Skip to main content

Asam pedas telur ikan

Assalamualaikum.

Ini merupakan entri peribadi pertama pada tahun 1441hijrah.

Jeti nelayan di Hentian Mahkota Parit Simin. Nak beli ikan yang segar segar dari laut datanglah kesini.

Kawasan tempat makan diHentian Mahkota Parit Simin. Sebelah malam lebih meriah pengunjungnya. Kedai pun banyak beroperasi disebelah malam jugak.

Sebenarnya lama dah 'craving' asam pedas telur ikan,lebih 5 bulan dah kot tak makan lauk ni. Alhamdulillah ,lepas balik ziarah ibu mertua siang tadi, sempat juga maq singgah ke jeti nelayan di Kampung Parit Simin, Semerah ,Muar.

Orang Batu Pahat tahu la kot kawasan ni*

Sambil tunggu encik suami beli ikan, sempat usha kedai asam pedas kat sebelah kiri jeti. Ada terdapat beberapa  buah kedai asam pedas beroperasi disebelah  siang hari  juga. Maq belum try makan kat sini lagi. Insyaallah satu masa nanti.

Bila dah jumpa apa yang diidam idamkan,apa lagi terus je beli dan bawa balik. Tepat pukul 12.30 tengahari maq sampai rumah kami di Taman Bukit Perdana.

Ting tong ting tong , setengah jam selepas bersilat didapur tu , akhirnya siap dah menu asam pedas telur mayong. Allahhu berpeluh dahi menikmati rezeki Allah ini. Telur dari pada ikan yang baru dibawa naik ke darat memang sedap. Alhamdulillah , Terima kasih Allah.
Lepaslah mengidam ❤


Nota maq : maq rebus dulu telur telur ikan tu supaya asam pedas lebih sedap dinikmati bila dimakan. Basuh dengan Asam + garam jangan lupa tau!



Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha