Skip to main content

14 November Hari Diabetis Sedunia




Malaysia negara 'tergemuk' di Asia kerana 33% rakyatnya berlebihan berat badan dan 18% pula obes. Jika Ibu bapa obes, anak pula berisiko 13 kali ganda obes. Kawal berat badan dan bersenam mampu kurangkan risiko diabetes.

Selamat Hari Diabetes Sedunia 14 Nov.

Sumber dari twitter KKMputrajaya❤


Bawah ini adalah pendapat maq tentang gaya makan orang kita :

Penduduk Malaysia kini telah terdedah dengan budaya makan yang melampau. Misalnya pengaruh cheese sudah ketahap yang keterlaluan. Pengaruh makanan makanan viral. Pengaruh iklan iklan disemua laman sosial.

Misalnya pengaruh cheese. Bayangkan setiap makanan hendak di cheese kan! Sedangkan cheese itu merupakan hidangan bagi penduduk dinegara yang mana mereka tidak ambil nasi sebagai makanan asas mereka. Negara mereka pun tidak beriklim seperti kita.

Orang Malaysia ( termasuk maqnie dan anak anak maq ) dengan nasi lemak ,nasi bryani,nasi goreng ,lepastu ditambah lagi dengan menu sampingan seperti goreng pisang cheese , ayam goreng cheese, kentang goreng cheese ,popia cheese , roti canai cheese , mertabak cheese dan macam macam lagi yg ditabur  dengan cheese. Elok elok cheese dijadikan sebagai bahan penambah sedap , kini cheese telah jadi antara punca kegemukan dikalangan rakyat Malaysia pula. Kesian cheese..

Tu belum lagi kes air viral. Biskut viral. Kuih muih viral. Kedai kedai makan viral dan semua benda viral !

Untuk satu kehidupan yang bebas dari risiko diabetis ,gaya pemikiran rakyat Malaysia kena ubah. Jangan terlalu taksub dengan benda benda viral yang akhirnya anda dikesan punya penyakit diabetis.

Kalau anda nak tahu , ubat diabetis tidak boleh menyembuhkan, ia cuma mengawal penyakit.

Nauzubillahiminzaliq..

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha