Skip to main content

Langkah mencegah jangkitan polio merebak


Assalamualaikum..

Akibat ada sebilangan di kalangan rakyat yang 'cerdik pandai'  menganggap vaksin untuk anak anak itu tak perlu. Entah dari mana puncanya akhirnya  jangkitan polio menjelma semula.


Sekarang ni tular bahawa jangkitan polio mulai mengegarkan negara kita. Sehingga menakutkan ribuan ibubapa yang punya anak anak kecil dan kanak kanak yang sedang membesar dan bergaul dengan ramai kanak kanak lain diluar sana.



Kes jangkitan ini merebak secara mendadak ! Tiba tiba je muncul.  Bawah ini antara kata nasihat dari Kementerian Kesihatan Putrajaya mengenai jangkitan tersebut yang maq perolehi dari laman twitter  mereka.


Berikut langkah kawalan yang telah dan sedang dilakukan oleh KKM bagi mengawal Polio daripada merebak.

Langkah terbaik ialah memastikan anak menerima imunisasi IPV yang lengkap (4 dos termasuk dos tambahan).

Imunisasi diberikan percuma kpd warganegara manakala bukan warga dikenakan caj paling minima.

Bagi kanak-kanak yang tercicir imunisasi,ibu bapa boleh membawa anak ke klinik kesihatan terdekat untuk penjadualan semula pengambilan imunisasi.

Polio dan penyakit berjangkit lain boleh dicegah bila liputan imunisasi lebih 95%.

Dan bawah ini komen warganet pasal tweet yang di atas tu.



Itu pendapat mereka,  bagaimana dengan anda?  

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha