Skip to main content

Kota Madinah Oktober 2022

 Bismillah,

21hb Oktober 2022,

Alhamdulillah Maq dan group Umrah 16hb -27hb  Oktober 2022 bersama Hijrah AF Travel telah diizinkan ke Madinah untuk aktiviti ziarah yang seterusnya.

Kalini kami berpeluang menaiki keretapi laju untuk balik ke kampung halaman rasulullah itu.Dengan bayaran RM300 setiap orang dari Terminal Mekah ke Madinah.

Dengan keretapi laju ini ,kami dapat sampai seawal 2 jam 20 minit berbanding 6jam jika menaiki bas.

Masa kami gerak pada hari tersebut ramai jemaah group kami yang diuji dengan demam batuk dan selsema termasuklah encik suami.

Alhamdulillah ujian ini datang setelah kami semua selesai melakukan 3 kali umrah dan tinggal selama 5 hari di Kota Mekah.So dengan menaiki keretapi laju ini  jemaah jadi lebih selesa bila dapat sampai cepat dan dapat check in awal ke bilik dihotel  masing masing.

Kami menginap di hotel Concode Madinah.









Jom maq kongsi kisah & kenangan menaiki keretapi laju ini.

















Assalamualaikum Kota Madinah , kami datang !!

Kota Madinah sekarang sangat indah dan menarik,berbanding sewaktu maq umrah pada tahun 2019 dahulu.Pastinya masjid Nabawi nampak lagi berseri jika suasana keliling telah diperindahkan.

Masyaallah ,tabarokallah..



























Jarak hotel dengan masjid Nabawi dalam 300meter. Sangat dekat. Tetapi dengan ujian sakit lutut,maq terpaksa gerak lebih awal untuk solat fardhu. Dapatlah cuci mata dikedai kedai disepanjang jalan menuju masjid. 

Well biasalah perempuan kan,nyambil nyambil hehhe...

Lepasni maq nak kongsi pengalaman makan malam dibawah pohon kurma pulak.

Terima kasih sebab sudi baca 💕






Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha