Skip to main content

Jaga Anak Kucing 'New Born'



Assalamualaikum.

Sebagai babysitter ,maq tak pernah pun bela kucing dikediaman maq.  Kenapa?  Sebab maq nak anak anak asuhan maq terlindung dari dicakar atau digigit kucing. Lagipun bulu kucing tak elok untuk kesihatan kanak kanak dan bayi. Sebab lain adalah kerana anak bongsu maq takut dengan kucing.

Isnin lepas, maq dapat peluang bela anak kucing yang baru lahir. Minat juga dengan si bulus  ni sebetulnya. Tapi keadaan je tidak mengizinkan.

Kalini maq bela anak anak kucing  milik Ainul Mardhiah tapi disebabkan ibu kucing Ainul tu  takda air susu,  so anak anak kucing tu terpaksa dipisahkan dari ibunya. Dan dihantar kerumah maq.

Maq memang tiada langsung pengalaman jaga anak kucing baru lahir  .Tapi bila teringat anak anak kucing ainul yang sebelum ini mati sebab tak minum susu ibunya, maq nekad. Maq nak jaga mahlok kesayangan Rasulullah ini "lillahi taala".

Tak mudah rupanya.

Setiap 2jam mereka nak susu. Tengah malam pun maq kena bangun untuk susukan mereka guna picagari. 12malam , 3pagi ,5 pagi...

Hari pertama, kedua, ketiga semuanya aktif. Menyusu dengan rancak sekali. Disebabkan anak kucing tak boleh minum susu yang ada laktosa ( susu lembu)  mama ainul sarankan maq beri susu soya untuk anak anak kucing tersebut.

Tapi Maq dah buat silap...

Dan kesilapan maq tu dah buat 2 ekor anak kucing itu sakit.

Apa kesilapan maq?  Maq bancuh susu tak ikut sukatan yang betul.  Sepatutnya 1:6 ( 1 bahagian susu, 6 bahagian air suam )

Akhirnya pada hari ke 4 , baru maq perasan yang ketiga tiga anak kucing tu tidak "berak" lagi. Dah 4hari !!

Allahhu, mereka sembelit . Najis jadi keras dan 2 ekor yang sakit tu telah mengalami kesukaran nak meneran. Maklomlah bayi lagi...

Hari ke 5 - salah seekor dari mereka mati sebab dah 2 hari taknak minum susu sebab perut dia kembung akibat sembelit.

Rupanya kucing tak nak minum susu bila dia sakit. Sama ada demam, kembung atau sakit apa sekali pun.

Hari ke 6 - seekor lagi sedang 'berjuang nyawa'- maq rasa bersalah teruk dalam hal ini. Ya semua ni salah maq. Kenapa tak rujuk awal awal  info kat google pasal sukatan untuk susu anak kucing new born.  Salah maq...

Esok hari ke 7 dah. Maq dah pasrah.Setiap masa maq doa supaya Allah panjangkan umur 2 ekor anak kucing tu.  Walaupun salah seekor tengah nazak dan menahan sakit.  Maq nak mereka hidup..ya Allah..

Hari pertama mereka masuk rumah maq. Sedih tengok gelagat mereka nak menyusu badan ibu mereka, habis kain alas dijilat jilatnya. Masani nak minum guna picagari pun masih tak pandai lagi.. Setiap 2jam maq bagi susu tapi dengan skill sukatan yang salah..

Ya semua ni salah maq... 😭

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha