Skip to main content

Persiapan Menghadapi Bencana Alam Atau Perang

 

Bismillah,

Berikut merupakan antara persiapan yang boleh kita ambil tahu dan boleh diberi tunjuk ajar kepada  anak anak andai kata negara diuji perang.


Mungkin ada sesetengah berpendapat ini tak perlu diambil peduli,mungkin masa perang tu nanti, kita semua dah takda lagi.Ye betul la kot perang tu lama lagi, tapi bagaimana anak cucu kita dan waris keturunan kita nanti? serba sedikit mereka juga perlukan ilmu untuk persiapan diri mereka termasuklah  ahli keluarga mereka.


Jomlah kita tengok apa ilmu yang kita perlu tahu untuk persiapan hadapi perang.



PERSEDIAAN TEMPAT TINGGAL 

 
• Kenalpasti kawasan yang paling kukuh dan selamat di dalam rumah anda.

• Bina bilik bawah tanah jika  berkemampuan - Bunker.

• Simpan sedikit stok makanan, air dan keperluan lain di dalam bilik tersebut sekurang-kurangnya untuk tempoh 72 jam.

• Maklumkan kepada ahli keluarga anda lokasi dan fungsi bilik tersebut.

• Lakukan simulasi menghadapi kecemasan untuk memudahkan dan melancarkan tindakan.

• Kukuhkan bilik tersebut jika perlu.

• Sediakan sistem perhubungan alternatif jika talian telefon terputus.

• Sediakan alat mempertahankan diri.


APA YANG MUNGKIN TERJADI JIKA BERLAKUNYA PERANG?

 
• Gangguan bekalan elektrik terputus.

• Gangguan bekalan air @tercemar

• Sistem perubatan lumpuh.

• Ekonomi runtuh.

• Kehabisan stok makanan.

• Kekurangan bahan bakar kenderaan seperti petrol/diesel/gas.

• Sistem pembayaran tidak lancar.

• Perkhidmatan awam terganggu.

• Tiada talian telefon & internet.

• Berlaku rusuhan & rompakan/kecurian.

• Kacau bilau.

 

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN?


• Membuat perancangan tempat tinggal.

• Persediaan makanan, minuman dan perubatan secukupnya.

• Sediakan beg kecemasan (Bug Out Bag) jika terpaksa keluar dari rumah.

• Periksa kenderaan anda.

• Persiapkan diri dari segi ilmu kemahiran kemandiran hidup.

• Pelajari ilmu pertolongan cemas.

• Didik dan latih keluarga anda untuk menghadapi segala kemungkinan.

• Jaga kesihatan anda bagi memudahkan anda bergerak/ memberi bantuan Ketika berperang.

• Memperolehi maklumat terkini mengenai perang.

• Stok barangan jenazah jika mampu.

• Sediakan juga pakaian yang cepat kering, kasut yang sesuai, barangan kebersihan, alatan komunikasi - radio (bateri/solar/dinamo) dan
walkie talkie (jika mampu), peralatan cahaya dan alat bantuan yang lain.

• Sediakan tenaga alternatif untuk rumah anda – bateri tambahan /alatan solar / generator dsb.



PERSEDIAAN MAKANAN DAN UBATAN

 
(Untuk minima 1 bulan)
• Beras, tepung, mee, dan pasta.

• Makanan bertin - Ikan sardin, sayur-sayuran, dan buah-buahan.

• Makanan kering - Serunding, ikan kering, serbuk bilis, daging salai, dan sebagainya.

• Sup serbuk dan susu serbuk.

• Mee segera dan susu segera.

• Buah jeruk, dan sayur jeruk.

• Kekacang – kacang tanah, kacang hijau, dhall, dan sebagainya.

• Mentega, mentega kacang, dan jem.

•Minyak masak.

• Madu, kurma, dan habbatus sauda.

• Serbuk kopi, teh, serbuk minuman koko, dan biskut tenaga.

• Garam dan gula.

•Makanan bertenaga power bar/gel

• Air 3 litre seorang untuk sehari.

• Ubat ubatan – paracetamol, ubat luka, ubat tahan sakit, antibiotik, ubat sakit perut, ubat gasterik, homeopathy, multivitamin, vitamin C, ORS, ubat gatal kulit, minyak panas, ubat tahan muntah, dan lain lain.

•Digalakkan menanam sendiri sumber makanan berdekatan dengan tempat kediaman.


SENARAI SEMAK PERALATAN DAN BEG KECEMASAN

 
• Dokumen penting.

• Lampu suluh & bateri.

• Makanan tidak perlu masak MRE minima 3hari.

• Minuman secukupnya.

• Pakaian salinan, stokin tambahan, & kasut.

• Peta kawasan & kompas.

• Pisau atau parang, & multitools.

• Tent@Flysheet/groundsheet untuk khemah &
hammock/beg tidur.

• Ubatan & penghalau serangga

 
• Radio & powerbank/solar powerbank.

• Poncho & emergency blanket.

• Hand sanitizer, tuala wanita, tisu basah/kering, tuala & alatan mandi.

• Plastik sampah tebal.

• Alatan menghidupkan api.

• Alat penapis air, sudu garpu.

• Walkie talkie (+ bateri tambahan), teropong,
tali & wisel.

• Buku kecil & alat tulis.

• Peti pertolongan cemas & bandana.

• Duit kecemasan



PERSIAPAN KENDERAAN

 
* Siapkan kenderaan anda jika perlu berpindah.

* Sediakan stok minyak petrol/diesel di dalam jerrycan. Gunakan fuel stabilizer untuk ketahanan minyak sehingga 2 tahun.

* Selenggara kenderaan anda secara berkala.

* Ganti tayar anda jika perlu.

* Sentiasa pastikan minyak kenderaan tidak kurang dari separuh tangki kenderaan atau penuh.


Ini adalah hasil salin tampal.

Credit to owner 📌

Dan ujian paling besar bagi umat manusia zaman sekarang ialah berperang dengan nafsu dan perasaannya  sendiri.

🗨️teruskan berselawat


Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha