Skip to main content

Ety Dapat Panggilan Lapor Diri


Assalamualaikum.

Alhamdulillah , akhirnya bekas pelatih diKolej Kejururawatan Kuantan ,Cik Nur Faezah Izzati binti Osman telah dipanggil untuk lapor diri pada 18.11.2019 . Bertempat di Jabatan Kesihatan Negeri Johor ,Jalan Air Molek ,Johor Bahru.

Lama juga Ety menunggu panggilan ini. Hampir setahun lebih selepas majlis konvo pada bulan Oktober 2018 . Mujurlah Ety ada kenal seorang pengusaha " home care " di Batu Pahat ni, jadinya Ety tidaklah " kosong" sangat ketika menunggu panggilan penempatan tersebut.

Banyak kenangan  dan pengalaman Ety dapat ketika menjadi Nurse peribadi Home Care dalam masa setahun lebih itu.

Kenangan dirumah Pesakit Ety yang pertama.

- Menjaga  seorang pekerja syarikat Produa yang stroke selepas kemalangan jalanraya. Hampir 6bulan Ety ulang alik kerumah beliau di Parit Raja.

-Menjaga bekas guru ( wargaemas yang nyanyok) yang tak suka dijaga oleh orang lain kecuali anak anaknya. Tapi anak anaknya semua ada kerjaya sendiri .

-Menjaga seorang kontraktor berusia 74tahun ( bekas kontraktor ) yang tercedera dihempap pokok dan akibatnya beliau alami kebas kebas seluruh anggota badan lebih 2tahun.

-Menjaga seorang nenek berusia 93tahun ( bangsa Cina ) yang tak boleh berjalan dan uruskan dirinya sendiri. Cuma mampu baring. Anak nenek ini seorang pesakit kanser. Sebab itulah beliau tak larat nak jaga ibunya yang sudah tua tu.

Selain melakukan  penjagaan dirumah , Ety ada jugak buat "home visit" disekitar daerah Batu Pahat, Kluang dan Yong Peng.

Berbagai ilmu dan pengalaman dia dapat. Boss Ety pun baik orangnya. Alhamdulillah..

Untuk penempatan minggu depan ni ,banyak persediaan telah dibuat. Antaranya,

-salinan sijil dan dokumen diri yang disahkan oleh pegawai kanan kerajaan.

-laporan kesihatan yang disahkan dari Hospital.

-Surat Akuan dan cop dari mahkamah.

-uniform putih , kasut putih, tudung putih berline biru, gambar ukuran pasport yang terbaru, tempah stamping yang ada nombor lesen jururawat , tempah nametag , dan persediaan segala persiapan peribadi.

Ramai yang bertanya , ety bertugas di hospital mana nanti? Actually lokasi kerja cuma akan diketahui selepas  hari lapor diri nanti. Sekarang ni ianya bagai ' meneka dalam kesamaran ' - dag dig dug jugak jantung ni bila dok mikir. Maq kalau boleh nak anak maq ni kerja di Batu Pahat je heheee..


❤Mudah mudahan termakbul hajat maq kali ini.

Tapi apa pun keputusan dari pihak pengurusan penempatan nanti, maq akan terima dengan syukur dan redha. Asalkan ety diterima bertugas  demi Malaysia..


Semoga ety dapat berkerja dengan pekerjaan yang baik , dapat tempat kerja yang baik baik , dapat kawan sekerja yang baik baik dan sentiasa baik baik saja dalam semua hal. Aamiin...

Ety  , bertugaslah kerana Allah❤

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha