Skip to main content

Belum ada rezeki


Ety , anak perempuan maq nombor 2. Umur dah nak masuk 24tahun. Dah mula kalut takut takut lambat nak kahwin hmm..
Lagi sedih ,selepas habis belajar di Kolej Kejururawatan ,Kuantan tahun lepas ( 2018 ) ety belum lagi dipanggil untuk 'posting' kemana mana. Bulan puasa ni cukup setahun ety menunggu. Mujur sekarang ni ety ada buat kerja sambilan di Home Care . Bertugas sebagai jururawat persendirian. Dapatlah dia duit kocek nak buat beli make up , lens ,baju ,kasut ..almaklom perempuannnnn..hehe

Ety beritahu maq " mak jangan risau , pelajar yang kemasukannya sebelum ety tu ( batch januari 2015)  pun masih ada yang belum dapat panggil lagi, apatah lagi batch julai 2015 macam ety ni" .. Maq tanya kenapa lambat dipanggil  sebab sebelum sebelum ni , pelajar under KKM ,lepas konvokesyen 3/4bulan dah dipanggil posting mana mana kawasan.

Kata ety : " antara sebabnya ialah bila ramai makcik makcik misi yang melanjutkan tugasan mereka sampai ke umur  60tahun . So takda jawatan kosong untuk pelatih pelatih baru macam kami ni. Mereka banyak pengalaman sebab tu kementerian sayang nak lepaskan. Padahal bila dah umur 55tahun tu dah sedang eloklah lupakan sekejap hal dunia , fokus lah pada alam akan datang. Buatla amalan banyak banyak ke , rehat dengan anak cucu ke , tambah ilmu akhirat ke, kalau nak kerja sampai 60 tahun ,memang tak sempat lah nak buat semua tu. Dan jadi mangsanya kami lah, belajar 3tahun ,habis belajar tak dapat nak cari pengalaman. Duduk menggangur , takut nanti dah lama sangat tak pegang pesakit ,jadi kekok pulak..


*Ety meluahkan*

Maq sebagai ibu hanya mampu doakan supaya ety cepat dapat panggilan posting tu. Dapat kawasan kerja yang baik , kawan yang baik , dan dapat buat kerja dengan baik. Setiap orang Allah dah tentukan cabang rezeki masing masing ,satu hari nanti inshaallah ety akan dipanggil juga untuk berkhidmat demi negara..sabarlah.


Popular posts from this blog

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Ayat Orang Redha

Amalan Untuk Anak Jadi Cerdik dan Berakhlaq Baik

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

1 Muharam 1447H

Tips Rumah Sentiasa Bersih

Kisah Asid Urik

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Scammer dimana mana