Skip to main content

Kesan Tukar Link




Assalamualaikum..

Selepas hampir setengah bulan maq tukar link blog ini, ternyata viewer memang jatuh teruk.

Benda ini awal lagi maq dah jangka sebab link maqnienurseri.blogspot.dah lama bersiaran.

Kalau dulu 'silent readers' hampir 3-4kali ganda dari jumlah followers ,tapi sekarang ni views hanya tak sampai separuh dari jumlah followers. 

Maq redha? Ya ,pastinya.

Harini jugak ,facebook pertama maq deactive. Page pun dah tentu tak dapat diaktifkan lagi. Maq hanya aktif diblog,instagram dan whatsapp SAHAJA!  Doakan maq kuat ye! Haha gurau jelah.

Maq dah lebih fokus pada yang didepan mata dan fokus pada kehidupan yang 'kekal 'disana nanti. Inshaallah..doakan maq berjaya untuk impian ini.



 Ya Allah ,hidupkan aku dalam iman,matikan aku dalam iman dan masukan aku kedalam syurgamu bersama sama imanku..aamiin³ ya robbal alamiin...



**Orangtua tu hatinya rapuh. Kalau ketika mudanya hatinya sekeras waja ,bila dimamah usia hatinya sudah serapuh helaian tisu. 

Bila kecewa si tua tidak lagi bising ditelinga tapi setapak demi setapak dia akan berundur ,lantas pergi. Perginya bukan tanda dia benci ,perginya kerana dia tak mahu tersakiti lagi "


Waallahu a'lam ..doa yang baik baik aja untuk semua. Inshaallah 🌹

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha