Skip to main content

From Woman To Women



8 March datang lagi. Sejak dari awal pagi maq lihat macam macam ucapan yang dikirimkan disemua laman social ni. Alhamdulillah ,masih ada yang menghargai kaum kami.

Wanita -
 bila sebut wanita , terbayang kerjaya ,terbayang anak anaknya ,terbayang kehendak kehendaknya , terbayang senyum tangisnya , bebelannya , sentuhan manjanya , keluh resahnya. Dan terbayang macam macam lagi mengenainya.

Siapa pun wanita itu,
 Syurga dia tetap dirumahnya. Disisi suaminya , anak anaknya ,ibubapanya , ibadahnya . Dan lebih nyata lagi , Tuhannya.

Untung jadi wanita solehah. Mereka hanya perlu 4 syarat untuk masuk ke syurga Allah.
Mereka cuma perlu :
1- jaga solat 5waktunya .
2- berpuasa dibulan Ramadhan.
3- menjaga maruahnya.
4- mentaati suaminya.


Banggalah menjadi wanita .Kerana bidadari pun mencemburui wanita disebabkan pada gelaran "wanita solehah " yang mana bidadari tak dapat gelaran tu . Sedang kita kenapa pula nak sia siakan gelaran yang sedia ada itu ?

Ucapan dari maq : Selamat hari wanita buat semua wanita wanita hebat diluar sana. Berapa haribulan pun ianya disambut ,kalian tetap serikandi jiwa bagi seorang lelaki dan seluruh alam ..  Alhamdulillah..❤ 

Nota kaki : abang sebelah tu bisik kat maq tadi. Kata beliau ,wanita yang hebat ialah wanita yang menyelesaikan semua masalahnya dengan senyuman dan tak kuat membebel.. #makcikterasatau 😅

Popular posts from this blog

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Ayat Orang Redha

Amalan Untuk Anak Jadi Cerdik dan Berakhlaq Baik

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

1 Muharam 1447H

Tips Rumah Sentiasa Bersih

Kisah Asid Urik

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Scammer dimana mana