Skip to main content

Ainul Mardhiah 8 Bulan



Assalamualaikum.


4 Disember 2018 - budak Ainul Mardhiah dah masuk lapan bulan . Alhamdulillah. Setakat ni perkembangan ainul berjalan seperti kanak kanak normal yang lain, walaupun pre obesiti kata doktor . 


Dalam usia meningkat lapan bulan , ainul dah pandai berinteraksi dengan orang keliling. 


Dah pandai memberontak bila tak dapat sesuatu atau pun bila barang ditangannya diambil. Menjelar dan maju kedepan dah semakin laju.


Dah pandai berkawan dan menyakat kawan. Pandai rebut permainan ditangan kawan juga. Mangsanya sudah pasti Iman Anaqi ( bff yang maq asuh tu ).

Apa yang paling terkini , ainul sedang lagi berusaha nak ikut bff dia ( iman anaqi ) main panjat panjat tangga yang tersergam gagah kat  dalam rumah maq ini.. Allah huakhbar ...lihat je video kat atas tu. 


Ainul dah boleh faham bila dihalang , dah reti buat muka sedih bila lihat orang menangis, dan dah kuat makan haha . Ofcause la ,kan cucu maq , selera mestilah sama dengan tok mak dia ,😂..

Paling sweet , dia suka pakai tudung. Tudung besar ke, tudung tuala ke, semua dia suka. Bila disarungkan dia diam jek dan akan terus pakai tanpa ditarik atau ditanggalkan.


Agaknya kata ainul, apa ada hal dengan tudung tudung tu ,kan  niatnya nak tutup rambut, janji bukan tudung saji sudahlah..haha kotlah dia kata gitu kan ( tok mak yang suka over thinking.. 😂 )


Lepas mandi , disarungkan dengan tuala  je kot  , dia dah seronok dah. Video ada kat instagram maq.
Tudung tok mak tu. Dia pakai dah macam selimut tapi diam je sambil bermain.





Nah..apa yang maq perasan sekarangni , Ainul memang suka melaram. Pakaikan apa pun dikepalanya dia akan diam..kecuali...ini..

Hahaha tak boleh blah muka tu , 😂

*gambar gambar diatas tu ketika ainul berusia 7bulan lebih. Semuga membesar dengan sihat ye sayang...😘

Popular posts from this blog

Dos Ubat Bertambah Sebab Degil

Aidil Adha 2025

Seindah Apapun Dunia

Perihal Penyakit Ain

Muslim Malaysia Beruntung

Kita Hanya Seorang Hamba

Cara Rebus Nasi Impit Yang Jimat Masa Dan Kos

Zikir Bangun Tengah Malam

Daging Korban Nak Masak Apa?

Ayat Orang Redha