Skip to main content

Ainul Mardhiah pada usia setahun



Assalamualaikum.

Pada masa entri ini ditaip, ainul dah pun berusia setahun 18hari. Alhamdulillah. Cerdik dia dah nampak sangat dah. Apa yang dibuat ,pasti buat kami teruja. Kadang tu kejadian dibuat secara sepontan , kami sendiri tak percaya yang tu Ainul  Mardhiah kami yang baru berusia setahun lebih. Bawah ni antara video ainul selepas berusia setahun lebih..

Video atas tu gaya dia bila mana dapat panggilan video . Kalah makcik makcik gayanya. Siap mengeluh gitu..hehe


Video atas ni pula ,bayangan tentang apakah yang dia nak buat pada kereta mainan tu sehingga boleh simpan puting kemudian dia perati sambil goyang kepala. Maq syak dia bayangkan dia sedang masak
'kuih puting' dalam oven ,haha. Gerakkan kepala tu macam detik  masa yang berjalan pada oven. Kalau perasan , dia ada keluarkan suara seperti bunyi tanda  masa oven tu. Thuck ! Thuck ! Haha dia buat sendiri .

Ting! Yes kuih dah masak !!masukan dalam mulut ! 😂

Kalau dibawa pergi  shopping ,ainul suka ke  bahagian jual pinggan mangkok ,periuk belanga. Kalau dibawa ke bahagian permainan, dia buat derkk jek , haaa sah budak ni minat memasak !

Sambut birthday diKFC. Alhamdulillah , Terima kasih Allah..❤

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha