Skip to main content

Telur Punca Luka Lambat Sembuh?



Assalamualaikum.

Sejak maq kecil lagi benda ni sudah diajar. Kalau nak luka cepat sembuh, jangan makan telur. Kalau makan nanti luka menanah dan gatal serta berair.  Ini akan menyebabkan luka lambat sembuh.

Rupanya itu mitos kata Kementerian Kesihatan Malaysia. Yang sebetulnya  telur  mengandungi tinggi protein,pembinaan sel tisu baru akan menyebabkan rasa gatal,ini  dinamakan  healing proses..Yang bernanah tu disebabkan kuku /jari tangan kita yg kotor yang rajin sangat menggaru  tempat luka tu dan mengakibatkan nanah pun terhasil.

Kecuali jika anda salah seorang yang alergik pada telur makanya JANGANLAH makan telur ketika ada luka ditubuh badan. Tu cari pasal namanya tapi kalau luka dihati takpa, luka parah dan berdarah sekalipun anda boleh makan telur.  Sebab sakitnya orang takkan nampak.. Hmmm

 ( tiba tiba hehe )

Nota maq : maq kongsi sebagai maklumat anda dan diri sendiri.

Sumber : twitter KKM putrajaya ❤

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha