Bismillah,
Berita yang dah beberapa hari berlalu. Maq tak sempat nak post dalam blog sebab maklumat tak lengkap untuk dikongsikan disini.
Malam Jumaat ni,rajinkan jari selongkar semua group group facebook yang ada di Batu Pahat akhirnya dapatlah cerita sebenar.
Semua dibawah ini sedikit informasi hasil dari salin tampal dari facebook.
![]() |
Nasab keluarga Al Habib |
KHABAR DUKA DARI BATU PAHAT
إِنَّ لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِـــــعُونَ
Dukacita dikhabarkan telah pulang ke Rahmatullah pada pagi tadi,
Rabu 30/10/24 :
AL-MARHUM HABIB OMAR BIN HABIB ALI BIN JAAFAR AL-AYDRUS
( BATU PAHAT )
Para Habaib, TG Sheikh Abu Zaki, Alim Ulama, Para Asatizah, Ahli Keluarga & Para Muhibbin turut hadir menziarahi . Alhamdulillah telah berlangsung Solat Jenazah Al Marhum Habib setelah Solat Asar di Pondok Ba'alawi.
Solat Jenazah di Pondok Ba'alawi Batu Pahat .
Dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat . Bersebelahan dengan makam ayahndanya dan beberapa lagi ahli keluarga.
Sama-sama kita hadiahkan AL-FATIHAH buat Al Marhum, moga dicucuri rahmat Allah buat Al-Marhum Habib, Aamiin.
Siapa yang meninggal ni?
Arwah adalah anak lelaki kepada Arwah Habib Syed Ali Jaafar Al Idrus. Kalau korang nak tahu pasal habib Syed Ali Jaafar ini maq pernah update kisahnya.
Masuk je kat link yang berwarna tu.Inshaallàh jumpa nanti jawapannya.
***Al Fatihah.
Sumber : facebook