Skip to main content

Risiko Berblog



Assalamualaikum.

Kalini baru maq paham ,tak semua pembaca blog mampu memahami penulisan blogger melainkan kawan kawan blogger mereka sendiri. Sebab tu bila penulisan seorang blogger tu ada tersilap susunan ayat atau tersalah menyampaikan maklumat, netizen akan kecam kesemua blogger. Pada mereka kalau namanya blogger ni sama je perangainya , ideanya. Malangnya netizen lebih nampak pada unsur tidak sepatutnya.


Begitu juga dengan blog maq ini. Asalnya hanya untuk melakarkan perjalanan seorang isteri, ibu, nenek dan seorang babysitter ,namun akhirnya telah disalah anggap oleh sesetengah masyarakat diluar sana.


Okey itu salah maq . Kerana maq kerap kongsi post maq ke kawan kawan facebook yang hanya 30% sahaja terdiri dari blogger. Selebihnya adalah pembaca yang beremosi dan susah nak paham keadaan. Malahan ada yang turut menyalah ertikan penulisan peribadi maq selama ini.

Allah huakhbar ...


Berkali dah maq kata ini ialah blog peribadi maq. Selagi ianya tak menyalahi hukum Allah dan undang undang manusia , maq rasa tak salah meluah.


Maq akur ,pendapat kita berbeza. Anda pembaca dan maq hanya menaip apa yang maq rasa.


Untuk mengelakkan lebih banyak lagi kata kata yang tak disenangi , harini maq terpaksa ubah link blog ini.



Untuk sekian lama maqnienurseri.blogspot.com beroperasi ,harini cuma followers sahaja dapat baca apa yang maq luahkan. 



Dan kali ini segalanya terluah dalam madammaq.blogspot.com. Dan facebook maq akan maq bekukan beberapa ketika.


Pada maq ,hanya blogger yang memahami perasaan blogger . Hanya blogger yang tahu kuasa hak bersuara ,beri pendapat , membebel ikut gaya penulisan idea tersendiri demi kepuasan diri sendiri . Itu hak dia ,itu blog dia! Titik !!


Dan untuk kesilapan sebelum sebelum  ini , maq mengaku semuanya salah dari diri maq sendiri. Terlalu teruja menaip dan meluahkan hingga lupa tentang perasaan orang lain.


Jika ada tersalah  dalam tiap baris kata ,mohon maaf dari maq. Maq manusia biasa yang tak pernah sempurna tapi selalu berusaha untuk hidup lebih sempurna.

Disamping beliau,
Maq masih mampu tersenyum.



Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha