Skip to main content

Pasartani Jalan Omar, Batu Pahat


Assalamualaikum.

Khamis.  Dan hari ini ada pasar tani di Jalan Omar, Batu Pahat.



Kali ini maq pergi bukan dengan encik suami, tapi dengan along,  ainul dan aida. A4 ( ani, along, ainul, aida)  okay dah boleh guna untuk photo state .
**tetiba A4 pulak!  😂


Apa ada dipasar tani?  Hasil jualan dari petani petani diseluruh Batu  Pahat  ada dijual disini. Sayuran, ayam, ikan, daging, kuih muih, bahan bahan memasak, kain baju,buku agama dan ada macam macam.  Harga mampu milik punya, usah gusar dan ragu.

Nasi kerabu ayam rm 5.50 sebekas.
Sedap sangat! 

Kurma, sekilo rm 24.00, ini petani arab yang tanam,
Tapi petani Batu Pahat tukang jualkan.

Buah bidara, sekilo rm 14.00.
Sedap sebab manis rasanya. 

Roti keluaran  bumiputera,beli  3paket rm 10.
Dapat free gift roti kecil.Terbaik. 

Harini maq cari nenas untuk majlis hari Sabtu nanti, risau jugak takda jual. Maklom musim banjir ni,  banyak benda kita tidak boleh jangka,  termasuk pokok nenas yang ditengelami air banjir.

Alhamdulillah, ada.
Selonggok 3biji rm5.00 


Langit Batu Pahat  kelihatan cerah saat mentari melebarkan sinarnya di belah timur. Alhamdulillah..

Susah nak cari parking disini. 

Sebelum balik, kami mengeteh dulu 

Sebenarnya hasil  yang maq update dalam post kali ini hanya 1/20 dari apa yang  ada dijual di pasartani tadi.  Apapun,  teruskan bantu bangsa kita dalam produk  apa sekalipun. Kempen BMF takkan  pernah berhenti! 

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha