Skip to main content

Enoki Goreng


Assalamualaikum.
Maq antara peminat cendawan. Semua jenis cendawan maq makan kecuali cendawan beracun. Cendawan enoki merupakan cendawan kegemaran maq. Enoki memang sedap. Selalu maq masak sup atau tomyam. Dan bila maq dah cuba masak cara goreng, rupanya enoki goreng tepung sudah jadi makanan kegemaran keluarga  maq pula. Tiap kali beli sayuran di pasaraya ,enoki antara yang wajib beli.

Selain harganya murah, bau dia pun tak kuat macam cendawan lain. 

Potong akar, basuh dan tuskan.

Telur ayam dipukul kemudian enoki dicelupkan kedalam telur tersebut sebelum dilumur tepung bistari

Maq guna tepung goreng ayam bistari. Memang sedap bak hang! Tak perlu letak garam ,tak perlu letak serbuk lada. Semua dah ada dalam tepung ini.

Lepas celup telur , kita lumur pula atas tepung goreng bistari. Dan goreng dalam minyak penuh dengan api yang sederhana. 

Alhamdulillah , siap dah. Enak dimakan gitu sahaja atau dimakan bersama nasi. Sumpah sedap ! 

Nota maq : katanya cendawan adalah makanan " sejuk " , dan seperti biasa maq nak beritahu , bersederhanalah dalam semua hal. Kerana tiap  apa saja yang berlebihan dikhuatiri boleh memudaratkan. Wallahhua'lam.. Jum cuba enoki goreng! 

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha