baking paper. Cuma bahagian tapak sahaja. Tepi loyang tak perlu.
3. Lenyek pisang sampai hancur. Kalau tak ada alat yg sesuai, guna jer buntut gelas atau botol
4. Sediakan hirisan pisang utk diletak atas adunan kek nanti. Nak potong nipis bulat bulat pun boleh. Atau hiris memanjang, ikut suka korang lah.
5. Ayak tepung dgn soda bikarbonat dalam mangkok adunan.
6. Masukkan telor, minyak dan gula, garam dan esen dlm blender. Blend tak perlu sampai seminit pun. Yg penting gula hancur dan sebati dgn bahan lain.
7. Masukkan pisang lenyek dlm blender tadi & sambung blend 5 saat sahaja.***5 saat je ye bukan 5 minit
8. Next, curahkan adunan pisang ke dlm mangkok adunan yang dah berisi dgn tepung yang dah diayak dgn soda bikarbonat tadi.
9. Kacau dgn whisk atau spatula sampai sebati. Curahkan adunan ke dalam loyang.
10. Susun hirisan pisang tu atas permukaan kek.nak tabur kacang badam /walnut pun boleh,lagi sedap.
11. Bakar kek dgn suhu 160 selama 1 jam (sampai masak). Masa bakar sebenarnya bergantung pd oven korang juga. So, cara nak pastikan kek masak, bila cucuk dgn lidi akan bersih (tak melekat sisa kek).
12. Siap.Boleh keluarkan panas panas dari oven. Kek yang dah keluar dari oven, bila suhu semakin turun, kek akan mengecut sedikit. Guna pisau, sisipkan tepi loyang utk mudahkan proses.
**just nak bagitau, kek ini lagi sedap makan esoknya. Lagi moist dan enak.
Sumber facebook 2017.
credit to owner📌