Skip to main content

Penat yang Allah suka


Assalamualaikum..

Bila takda aktiviti masak memasak diwaktu tengahari macam ni, mata ni asyiklah nak terlelap. Ni kalau disorongkan bantal ,mau mau tak sampai 5minit dah sampai bulan.. Tapi bila baca ayat ni..


Alahai , seram pulak hehehe.. Ada takda capai handphone kejap , marilah menaip sambil sembang kosong..


Tapi nak sembang tajuk apa? Buntu. 

Ala..bila lapar  dan mengantuk , apa pun dah tak larat nak fikir Allahhu .. Ini bukan sebab apa pun sebetulnya,tapi sebab lesu. Kurang tidur yang cukup. Tidur pukul 2am ,bangun sahur 4.30am , siap sahur , kemas kemas dapur sikit dah  pukul 5.30 . Lepastu Mandi lepastu solat subuh. Lepastu buat apa patut sesikit , hari pun dah siang dah.


Cepatnya masa berjalan kan. Makin banyak yang kita buat ,makin terasa kurangnya masa untuk kita. Termasuklah masa untuk tidur .. Selalunya maq tidur pukul 11.30malam dan bangun pukul 5.30 pagi. Bila bangun terus rasa segar sebab dapat tidur yang cukup. Itu yang boleh berjaga dari awal pagi sampai ke malam sambil urus rumahtangga dengan ditemani seorang cucu..

Tapi sempena bulan mulia ni ,takpalah kurang rehat pun ,bukannya  selalu kan. Penat sikit pun takpa , asalkan kita mampu untuk lakukan apa yang Allah suruh dan mampu buat semua tanggungjawab sebagai seorang surirumah yang tak pernah habis tugasnya tu . Yang mana Allah juga dah  berjanji akan beri ganjaranNya yang lebih special sikit sempena kemuliaan  Ramadhan ni. Penat pun penatlah..

Tapi tahukah anda , apakah antara penat yang Allah suka?


Maha suci Allah.Ternyata betapa sayangnya Allah kat kita ,penat pun Allah suka. Kalau dah Allah suka pastinya kita yang hamba ni akan dapat pahala.

SubhanaAllah❤.. Alhamdulillah❤
Laillahhaillallah❤.. Allah huakbar❤

Jom ,bilal dah azan zuhur tu.. Selamat berpuasa.

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha