Bismillah,
Harini dah 10 Shawal ,ini pun dah on the way 11 shawal.Laju betul masa berjalan kan.
![]() |
kata nasihat** |
Malam ini aktiviti marhaban sudah pun bermula di taman perumahan maq.Lokasi ? Taman Bukit Perdana ,ofkos lah.
Maq join ke? Takpun.
Maq macam biasalah ,hanya duduk dirumah jaga diri, jaga hati hahaha. Actually Encik suami lah yang kena join the group sebab orang lelaki ni bebas sikit langkahnya, berbanding kaum wanita. Lagipun,inilah peluang untuk encik suami nak berkenal kenalan dengan kawan kawan setaman dengannya.Maq tak keluar rumah pun orang kat taman tu dah kenal kot haaaa..perasan.
Seronok sebenarnya pergi marhaban. Dapat bermaaf maafan ,berkenal kenalan dan dapat berselawat serta mendoakan sesama jiran tetangga yang turut hadir. Tuan rumah tak perlulah keluarkan banyak hidangan kerana satu malam ,paling kurang pun 10-15 buah rumah nak kena masuk. Kalau semua orang hidangkan masakan berat, penuh perut nak diisi semua.Nanti membazir.Kat area lorong maq tinggal ,satu malam paling sikit 20 rumah nak kena masuk,boleh longgar tulang lutut sis !
Realitynya , bulan shawal kalau takda marhaban, suasana hari raya rasanya sangat sunyi...
🗨️selawat jom