Skip to main content

Ever Soft For Ever


Assalamualaikum.

Kulit manusia mempunyai jenis yang berbeza beza. Semua ini antaranya disebabkan cara pemakanan setiap individu itu.

Macam diri maq sendiri, maq suka makanan  yang berminyak. Jadinya kulit muka Maq memang jenis berminyak. Terutama dikawasan T - zon. Hidung , dahi dan mata. Disitu juga lah kawasan jerawat nakal melepak lepak bila diaorang free.

Maq pernah cuba banyak jenis pencuci muka. Lepas satu , satu produk maq guna. Paling serasi sebelum sebelum ni ialah produk Nutri Metic. Aduh..masa kerja dulu boleh lah guna , bila dah jadi penggangur bersiri ni , kos untuk barangan Nutri Metic tu boleh maq guna buat beli benda lain. Bak kata perpatah ,ukur baju tu biarlah dibadan sendiri. Kalau ukur kat badan orang lain,macamana? Nanti macam pakai baju pinjamlah ,😂

Bila dah masuk ke ambang usia setengah abad ni , tak mustahil penampilan kena jaga juga. Bukan nak nampak  cantik manapun ,tapi cukuplah nak nampak diri lebih yakin dan lebih selesa bila berhadapan  dengan ramai orang.

Setelah cubaan demi cubaan maq buat ,akhirnya maq akui bahawa pencuci muka buatan Jepun inilah yang sesuai dengan maq . Produk Ever soft! .

Avocado with rice bran oil.
Masa usia maq 30an dulu ,pernah juga guna tapi biasalah jiwa perempuan ni , suka sangat tak berpuasati dengan apa yang ada. Nak cuba itulah ,nak cuba inilah ,last last jerawat ,jeragat berebut rebut nak tunjukan diri mereka.

Sekarang ni ,bila maq dah guna 3 tiub yang mengandungi 195gram ( macam gambar atas tu) . Dan pakai 2kali sehari , 3bulan pakai pun tak habis habis lagi ! Jadinya maq katakan " waw " untuk produk ini! Sangat menjimatkan. Harga pun tak lah mahal mana. Rm 15-+ sahaja.. Kadang ada diskaun harganya cuma rm 13+-! Mur mur jew ,😁

Ada banyak jenis pencuci ever soft ini tapi maq lebih suka pilih avocado . Pernah dulu cuba cucumber, ianya seperti makin membuat kulit maq jadi kering , so maq tukar kepada avocado dan alhamdulillah ,avocado tidak mengecewakan hati tua ku ini.. 😍.

Kelebihan lain Ever soft avocado ni selain mengandungi avocado dan rice bran oil ,ianya juga adalah , 100% dari hasil tanaman organik !

100%  organic plan actives !

Produk asia untuk kulit orang asia.. 

Popular posts from this blog

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Ayat Orang Redha

Amalan Untuk Anak Jadi Cerdik dan Berakhlaq Baik

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

1 Muharam 1447H

Tips Rumah Sentiasa Bersih

Kisah Asid Urik

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Scammer dimana mana