Skip to main content

Semua Adalah Milik Allah

 

Bismillah,

10 Ramadhan 1446.

Semalam dekat tiktok ,maq jumpa komen someone.Nampaknya dia betul betul dah kecewa.Dah tawar hati.


Dan paling menyedihkan,bukan dia sorang yang komen pengakuan hati hancur.Rupa rupanya ada ramai lagi wanita yang mengaku sedang mengalami situasi yang hampir serupa.



wanita -bila dah berkahwin, mereka ni bukan nak sangat harta melimpah.Kalau dapat tu kira bonus tapi apa yang diharapkan cukup baginya kasih sayang dan perhatian dari suami yang ikhlas.Hargailah kehadirannya sebagai isteri.


Maaf maq tak dapat nak kupaskan apa yang ustaz dah nasihatkan dalam ceramah di gambar atas.Karang lagi ramai lelaki tak percaya kata kata maq.


Apa pun ,wahai suami diluar sana,


Bila menegur kesalahan isteri jangan sampai menghina.Isteri pun ada perasaan.Dia juga manusia biasa seperti anda.


Bila ditanya jawablah elok elok. Biarpun hanya dengan sepatah dua kata.Supaya pertanyaan isteri bukan dibalas sepi.


Bila anda tak suka sesuatu perkara ,beritahu isteri bahawa anda tidak suka apa yang dia buat supaya kesalahan serupa tidak diulangi oleh isteri anda.


isteri anda milik Allah,mereka juga amanah Allah.


Jika isteri dah mula mengadu disetiap solat tahajjudnya tentang hatinya kepada Tuhannya,maka hati hati.Anak panah doa biasanya akan pergi ke sasarannya yang tepat.


Sebagai seorang wanita dan bergelar isteri,maq ada jugak mencelah balas komen kat komen someone yang diatas tu.

Dibawah ini komen balas dari Maq,



@Puan Maq: pesan dari acik, jangan minta dengan suami.Tapi minta dekat Allah.Sebab hati suami ,Allah yang pegang ,dia pun Allah yang punya.Banyak kan istighfar.Allah adalah segalanya...




***Bersyukurlah jika masih ada pasangan. Diluar sana masih ramai lagi yang single dan takda siapa yang nak diajak bergaduh  - Maq selalu dengar ayat ni dari beliau yang masih single, yang tau je tau. 😂


Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha