Skip to main content

Kelas Quran Bermula Mei 2025

Rindu momen kena soal tajwid dengan ustazah.Tak pernah dapat jawab semua soalan.
🤣



Bismillah,


Lepas khatam Quran pada awal tahun tempohari, naluri maq masih rasa tak puas dengan ilmu yang dah dipelajari selama 3 tahun tu.


Minggu lepas maq ada bertanya pada ustazah kalau kalau dia ada ruang dan masa untuk mengajar maq semula.


Guys,kalau korang dah tahu tentang Al Quran ,sebetulnya ada banyak lagi hal berkaitan Al Quran yang kau tak tahu dan teringin nak tahu.


Serius cakap, Al Quran ini kalam Allah.Kata kata Allah.So bagaimana rasa korang bila ayat yang dibaca tu rasa hambar, rasa yang takda rasa.Tak masuk dalam jiwa?Hanya sebut tapi feel tak sampai?


Maq dah janji dengan diri sendiri, selagi masih bernafas ,maq nak terokai semua ilmu Al Quran dengan kemampuan maq yang tersendiri.Yang penting maq takperlu keluar rumah, suami maq redha dan maq belajar quran dengan guru al Quran yang bertauliah & diiktiraf.Dan yang paling penting ,semua tu maq buat kerana Allah taala.


ustazah dah beri lampu hijau ,maq cuma perlu tunggu dan bersabar.



Moga Allah maqbulkan dan lancarkan semua hajat dan usaha maq bersama Al Quran.Aamiin..


🗨️selawat guyss

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha