Skip to main content

Label "Kematian" Sebagai Panduan

 

Mutiara Kata**

Bismillah,

Jumaat penuh barokah.Alhamdulillah untuk setiap nikmat dan rezeki yang Allah dah beri hingga ke saat ini.


Kalau korang perasan dalam minggu ni maq kerap post hasil copy paste.Dan kebanyakkannya berkaitan kematian.


Penerangan penerangan tu maq dapat dari banyak sumber ,lepas tu maq simpan kononnya nak buat panduan buat diri sendiri.Tapi makin lama makin nampak semak pulak notes fon.


Makanya terhasil satu label baru yang bertajuk KEMATIAN .


Korang boleh cari kat ruang LABELS dibahagian kiri blog ini. 


Kalau korang guna fon ,klik je 3 jalur kat bahagian atas belah kiri blog.Atau klik kat perkataan KEMATIAN yang berwarna dekat atas tu.


Kebanyakkan postnya hasil dari copy dan paste.Sebab Maq pun bukan mahir sangat dalam hal ehwal berkaitan urusan kematian.


Bagi  maq ,sebagai masyarakat dan muslim ,kita juga kena ambil tahu serba sedikit berkenaan hal berkaitan jenazah.Nanti takdalah timbul perasaan syak dan ragu ragu dalam minda.Atau pun rasa panik bila berhadapan situasi.


Apakata ,lepasni kita sama sama berusaha tambah ilmu berkaitan kematian.


Dalam blog peribadi ni,Maq berkongsi mana yang termampu je.Itupun maq kena pastikan kesahihannya dulu.


Tapi kenapa  pilih tajuk kematian? 

Jawapannya simple je.Sebab hidup ini kan lawannya mati.


Dalam masa yang sama kita masih kurang ilmu berkaitan hal ini sebab kematian itu bukan belaku hari hari dalam masyarakat kita.Ia berlaku kadang kadang dan jarang jarang.


Dan biasanya orang orang masjid dan surau je yang lebih menonjol sedangkan setiap orang islam perlu juga ambil peduli.


Lagi satu ,tak pelik pun kalau ada sesetengah orang takut nak tengok jenazah ,takut nak pergi  kubur atau ziarah kubur.Takut nak cium jenazah ,takut nak mandikan jenazah.Semua ini berpunca sebab tak biasa dan kurang ilmu.


Dalam list label kematian tu ada juga maq masukan post tentang orang orang terdekat dan yang maq kenal yang dah pergi menemui Penciptanya.


Semoga Alam barzakh jadi tempat istirehat paling tenang buat semua arwah dan moga moga roh mereka ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Allahhumma Aamiin


Selamat Berpuasa.


🗨️Jom selawat




Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha