Skip to main content

Telok Cempedak Waktu Malam


Assalamualaikum.

Bila berkunjung ke Kuantan, maq tak pernah terlepas untuk singgah ke Pantai Telok Cempedak. Tapi kali ini maq dan family rancang nak menikmati Telok Cempedak diwaktu malam pulak. Maq pergi lepas waktu isyak. Bagaimana suasana nya? Nah.. Jom tengok.







Macamana? Serius meriah sangat sangat. Inilah kemajuan pantai Telok Cempedak. Dan inilah kemajuan yang maq cuba bayangkan ketika berada dipantai Cherating sebelumni.

Banyak aktiviti sebenarnya di Pantai Telok Cempedak diwaktu malam. Maaf maq tak sempat nak ambil semuanya kerana begitu teruja dengan asam mangga yang mengiurkan dan ais krim McD yang menghalalkan diet semua orang ,😂

Kfc !✔
McD !✔
Starbucks cafe!✔
Pelukis potret !✔
Kedai makan yang berbagai jenis masakan!✔
Toilet bersih!✔
Persembahan maskot !✔
Kedai cenderahati✔
Surau✔

Eahh  ada  banyak lagi sebenarnya ,anda semua datanglah sini kalau nak tahu.  Ada juga  aktiviti tepi pantai yang  menarik untuk disertai.

Kanak kanak pastinya seronok bila datang kesini diwaktu malam. Tak percaya ? Tengoklah keratan video yang dirakam oleh seorang yang tidak pakar dalam bidang merakam video ..😂


Malam tu kami tinggalkan pantai Telok Cempedak pada pukul 11.30 malam. Tapi suasana waktu lewat malam tu masih lagi meriah. Sama seperti waktu kami mula sampai tadi. Haaa macamni lah yang pengunjug nak disebuah kawasan rekreasi . Bukanlah pantai yang hanya dengar bunyi cengkerik tua..krikkk krikk..


Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha