Skip to main content

Check kolestrol kali ke 2


Assalamualaikum.

Ahad bersamaan 19hb Julai 2020, sekali lagi maq pergi buat pemeriksaan darah. Kalau tahun lepas bacaan kolestrol maq tinggi hingga memaksa maq diberi ubat kawal kolestrol. Harap sangat kalini bacaan tu tak sampai kepada garisan "kolestrol tinggi'. Maq nak sihat zahir batin.

Hari Sabtu tu, lepas pukul 10.00 malam maq dah kena berpuasa. Hinggalah sample darah maq diambil, baru maq boleh makan seperti biasa.

Dalam masa setahun ni, selain makan ubat yang doktor sarankan,  macam macam maq dah buat untuk kawal kolestrol .

Minum susu Omega.
Minum jus lemon suam.
Kurangkan masakan berminyak.

2 minggu sebelum pergi klinik, Maq ambil,

Salmon Omega soft gel.
Lecithin E
CH balance

** masani baru tahu Amway ada set vitamin untuk kawal kolestrol tinggi. Sebelum tu maq ambil daily ,calcium magnesium dan salmon omega jek untuk makanan tambahan.

Tapi tak tahulah berkesan ke tidak usaha maq tu sebab result pemeriksaan akan diterima 2 minggu dari tarikh sample darah diambil. Semua dengan izin Allah SWT.

Kata misi tu lepas cuti raya haji nanti datang ambil result dan terus jumpa doktor.

Ye misi, insyaallah..

Surat dari doktor untuk ambil sample darah maq

PKPP, buat saringan dulu baru boleh masuk klinik

Tunggu giliran nak ambil sample darah. Ikut SOP. 

Masa ni dupdap jugak jantung ni, takut jarum

Walaupun ramai orang masa tu, Alhamdulillah proses ambil sample darah tak lama mana pun. Yang lama dok nunggu giliran kat tempat saringan tu jek. Bayaran pun cuma seringgit je, semua result dari darah tu akan kita dapat. Terbaik KKM. 👍


Okey done.  3hb Ogos kita jumpa lagi.  Semoga results nanti memberi jawapan yang membahagiakan maq.. Mudah mudahan.Aamiin..ya..Rabbal alamiin..

Sekarang ni Sis pasrah je ni.. 😂

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha