Skip to main content

Asnaf ke 5

 Viral digroup whatsapp semalam.

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Gambar diatas telah jadi isu hangat sejak dari petang semalam. Rata rata pengguna aplikasi whatsapp dah dapat gambar tersebut termasuk maqnie sendiri.

Pada awal nya agak sedikit terkejut lebih lagi bila baca pada tajuk utama berita tu. Apakah telah terjadi ? Apa pula bakal terjadi pada anak cucu lepas ni? Inikah tuntutan agama rasmi negara ? Betul kah ? Berita ni sahihkah? 1001 persoalan bermain diminda usang ini.

Untuk menangkis semua persoalan ,maq dah buat carian dihalaman google. Akhirnya jumpalah jawapan pada tiap tanda tanya itu.



Apa yang maq baca dan faham , Asnaf Al Riqab adalah golongan asnaf yang kelima yang layak dapat bantuan zakat. Mereka adalah golongan yang tersasar dari landasan agama .  Mereka akan dibantu oleh jabatan Agama sebagai langkah kesejahteraan masa depan mereka dan  negara. 


Kerajaan tak nak mereka hanyut terus terusan tanpa dipantau atau diberi perlindungan. Maka , dengan memberi bantuan zakat ini , mereka bakal diberi ilmu agama, ditempatkan disatu pusat pemilihan khas yang mana disitu mereka akan dipulihkan. Manakaal jabatan agama akan hulurkan zakat dengan cara bantuan seperti ini , bukanlah cash money seperti yang rakyat sangkakan itu. Bawah ini juga sedikit pencerahan dari admin group whatsapp sekolah maq.

Semuga beri manfaat

Apa yang diharapkan semua progrem kerajaan dan jabatan agama bakal membaik pulihkan  masalah aktiviti sosial yang tidak sihat dinegara kita ini ,inshaa Allah.


Pesan maq : doa yang baik baik untuk keluarga kita dan Malaysia baru kita..aamiin.

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha