Skip to main content

Khutbah Jumaat JDT


       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 27 September 20l9
                 27 Muharam 1441

TAJUK  : Golongan Yang Tidak
                 Diterima Amalannya
               
1) Ingat- setiap amalan di dunia akan diadili di akhirat; Allah SWT tidak menzalimi hamba2Nya; setiap amalan akan dibentangkan; ada amalan yang diterima; ada amalan yg ditolak Allah.

2) Firman Allah Surah Al-Furqan/23 bermaksud: "Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yg mereka telah kerjakan dari jenis amal (yg mereka pandang baik) lalu kami jadikan dia terbuang sebagai debu yg berterbangan".

3) Penjelasan maksud ayat :-
3.1) Di akhirat terdapat golongan yg ketika di dunia membawa banyak amalan yg dipandang sebagai amalan baik.

3.2) Semua amalan menjadi debu berterbangan sebab Allah tidak terima amalan2 tersebut.

4) Asbab amalan2 ditolak- dicemari dengan sifat2 mazmumah seperti takbur riak sombong dan lain lain.

5) Sabda Rasulullah SAW tentang amalan2 yg tidak diterima Allah diperbicaraan hari akhirat (HR: Imam Muslim) :-

5.1) Seorang yg berperang dan mati syahid- berperang kerana ingin dipuji sebagai orang berani; bukan berperang  menegakkan agama Allah; akan dicampak ke neraka.

5.2) Seorang yang mempelajari ilmu, mengajar dan pandai baca Al-qur'an- berbuat demikian supaya dikatakan orang alim dan pandai baca Al-qur'an; akan dicampak ke neraka.

5.3) Seorang yang dikurniakn Allah kesenangan dengan pelbagai harta- membelanjakn hartanya supaya dipuji sebagai seorang yg pemurah; akan dicampak ke neraka.

6) Penjelasan maksud hadith :-
6.1) Amal ibadat yg dilakukan hendaklah ikhlas semata2 kerana Allah; tidak meraih pandangan manusia.

6.2) Amalan tidak diterima jika ada niat untuk menunjuk2; dipandang mulia masyarakat.

6.3) Tepuk dada tanya iman.

7) Lakukan amalan- kerana Allah; mengikut syarak; didasari dengan ilmu; mengikut ajaran islam sebenar; beramal mengikut nafsu akan rosak dan merugikan ibadah.

8) Firman Allah Surah Al-kahfi/103-104 bermaksud: Katakanlah (wahai Muhamad): "Mahukah Kami khabarkn kepada kamu akan orang2 yg paling rugi amal2 perbuatannya?. (iaitu) orang2 yg telah sia2 amal usahanya dlm kehidupan dunia ini sedang mereka menyangka bahawa mreka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yg mereka lakukan".

                بارك الله لي ولكم ...

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha