Skip to main content

Kisah Asid Urik

 


Bismillah,
Guys ,korang ingat lagi tak pasal keputusan darah maq dalam posting yang lepas?

Nah, nak jadikan cerita!

Bila encik suami kurang sihat ,semua kerjarumah maq kena urus sendirian.

Termasuklah susun stok barang makanan kering yang kami beli sebulan sekali tu.

Angkat dan susun barang paling mencabar bagi maq ialah bila terpaksa kena angkat beras 10kilogram dan 2 kotak air mineral 1.5x12.

Lain lain barang tu boleh lah dijinjing guna plastik beg je.

Lepas susun semua barang barang ,maq terus masuk dapur untuk masak makanan makan tengahari.

Sebelum ke udaranya suara  azan Zuhur dah settle dah semua.

Tapi !
Tapi !!
ye tapi...!!!

Malamnya tu pinggang maq rasa ketat! sakit sangat! tak selesa nak duduk,nak baring,nak kesana kesini.Keesokkan harinya terus ke klinik Zainab bersama encik suami.

Klinik Zainab merupakan klinik paling legend dan paling popular buat penduduk Batu Pahat.

Dari pengasasnya Dr Zainab & suaminya yang puluhan tahun berusaha disini sampailah kepada anak mereka ( Dr Ain ) pun dah beri khidmat diklinik ini sekarang.

Mereka juga dibantu oleh beberapa orang doktor ganti.Maklomlah bisnes keluarga,kadang kadang semua terpaksa cuti bila ada urusan besar dalam keluarga.

Paling best,doktor ganti tu kebanyakkannya doktor pakar dari hospital dan klinik pakar area Batu Pahat.So memang rare khidmat mereka biarpun kliniknya adalah sebuah klinik dibangunan lama.

Bebalik pada kisah maq.

Haritu hari Ahad,so klinik diberikan tanggungjawab kepada doktor ganti.

Maq pesakit pertama daftar ! hahaha menunjukkan betapa kuat sakitnya pinggangku itu.Doktor datang pukul 9.30am,pukul 8.30am maq dah daftar!

Acik lebih rela menunggu doktor dari menanggung kesakitan.😆


Doc : Assalamualaikum,harini ke sini,kenapa Puan?

Maq : pinggang saya ni tetiba rasa ketat nak buat apa pun tak boleh.

Doc : Ada angkat berat? Ada jatuh?

Maq : jatuh takda tapi angkat air mineral 1.5liter adalah.2 kotak,2dozen...

Doc : wah kuat.Puan ada sakit tempat lain?tunjukan saya area sakit tu dengan satu jari puan.

**maq pun ikut arahan doktor

**doktor ketok ketok manja pinggang maq yang sakit tu.

Doc : Ada bengkak ditempat lain?sakit sakit sendi?Atau kerap rasa sakit badan?

Maq : takda pulak.Ni je baru kena sakit pinggang.Last 2 tahun lepas kena sakit lutut dan saya ada datang klinik ni.

**Doktor check maklumat maq dikomputer.

Doc : ye betul ada .So lutut dah ok dah?

Maq : Alhamdulillah ok dah.

Tapikan
pada awal bulan 6 haritu saya ada buat pemeriksaan darah di KKBP ,Doktor KKBP cakap results saya menunjukkan buah pinggang saya ada sesikit kebocoran.

Urine saya ada protien.Dan dos ubat saya telah ditambah.

Soalannya sekarang,apakah itu punca pinggang boleh rasa sakit jugak?Ni haa gambar result darah saya yang haritu.

**Maq hulur gambar slip result.Doktor perhati gambar tu beberapa minit.

Doc : sebetulnya ada banyak punca urine ada protien.Ada kes disebabkan air kencing kotor,pundi kencing ada jangkitan ,gaya pemakanan yang tak elok dan kebocoran ginjal pun penyebab urine berprotein.

Tapi apa yàng saya nampak dalam keputusan darah puan ,semua masih baik cuma kolestrol sedikit tinggi dan asid urik sudah semakin dekat dengan koata bahaya.

Dan disini saya nak katakan ,ada 2 penyebab sakit pinggang puan.

1- faktor usia .Maksudnya sendi dah semakin lemah,dah tak mampu nak buat kerja kerja berat macam puan buat sebelum ni.Bila diberi tekanan lebih itulah penyebab sakit.


2- Asid urik berlebihan juga penyebab badan terutama sendi terasa sakit ,kadang boleh membengkak. Ianya dipanggil gout.Bacaan asid urik puan sekarang ,420 sedangkan koata asid uric (120-460) Dah nak kena berjaga jaga dari sekarang.


So untuk harini saya cadangkan puan jaga pemakanan puan. Contoh boleh rujuk dalam google.Makanan yang boleh dan yang tak boleh dimakan oleh pesakit gout.Ini dinamakan diet rendah purin.

Beri saya henfon puan, biar saya carikan.

**Bila doktor dah jelaskan semuanya dan maq pun dah faham.Dan setelah hampir 25minit maq dalam bilik doktor,akhirnya maq dapatlah satu set ubat sebelum balik.

*ubat gout
*ubat sakit otot
*Gel hangat

Dan tak lupa satu suntikan dipunggung asbab nak cepatkan pengurangan rasa sakit yang maq sedang menanggung pada hari itu.

Alhamdulillah.

Sekarang kena hati hati untuk jenis makanan yang dimakan ( maq kata diri maq sendiri ) selera makan yang masih ada tu terpaksa diajar untuk memilih makanan.Allahhu.


Maq tak salahkan makanan sebab ciptaan Allah tiada yang salah.Tapi maq salahkan diri maq sendiri sebab dah berusia macam sekarang ni tapi tak peka dalam penjagaan pemakanan.

Terima kasih Allah.
Terima kasih Doktor.



1447-Teruskan berzikir & berselawat

Popular posts from this blog

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Ayat Orang Redha

Amalan Untuk Anak Jadi Cerdik dan Berakhlaq Baik

Tips Untuk Turunkan Asid Urik

1 Muharam 1447H

Tips Rumah Sentiasa Bersih

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Scammer dimana mana