Skip to main content

Pesanan Dihari Ibu 2019



Assalamualaikum.

Salam 7 Ramadhan 1440 H. Ada sedikit pesanan yang ingin maq kongsikan kali ini. Mungkin kata kata ini je mampu dikongsi . Nak kongsi juadah berbuka dah la tak dapat.Anda disana ,maq disini dan mereka disinun..



Dalam diam tak diam , hidup ini ternyata tinggal sisa dan saki baki yg kita  sendiri tidak tahu bila ianya akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. Kerna hidup ini hanya seketika.


Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.


Pengajaran buat kita tentang betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

❤jangan bertangguh utk menjadi anak yang baik.

❤jangan bertangguh utk menjadi isteri yang baik.

❤jangan bertangguh utk menjadi suami yang baik.

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. Maaf kan sahaja. Jadilah org yg memberi manfaat pada org lain.Kerana kematian itu sangat rapuh. Oleh itu ...


" jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan "

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan  sebuah kematian.


*Moga bertemu di syurga.

*Uhibbukum fillah.

*JomToJannah

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Olahan : Mardhiah Mustapha



Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu, maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5.Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7 Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...


Ketahuilah....

Hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka, senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yg menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu ,bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini...

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat org tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yg sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini sebelum kesempatan berlalu pergi )



**Copypaste dari page Madam and the kids

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha