Bismillah,
Harini baru terlintas nak kongsi pengalaman maq berhadapan dengan situasi orang kena stroke.
Kejadian belaku pada 28 ramadhan yang lepas. Masatu maq ,encik suami dan Aida baru siap beli barang dapur untuk dimasak sebagai juadah berbuka bersama keluarga dikampung maq pada ramadhan terakhir.
![]() |
kami** |
Masa nak bayar ,maq try guna paywave tapi kad tak diterima,so terpaksalah guna cash encik suami.Waktu nak balik ,maq ajaklah encik suami keluarkan duit guna kad kredit maq yang tak boleh paywave tu tadi nanti dapatlah dipulangkan semula cash encik suami yang maq dah guna tu.
So kami pun berjalan menuju ke arah mesin atm.Korang yang pernah jejak kaki ke lotus Parit Raja ,confirm boleh gambarkan lokasi mesin atm tu saat ni.
Waktu maq tiba dihadapan meja pemungut zakat fitrah dipintu masuk lotus,Maq nampak seorang pekerja lotus sedang bayar zakat.Sambil berakad dengan seorang amil yang bertugas.Tetiba amil tu mengeletar dan kepalanya terteleng ke kanan.Dan beliau terus mengeras dan mengigil tak sedar diri.
Petugas lotus tu terus pegang tangan & badan amil untuk elak dari beliau jatuh dari kerusi.
Maq **kenapa ni dik?
Petugas lotus **Taktaula
Sambil tu dia cuba untuk buat panggilan telephone mungkin nak call supervisor lotus atau petugas lotus yang lain untuk minta bantuan.
Maq tolong kutipkan duit duit ,borang dan handphone amil yang dah berteraburan diatas lantai.
Maq tengok air liur dah mula keluar menitis dari mulut amil tersebut.Bunyi macam suara orang berdengkur,matanya dah naik keatas.Tangan dan kakinya dah kejang.Kasut dan songkoknya dah tercampak.
Dalam detik panik beberapa saat tu,kepala maq ligat berfikir cara nak bantu ,tapi apakah??
**waktu ni encik suami dan Aida sedang keluarkan duit maq kat mesin atm yang ada kat lotus tu.
Allah beri hint satu persatu.
Memula maq suruh amil tu istighfar.Tapi orang tengah macam tu kenapa disuruh istighfar??Maq tukar idea.So maq cakap kat amil tu,
Pakcikkk,laailla haa illallah...
Alamak,panjang sangat ni,sekali lagi maq tukar.Nak bagi amil tu ingat yang mudah dan momen yang berbaki beberapa saat tu sangat berharga pada maq.
Pakcik,Allaaaah ,Allaaaaaah...
Allaaaaahh...Allaaaaaah...
Ye,itu aja lah perkataan yang maq ulang ulang suruh pakcik amil tu fokus.Dalam keadaan minda diaras 50/50 ,antara sedar dan tidak.Nafasnya yang gerak laju,badannya yang mengeletar seluruh badan.Maq nak beliau fokus hanya pada Allah.
Dan alhamdulillah,dengan izin Allah beberapa minit kemudian,mata amil tu kembali normal ,nafasnya kembali tenang dan dia dah boleh tegakkan sedikit badannya yang sebelum ni macam nak tumbang.
Taklama lepastu,beberapa orang pekerja lotus pun sampai ditempat kejadian, salah sorang dari mereka dah call ambulan dan bila pakcik pemungut zakat tu dah mula sedar,maq pun gerak balik.Sebab kami ada tugasan lain yang perlu ditunaikan.
Selepas beberapa hari berlalu,maq ke lotus lagi.Kalini maq jadi acik kepochi atas rasa nak sangat ambil tahu tentang pakcik pemunggut zakat tempohari. Maq pergi ke meja reception bertanyakan kejadian haritu.Kata beliau,
"pakcik tu kena stroke.Sebelum tu kabarnya dia ada jatuh dari katil tapi ahli keluarga tak bawa ke klinik.Dan pada hari kejadian , pakcik tu ada juga beritahu isterinya yang tangan dia rasa sakit sakit tapi dengan tanggungjawab yang diberi, pakcik terus juga buat kerja kutip zakat di Lotus."
Alhamdulillah kalau pakcik amil tu dah sedar.Maq doakan beliau cepat sembuh.Sebab kalau korang sendiri berdepan dengan momen haritu,confirm korang juga akan cakap,harapan tinggal 50/50 je.Memang teruk guys keadaan beliau masa tu.
Maq cakap kat encik suami,kesian juga kat adik petugas yang nak bayar zakat tu.Elok elok dia nak bayar tetiba kena menahan badan amil yang mengeletar dan mengeras macam tu.Mesti dia pun panik dan terperanjat.Harap harap adik tu tak demam.Dahlah nak raya ni..Risau dia demam terkejut jek nanti...
Sekarang banyak benda mengejut belaku. Korang dan termasuklah maq juga,kenalah hati hati.Bila umur dah semakin menua,sistem badan ni bukan boleh kita faham.Kadang kala sakit datang dengan tiba tiba.Kalau sakit tu masih boleh diubati,syukur alhamdulillah tapi kalau tak sakit tiba tiba je mati???Nak ubat apanya?Semua tu korang pun boleh fikir sendiri.
🗨️teruskan berselawat ye kawan kawan