Skip to main content

Benda yang sudah terbiasa


Assalamualaikum..

Tengah study kawan dtg tegur, "tengah study ke?"

Tapi kita jawab "eh tak lah, tengah makan"
soalan mesra dijawab dengan sindiran.

Dalam Al-Quran Allah menceritakan..

Allah bertanya "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu?

Jawab Musa; "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun daun kayu supaya gugur untuk kambing kambing ku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tahu tetapi Allah tetap bertanya.

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau, tapi sbb dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut.

Kalau kita mahu orang layan kita dengan baik, semestinya kita dahulu kena layan orang dengan baik.


 
*Copy and paste dari tweet beliau.


 Ada jual buku juga.  Berminat?  Whatsapp nombor tertera ( Daniel)  .

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha