Skip to main content

Jerebu - Sekolah di Tangkak dan Muar ,cuti!


Assalamualaikum.

Jerebu dah hampir 3 hari menyelubungi sistem udara Batu Pahat. Langit dah memutih berkabus. Udara dah berbau asap. Matahari dah menyorokan cahaya teriknya namun bahangnya tetap terasa.

Petang ini sahabat dari Muar dah beritahu bahawa esok , budak budak tak perlu kesekolah sebab sekolah cuti disebabkan jerebu. Ini copypaste kenyataan tu.

Tn Hj Zakaria Kppd Tangkak:
[14/09, 4:49 pm] Norman Ppd: Assalamualaikum

Surat Siaran KPM telah menyatakan jika bacaan IPU > 200, maka semua sekolah di kawasan atau daerah hendaklah ditutup serta merta.

Bacaan IPU jam 3.00 petang hari ini 14/9/2019, menunjukkan bacaan IPU 207.

Berdasarkan tren bacaan IPU ini, telah menunjukkan peningkatan sehingga jam 3.00 petang, maka sesi persekolahan akan ditutup serta merta keesokan hari, 15/9/2019.

Namun begitu, bagi Pengetua dan Guru Besar serta para guru, akan hadir bertugas di sekolah seperti biasa, dan membuat tugasan sewajarnya, selaras dengan Surat Siaran KPM Bil 8/2016 : Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana.
[14/09, 4:52 pm] Norman Ppd: Memandangkan bacaan IPU diambil di daerah Tangkak dan terpakai untuk sekolah2 dalam jarak 30 km hingga maksimum 100 km, maka sekolah2 dibawah PPD Tangkak dan PPD Muar adalah ditutup serta merta, mematuhi Surat Siaran KPM Bil 1/2019 dan Surat Siaran KPM Bil 8/2016 yang dinyatakan tadi.

Kenyataan oleh Eco Pendidikan Tn Hj Aminolhuda Hassan


Setakat ini baru keluar kenyataan bagi sekolah sekolah dikawasan Tangkak dan Muar. Sekolah di Batu Pahat macamana pulak? Takpa ,kita tunggu..

Apa pun , demi kehidupan masa panjang , rakyat disarankan kurangkan aktiviti luar terutama kanak kanak dan pesakit asma. Cuaca sebegini sangat tidak sesuai bagi mereka. Dan mereka yang terpaksa aktif diluar tu, pakailah topeng muka yang bersesuaian. Bawah ni nasihat doktor Beni berkenaan topeng yang sesuai ketika musim jerebu.


Jaga kesihatan ,jaga iman. Dunia kita sudah semakin uzur sekarang ni. Waalllahua'lam..

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha