Skip to main content

Umrah 2022 bersama Hijrah AF Travel And Tour




Bismillah,

Betullah bila orang kata ,bila nama dah berada dalam senarai menjadi tetamu Allah,siapa pun tak boleh nak jangka benda yang tidak dirancang boleh menjadi kenyataan.


Pada 16/10/2022 - maq dan encik suami telah dijemput menjadi tetamu Allah. Ini merupakan kejutan buat kami. Semua belaku dengan izinNya.


Lagi menjadi kejutan ,kami menunaikan umrah kali ini bersama Hijrah  Travel  AF And Tour (kepunyaan ustazah Asma' Harun dan suaminya Ustaz Tengku Fadzli) 


Kami pergi berempat ( bersama adik perempuan & pasangannya ) bersama jemaah lain seramai 80 orang termasuk 2 orang bayi berusia 10 & 6 bulan. Kalau maq tak silap*


Dari KLIA kami naik flight pada pukul 5.30 petang dan turun di Airport Jeddah 8 jam selepas itu.Waktu tempatan dalam pukul 10malam .


Kemudian kami menaiki bas terus ke hotel di Mekah ,siap sedia untuk lakukan umrah yang pertama. Berniat umrah dilakukan di dalam flight. Jemaah lelaki menukar pakaian ihram pun dalam flight.Alhamdulillah semua berjalan lancar.




Bawah ini antara kenangan umrah bersama Ustazah Asma' Harun dan team.


Kenangan kàmi ketika diKLIA.





Kenangan kami didalam flight *









Gambar atas ni makanan yang diberi semasa dalam perjalanan ke Jeddah.Yang licin bersih tu lauknya sangat sedap,kurma daging! Sebab tu selesai maq kerjakan.


Yang gambar makanan ke dua tu ialah mertabak daging.Masani perut dah tak lapar sangat kot, tekak je haus giler .


Dalam flight mana dapat bawa bekal air masak.Yang diaorang beri pun hanya botol kecil 50ml.Serius kehausan maq masa tu.Bibir kering teruk,tu belum lagi sampai tanah arab dengan cuaca kering disitu.


Kenangan kami tiba di Airport Jeddah.









Setiba dihotel,kami bersihkan diri dan terus lakukan umrah pertama. Waktu ni maq langsung tak sempat nak pegang fon sebab masa sangat padat dan terhad. 


 Hanya ini gambar umrah pertama kami yang sempat diambil oleh salah seorang jemaah yang dipost dalam group whatsapp .Waktu ni sementara tunggu jemaah lain berkumpul,bergambar dengan ustazah dan adik maq.























Bawah ni kenangan dibilik hotel ustazah, kami join live beliau ( pukul 1.30 am waktu Saudi /pukul 6.30am waktu Malaysia )




Bila tiba masa untuk buat Umrah yang ke 3, kami dah tak larat nak berjalan kaki sebab lutut maq sakit. Dan ramai jemaah group yang sakit kaki. Akhirnya kami berskuter.

Kenangan umrah berskuter.





Berhenti tawaf untuk solat maghrib.Dapatlah kami pengalaman solat ditingkat 3 ni.


Eh  ada kejutan lagi !! lihat gambar dibawah,


Selesai buat  umrah ke 3, Encik suami bertahlul dan Maq terus tak kenal beliau. Kenapakah? Misainya tu dah hilang ,lain beno wajahnya ..hehehe


17hb ,18hb , 19hb kami buat umrah terus menerus dan pada 20hb barulah maq dapat beri'tiqof  dalam masjidilharam.


Kadang kadang lepak masjid dengan adik dan roomate , kadang kadang maq seorang diri dari dhuha hingga ke fardhu zuhur.


Banyak sebenarnya aktiviti peribadi yang boleh dilakukan disini,termasuklah solat solat sunat,baca quran dan zikir.Alhamdulillah , tenang is indah...








Pada 21hb awal pagi kami dah bersiap siap nak ke Madinah pulak.Buat tawaf wada'  pukul 9.00am dan check out hotel selepas selesai solat Jumaat.


Inshaallah,next post nanti maq cerita pengalaman kat situ pulak ye. 


Antara kenangan lain untuk dikongsikan. Lihat bawah ni.


Roomate dilobby hotel Mira.Masani tengah tunggu bas datang untuk ziarah ketanah halal untuk buat umrah ke 2.



Laluan ke hotel kami memang kawasan burung merpati berkumpul.Meriah !



Sementara tunggu masuknya waktu syuruk.Maq lepak kat tingkat 2 ni cari kedamaian dihati. Sorang sorang je tau dari lepas subuh.Masani lutut dah sakit giler tapi maq gagahi juga .Bagi maq, semua sakit itu penghapus segala dosa dosa silam maq.InshaAllah..






Masjid Hudaybiyah ( tempat perjanjian hudaybiyah dilakukan ) Ini kawasan tanah halal tempat kami bermiqat untuk umrah ke 2.




















Kami dikunjungi Ustazah bila mana kawan kawan ngadu maq tak sihat. Ini ruang makan kami dihotel Mira,Mekah.




Semoga menjadi kenangan terindah buat semua jemaah umrah 16 Oktober ~27 Oktober 2022. InshaAllah.



Video : diJabal Rahmah

Korang yang nak join umrah bersama Ustazah Asma' boleh whatsapp nombor dibawah ini ; 

+60 11-5686 6167 ( Admin )

Nak tonton video ? tonton disini

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha