Skip to main content

Ramadhan 1446H

 

kata kata Nasihat**


Bismillah,
Alhamdulillah, hari ini masuk Ramadhan ke dua bagi umat islam di Malaysia.

Apa cerita Maq pada Ramadhan 1446H kali ini?

Seperti tahun tahun sebelum,kami tetap kekalkan tradisi masak sendiri.Makan sahur,makan berbuka pastikan sendiri punya air tangan.Sedap ke tak ? Itu letak tepi yang penting ada juadah untuk dimakan.


Kami memang takda perancangan pun untuk belanja di bazar Ramadhan.Sebab encik suami kata dia dah boikot bazar Ramadhan.

Punca???

Hanya beliau je yang tahu.Kalau maq tak silap lebih 10 tahun dah kami tidak ke bazar Ramadhan.


Tahun ni juga ,kami akan pastikan solat terawih tidak diabaikan.Manalah tahu kot ini terawih terakhir buat Maq.


Dan sama seperti tahun tahun sebelum ,
Bersama nasihat dari Encik suami,
Beliau - solat terawih diMasjid ,
Maq dan Aida -solat je dirumah.


Jujur cakap,maq memang tak pernah sekalipun berpeluang solat terawih di masjid atau disurau.

Encik suami kata,

"pilihlah yang lebih afdal" 

Inshaallah, maq follow je mana yang baik di pihak encik suami.Tapi kadang kadang tu teringin jugak nak solat di masjid reramai...


Aktiviti bertadarus  anjuran Biro Wanita Taman Bukit Perdana pun maq tak dapat sertai pada ramadhan tahun ni.Pilih untuk baca sendiri dirumah secara sendirian.Inshaallah.


Semoga semuanya dipermudahkan Allah.


Minggu pertama ramadhan tahun ini kami raikan bersama cucu.

Ini disebabkan pengasuhnya sedang 
 mengerjakan umrah jadi biarlah Adam Aisy duduk dengan Atok kat Batu Pahat.

Dapatlah kami melepaskan rindu kat budak kecik sorang ni.

Alhamdulillah Adam anak yang mudah diurus ,tok mak takda masalah pun asuh dia di bulan puasa ni.


pukul 5 pagi Adam dah bangun ,sahur susu.
Ada niat nak puasa juga lah kot.


Dan apa yang menarik tahun ni,sehari sebelum puasa , encik suami dah ajak maq pergi Parit Lapis Laman ,Parit Sulong.


Untuk apa kesana?
Biarkan gambar beri jalan cerita.




Tujuan asal nak tengok tengok je tapi terbeli kerepek pulak.

Kat sini kerepeknya fresh ,jadi takda masalah nak simpan dalam tempoh 2-3 bulan.


Waktu kami sampai pun ada kontena ,lori lori,van milik pemborong dah siap sedia nak ambil kerepek dan kuih muih.


Kat sini harga borong kalau beli dalam pack macam tu beratnya 3-5kilogram.Bungkusannya  macam dalam gambar atas.


Nanti dah beli ,bolehlah masukan kesemuanya ke dalam balang balang plastik untuk di simpan sebelum shawal tiba.

Ok ,Settle dah kot bab kueh mueh ni.

Jadi, tahun ini maq tak payah lagi nak pegang alatan kuih dan bahan bahan membuat kuih.


Maq penat..


 Okey guys ,itu je perkongsian untuk ramadhan ke dua

Selamat berpuasa kepada semua.

Maaf Zahir dan Batin.




Selawat jangan lupa ❣️

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha