Skip to main content

Rebutlah masa antara dua waktu ini


Assalamualaikum.

Maq pernah tonton video ceramah oleh seorang ustaz yang memberitahu andai kata kita tak mampu mengejar kelebihan amalan dibulan Ramadhan ( berpuasa ) dan juga tak mampu nak beribadat dilewat malam ( bertahajjud ) ,sebagai umat Muhammad kita masih punya satu lagi waktu yang jangan dilepaskan peluangnya untuk melakukan amal ibadah.

Iaitu waktu selepas solat Maghrib dan menanti masuknya waktu solat Isyak.

Diwaktu yang tersebut, buatlah apa juga amal ibadah yang kita mampu.  Seperti,  membaca al Quran, berzikir,  solat sunat taubat,  berselawat , Qada' solat,  dan apa apa juga amalan yang kita mampu lakukan. Ini kerana diantara waktu yang tersebut, Allah menjanjikan pahala yang paling menarik untuk hambaNya yang tidak lalai.

Lepasni jangan tergesa gesa nak tinggalkan sejadah hanya sebab nak tonton drama cinta dikaca tv tu.  Drama tu hanya fantasi, realitinya kita ni akan pergi dan bakal melepaskan apa je milik kita didunia ni. Waallahua'lam..

Sekadar hiasan

Pesanan buat diri sendiri juga**

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha