Skip to main content

7Julai 2020



Assalamualaikum  

7 Julai datang lagi. Alhamdulillah, setahun lagi usia dah bertambah. Umur yang dah sedia tua ni, dah terasa semakin menuanya. Tua pun tua lah asal kan muda , hahaha tak pernah nak ngaku tua tu.Bukanlah, biarlah tua pun asalkan sihat. Haa barulah betul ayatnya.


Sihat yang maq maksudkan bukan je sihat fizikal tapi sihat dari banyak aspek. Sihat pemikiran ,sihat pada idea, sihat  pada pendapat, sihat  dalam berkomunikasi, sihat dalam menilai kelebihan orang lain. Sihat rohani dan jasmani. Insyaallah. 


Tapi apa kah pula tanda tanda orang tak sihat?  Bila hampir setiap masa,  kita tengok orang  disekeliling buat sesuatu dan kita kata mereka buat tu semuanya  tak betul. Malah kita rasa diri kita seorang je yang betul. Haa hati hati. Kerana  itulah  antara gejala tanda tanda orang yang tak sihat. 


Walaupun  kita orang tua yang dah simpan terlalu banyak pengalaman, tak bermakna kita punya idea setiap saat adalah  100% betul. 


Lagi satu, mungkin pada kita, kita betul tapi tidak bagi orang lain. Pendapat manusia itu berbeza beza adanya.  


Jadinya nak jadi orang tua yang sihat, kita kena dengar banyak idea oranglain dan kita juga kena dengar kata kata nasihat dari orang orang muda. 


Alhamdulillah. Tahun ni maq dengan bangganya dah jadi warganegara Malaysia  yang berusia 5puluh satu 'an. Ha ah,  tua dah aku ni 😭..


Hello..  Korang .. Korang tu kena hormat sikit budak darjah 5 ni , korang tu budak darjah 3! Haha baru beberapa minggu masuk darjah 5 , terus dapat arahan PKP, last last semua tak sekolah. Darjah 5 ke, darjah 3 ke, semua kena duduk  dirumah. Duduklah korang sampai bosan.


Alhamdulillah  juga sekali lagi, selepas beberapa bulan bercuti kerana wabak CoronaVirus, akhirnya pada 15 Julai 2020 nanti - semua murid akan  bersekolah semula.


Anak anak jaga diri ye. Jaga kebersihan, jaga keselamatan dan jaga emosi jugak tau.  Ingat pesanan dari Majlis Keselamatan Negara ini, 


"Jangan lalai atau terlalu selesa dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Terus waspada, ambil langkah pencegahan & patuh SOP." 



Dan ini pulak pesanan  dari maq untuk diri maq sendiri ,


 "jangan terlalu selesa jadi orang tua, sebab semakin usia bertambah, semakin kurang masa untuk kita tinggal kat dunia ni."








Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha